Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Wednesday, May 31, 2017

Akok Kedut Kelantan

Salam 5 Ramadhan.
Menyapa blog yang sekian lama menyepi. Bukan tak rindu nak berblog tapi kesuntukan masa. Bukan tak masak, tapi tak sempat nak berfoodography. Gambar yang ini pun hanya snap pakai phone cam ja. DSLR mieza pun dah merajuk dah. Seringkali cemburu melihat rakan-rakan blogger update blog dengan gambar masakan yang menggiurkan.

InsyaAllah blog ni masih hidup walaupun sering tak dikunjungi oleh tuan punya tanah haha.

As requested by my anakanda sulung. Semalam mama masakkan Kuih Akok Kedut. Actually ini first attempt mieza buat Akok Kedut ni. Memang tak pernah buat sebelum ni. Walaupun asal ore kelate tapi Mieza bukan penggemar kuih traditional negeri Cik Siti Wan Kembang ni. Selama ni hanya membeli di bazar sebiji dua untuk keluarga yang teringin saja. Tapi lepas cuba resepi ni..mualllaaaa! Sedap! Lemak, manisnya cukup, baunya harum. Terus jatuh cinta dengan kuih akok! Mieza bakar dalam muffin pan ja. Jadi akok bandarlah. Tapi rasanya jika dibakar secara traditional guna sabut dan arang baunya lagi harun dan sodappppp!

Let us ZZzaazzzz resepinya!


AKOK KEDUT KELANTAN

5 biji telur ayan gred A
200 ml pati santan
100 ml air
150 gm gula melaka
30 gm tepung gandum
3-4 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam

Cara-cara:
1. Kisar daun pandan dengan 100 ml air (boleh tambah air jika perlu).  Tapi dan perah air daun pandan. Sukat balik untuk dapatkan 100 ml air daun pandan. Jika kurang boleh tambah air biasa sehingga cukup 100 ml.
2. Satukan air pandan dan gula melaka dalam periuk kecik dan masak hingga gula hancur. Sejukkan.
3. Di dalam blender satukan semua bahan termasuk air pandan gula melaka yang telah sejuk. Blend laju-laju hingga sebati.
4. Tapis adunan dalam bekas. Senduk buang buih. Ini mesti dilakukan untuk mendapatkan kedut yang cantik.
5. Masukkan muffin pan ke dalam oven yang telah dipanaskan pada 200'C. Panaskan pan selama 5 minit. Keluarkan pan dan sapukan butter. Kemudian cepat-cepat tuangkan adunan akok ke dalam acuan sehingga hampir penuh.
6. Bakar selama 10 minit. Keluarkan dan biarkan akok mengecut. Keluarkan dari pan dan hidangkan.



Monday, November 28, 2016

Seoul Trip ***Fall 2016 - Day 3

Nami Island
Our third day in Seoul was spent the Winter Sonata style in Namiseom! Wah wah my dream came true finally! Memang all this while jeles ja tengok kawan-kawan pi Nami Island. Alhamdulillah, that day Allah izinkan kami pula yang share experience. 

Nami Island jadi femes actually selepas drama Winter Sonata meletup kebaboom 💣💣💣 di Malaysia and I believe the island has become more and more attractive thereafter. Saya tidak menonton winter sonata cuma dengar nama disebut-sebut saja. Kalau di tanya jalan cerita dan actor/actress nya memang I have no idea at all!

How to get to Nami Island
Untuk ke Nami Island ada dua cara. Pertama boleh naik train tapi kena tukar banyak kali. Saya tak boleh nak share on this sebab saya tak naik train. Saya gunakan perkhidmatan bus sebab ada small kid saya rasa leceh nak tukar-tukar bas. In case dia tertidur dalam train adoi laaa jenuh nak angkat dia untuk tukar train. Guna train memang lagi murah dan boleh jalan-jalan lama sikit sebab tak terikat dengan jadual bas. Kalau naik train mungkin boleh cover sekali Petite France and Garden of Morning Calm. Kalau naik bas memang tak sempat, hanya sempat ke Nami Island saja sebab bas bertolak balik ke Seoul dari Gapyeong pada pukul 4.00 petang.

Kami book a bus dari Naminara dengan menghantar email kepada bus@naminara.com
Booking dibuat dari Malaysia lagi. Sehari sebelum menggunakan perkhidmatan bus dari Naminara.com full payment must be made at their office in Insadong. Bayaran mesti dibuat sebelum menggunakan perkhidmatan depa ya. Bila saya tanya kenapa sebab sebelum ni bayaran boleh dibuat apabila kita menaiki bas. Katanya kerana ramai yang buat booking tapi tak muncul pun pada hari kejadian jadi banyak seat kosong dan merugikan.

Jadi sehari sebelum itu kami ke Insadong mencari ofis Naminara based on the directions given in the email. Of course sesat itu perkara biasa. Selepas bertanya sana sini akhirnya kami sampai juga ke ofis mereka. Cara nak ke Naminara ofis take subway Line 1, take off at Jonggak Station, exit #3. Keluar je exit jalan terus a few blocks (agak jauh) till you reach the intersection where the Kumkang Shoes is located on your left, turn left here. Jalan terus lagi sampai jumpa Starbucks (written in Hangul). The naminara ofis is just the opposite this starbuck, first floor).

Harga bus (roundtrip) together with Nami Island Visa is KRW23,000 for adult and KRW17,000 for kids. The payment can be made via credit card. Untuk naik bus boleh naik di Insadong atau di Namdaemun. Since we are staying in Namdaemun, we decided to take the bus from Namdeamun, near Sungyemun Square (about 10 minutes walking from our GH).


Bas kat belakang tu akan bawa kami ke Nami Island. So Hooorrayyyy!

The look inside the bus..selesa okay...lebih selesa dari Air Asia X haha!

The trip from Namdaemun to Gapyeong  took about one and half hour. Nyenyak la tido dalam bus. Bila sampai di Gapyeong yang belum ada visa kena beli visa dulu. But ours comes with visa, so selamat tak payah beratur dah..terus je beratur untuk naik ferry.  Untuk ke Nami Island from here can be done via two ways. First of course naik feri. Secondly boleh juga guna zip wire. Huk allaaaa best ja tengok orang naik zip wire...tapi ada kids memang cannot lah ya nak berzip wire bagai. Besides, cuaca sejuk hokayyy...boleh beku nak berzipwire to the Island! Kami naik feri saja. The feri took less than 10 minutes to reach the Island.



Ehemmmm...tak boleh langsung nak bergambar berdua...nampak ada kaki kecil kat tengah tu? Si kecik itu nak juga mengganggu gugat keromantikan mama and papa!

The view kat Namiseoum ni MasyaAllah cantik nyaaaa...kalau datang sikit sure lagi cantik because at that time banyak daun-daun yang dah gugur..kalau datang awal 2 weeks all the fall foliage masih belum jatuh lagi for sure cantik! Husband kata kalau masa snow mesti cantik juga..insyaAllah nanti kami datang lagi..

Old train track di Nami Island...subhanallah..cantik

Kat sini memang famous photoshoot spot...taksah kalau tak bergambar kat deretan pokok-pokok ni

Nam ambik gambor macam dalam gambor tu rasa malu lak sebab ramai yang tengah que utk bergambar di sini masa tu 🙈.

Winter sonata statue...dedaun kat belakang tu..masyaAllah golden!

Kalau ke Nami island make sure phone bateri full sebab tak puas ambik gambar. Segenap ceruk rasa nak snap pictures!
Just like love padlocks di Seoul Tower, kat sini love notes! Dok kat sini terus rasa nak bercinta!

 Spot first kiss Winter Sonata! Kami pun nak kissing jugak! Anak-anak kata nak muntah! hahaha

 Penat pusing-pusing island perut pun berbunyi, ada orang jual pau kacang! Sodapppp! KRW1,000 each. Masak guna dapur kayu hokayyyy

 Ostrich farm..

 What a beautiful scenery!

 Untuk lunch hari tu kami makan di Asean Cuisine Restaurant. Harganya agak mahal jika dibandingkan dengan harga makanan di Seoul. Apa boleh buat..perut dah lapar..kebetulan waktu kami ke sana waktu lunch hour and this is the only halal restaurant in the island. Kena lah que. Tapi tak lama dalam 20 minutes sahaja. Restaurant ni bersebelahan dengan library. Di second floor library ada prayer room. Jadi selepas lunch kami terus solat jamak zohor-asar di prayer room di library.

 Side dish ni come for free untuk setiap meal yang dipesan. Kimchi sememangnya side dish wajib di Korea!

 Pilihan Along, Nasi dan Bulgogi

Datang jauh-jauh Wawa cuma order nasi goreng Indonesia...LOL...tapi sedapppppp sangat!

 Mama's choice.. rice with spicy squid..actually I fall in love with squids here, they are big, juicy and cooked in a very fantastic way and super duper delicious!

 Papa punya choice..rice with lemon chicken..pun sodapppp!

The restaurant which is located next to the library.

At 3.00 pm kami mula bergerak ke jeti..sempat juga makan ais krim dalam kesejukan. Kami mengambil feri pukul 3.30 pm untuk kembali semula ke tempat menunggu bas di Gapyeong. Tepat jam 4.00 petang (tepat tau! kalau lambat sampai alamat kena tinggal lah) bas bergerak. Sepanjang perjalanan buat apa lagi melainkan ZZzzzzzzz. Hampir dua jam kemudian kami sampai ke Seoul. Traffic agak heavy waktu petang sebab orang baru balik kerja. 

That is the end of our Day 3 in Seoul. Untuk Day 4 hingga Day 8..tunggu ya sebab saya nak kena concentrate untuk persediaan viva dulu. Wish me luck!

Also read:

Friday, November 25, 2016

Seoul Trip ***Fall 2016 - Day 2

Pengembaraan Day 2 bermula seawal 9.30 pagi. Bangun pagi-pagi masak nasi lemak, sambal bilis prepared from Malaysia and sambal sardin. Mission hari ni ialah ke Ewha Womans University to buy some new winter clothes for Wawa because her winter clothe from Malaysia is not thick enough to give her comfort in accomodating the cold Seoul weather. Dia pula asthmatic. Tanda-tanda nak kena asthma tu dah nampak. Dia terbatuk-batuk saja all night. Mama sudah naik risau.

Ewha Womans University
Ewha Womans University ni terkenal dengan beautiful scenery of the university dan shopping heaven for ladies. Sepanjang jalan di Ewha Univ adalah kedai-kedai yang menjual baju, beg dan kasut for female at very affordable price. Sempat juga saya capai selai dua baju at KRW5,000 and KRW10,000 each. Suami juga beli socks cuma KRW1000 to KRW2000 sepasang. Gloves are around KRW2,000 to KRW5,000 per pair. MasyaAllah heaven sungguh membeli belah. Rasa nak borong semua. The knitted sewated semua cantik-cantik at KRW10,000. Anak sulung saya rembat juga sehelai sweater. Backpack untuk dibawa ke sekolah juga cantik. Semua around KRW10,000. Kedai skincare such as Etude, Natural Republic, Skin Foods memang berlambaklah di sini. Orang Korea sangat mementingkan beuaty and appearance. Pelajar perempuan Korean memang berlumba-lumba untuk kelihatan cantik dan trendy sebab itulah sepanjang jalan di univeristy ini dipenuhi dengan kedai-kedai keperluan wanita!

 The golden fall foliage..MasyaAllah cantik sungguh

 Tak puas bergambar sekitar Ewha Womans University

 Unique building at Ewha Womans University
 Tersempak dengan Chinese Malaysian couple, depa tolong snap pic the 5 of us! Kamsahamnida.

 More fall foliage

Umar kesejukan.

 Cantik sesangat, rasa nak ambik gambar kat semua tempat!

 Etude House, kedai skincare merata-rata along the street. Kita pun terpanggil juga untuk membelai wajah bila nampak kedai-kedai 🙈

 Beautiful scenery.

 Us!

 The people I love 💕😍

 Socks kat belakang tu KRW2,000 sahaja!

 The shoes tu KRW10,000 sahaja. Demmit! Cheaper here because they are selling for students

 The backpacks, KRW10,000 to KRW30,000

 Gyeran ppang, roti yang dibakar bersama telur dan cheese..sedapppp! KRW1,000 each. Kat area Myeongdong roti ni dijual pada harga KRW2,000. Kat area Insadong KRW1,500. Make sure beli kat Ewha University, value for your money!


Ahjusi ni boleh cakap Malay skit-skit...cayalah!

To get to Ewha Women University
Take subway Line 2 and get off at Ewha Womans University, exit #2 atau Exit #3. Bila keluar tu boleh nampak dah kedai-kedai along the street. Or else just follow the crowd yang berlari-lari nak ke kelas. Depa semua tu menghala ke Ewha Univ la tu...

Myeongdong Shopping Street
Myeongdong Shopping Street is Jalan Bukit Bintang in Malaysia. Kat sini banyak kedai-kedai barangan branded. The price is quite high here as it is a tourist area. Memang meriah. Kami cuma jalan-jalan sahaja di sini. Masuk shops just to cuci mata as we have done our shopping at Ewha Womans University that morning. Banyak kedai besar-besar kat sini, Uniqlo, Forever 21, Lloyd, Nature Republic...demmit! You can shop till you drop here!
 
 Shops along the road.

 More shops..eh eh kepala siapa kah itewww??? 😎

 Skin care shops...tetiba ja rasa nak belai wajah kat sini..



 Besar sungguh Nature Republic kat belakang tu...jenuh nak round satu shop!

More skincare shops..Etude House! The lipsticks, facial cleansers..dem demm demmmm!

To get to Myeongdong Shopping Street
Take Subway Line 4, get off at Myeongdong Station, Exit #6. Keluar je Exit #6 tu emang shopping street dah. Do take note that kalau direction kata Exit#6 kena keluar Exit #6, kalau keluar exit lain jenuh pusing nak cari tempat 😁

Lunch at Halal Friendly Restaurant in Myeongdong
Actually we were planning to have lunch at Yoogane makan Marinated seafood fried rice. Pusing punya pusing as instructed by this one blog post from previous traveler tapi tak jumpa-jumpa juga. Rupa-rupanya dia silap bagi direction sebab lepas stop lunch at this halal friendly restaurant, we accidentally came across Yoogane (the one we were actually looking for!) on our way back to the GH. Cepat-cepat kami take note of the correct direction untuk lunch at Yoogane on a different day.

So, lunch at this halal friendly restaurant, nama kedai dah lupa. Dan lupa juga ambil gambar sebab perut dah berkeroncong. We spotted the Halal Week Restaurant participation at the restaurant door and we saw a few Malaysians just came out from the restaurant, so decided to give it a try since pusing cari Yoogane tak jumpa. Kat kedai ni cuma ada 3 jenis dishes je, iaitu sup ayam, ayam kurma and another one ayam masak apa entah. Price setiap satu is KRW15,000. The dish is served with bubur nasi. We ordered 2 chicken soup for 5 of us. The total cost for our luch that day was KRW30,000 minus KRW4500 coupon from Halal Week Restaurant booklet= KRW25,500. 

Soup dia sedap, very spicy...biasa tu chinese, Korean and Japanese soup memang banyak herba to keep our body warm especially during cold season. The chicken is very tender. Umar like it very very much. Makan pula dengan bubur nasi. Hirup slruppppp. 

Namdeamun Market
Kalau Myeongdong Shopping Street is like Bukit Bintang, Namdaemun market on the other hand is like Jalan Tar in Malaysia. 

Kalau datang ke sini bawa la duit lebih sebab kita takkan balik dengan satu shopping bag sahaja. Di sini banyak dijual souvenir seperti fridge magnet, beg kecil yang disulam, sudu, garfu dan choctick Korea, winter coats, kasut, begs and many more kalau nak list! Fridge magnet satu set (9 pieces) was sold at KRW7000 to KRW8,000. Kena rajin bertanya dan bargain. We ended up paying KRW6,000 for one set. We bough 2 sets of FM altogether.

Saya beli sehelai winter coat di sini yang warna putih saya pakai dalam gambar di bawah pada harga KRW10,000 (RM38) sehelai sahaja. Wahhhh saya jadi tak ketahuan. Suami juga beli sehelai sweat shirt pada harga KRW15,000 dan sehelai jacket pada harga KRW25,000. Hamboiii dia borong lebih dari sang isteri!

Anak-anak juga sempat rembat baju 'I Love Korea' pada harga KRW10,000 untuk 3 helai! Yang ini kena pandai cari kedai. Setengah kedai jual baju I love Korea ni KRW10,000 untuk 3 helai tapi hanya tertakluk kepada kaler putih dan grey sahaja. Tapi ada juga kedai yang jual harga yang sama tapi warna apa pun boleh campur.

Di Namdaemun market juga ada bangunan Lengdang yang berwarna hijau yang ditulis Fashion World something like that (lupa terus nak ambil gambar bangunan sebab teruja nak shopping). Senang saja nak cari nak bangunan ni sebab ia berdiri tegak di tengah-tengah hiruk pikuk market ni. Jangan lupa untuk naik ke second floor sebab kat atas tu adalah syurga jewelry. Blink blink adoiiiii berpinau biji mata. Saya sempat memborong sedikit brooch batu swarovski price ranging from KRW1000 to KRW9000 satu untuk diri sendiri, adik beradik perempuan, my mom and juga my MIL. Saya beli brooch di kedai no 209 Chung Cho (based on suggestion from previous travelers). 

Pada mulanya Chung Cho kira jumlah keseluruhan brooch yang saya beli ialah KRW85,000. Saya juga tidak menyemak (harga ditulis pada pembalut brooch) dan membayar sahaja jumlah yang disebut (lagak orang kaya shopping padahal tak kaya pun!). Bila tiba di GH saya rasa macam ada yang tak kena dengan jumlah bayaran saya. Jadi saya kira balik. Alkisah jumlah sebenar ialah KRW71,500 sahaja. Tapi waktu tu dah lewat malam dan kedai sudah tutup jadi saya berhasrat untuk kembali semula ke kedai Chung Cho pada keesokan harinya. Tapi esoknya saya lupa pula (kes banyak makan kari kepala ikan mamak, banyak lupa LOL!) Hanya pada hari ketiga barulah berpeluang kembali ke kedai Chung Cho. Terus saya keluarkan semua brooch yang saya beli dan inform dia yang dia tersalah kira. Saya fikir dia akan argue dulu. Tetapi tidak, dia terus minta maaf berkali-kali "sorry...sorry" katanya. Saya cakap 'It's ok, i just want to get the difference back, no big issues". Terus dibayar the difference dan sempat dibungkus a few more small brooch for free sebagai tanda mohon maaf. Conclusionnya, pada saya, orang Korea ini sangat jujur 😍. 

Selain dari pakaian of course lah ada kedai skincare. In fact kedai skincare ni merata-merata, selang a few shops ada kedai yang sama macam Nature Republic ni bersepah-sepah. Kat subway station pun ado! Aduhhh tak tahan weiiii, kena borong juga face masks dan hand cream. Murah murahhhhh satu paket tu (ada 10 pieces) KRW5,000 sahaja! Wahhh wahhhh kalau kulit muka kak senah cun melecun dik non jangan jeles yaaaaa 😜😜😜. 

Kalau shopping di kedai yang ada tanda tax refund seperti Nature Republic ni jangan lupa minta resit untuk tax refund. Nanti kat airport boleh claim tax refund. Kalau shopping kat kedai baju di Namdaemun market ni jangan pula minta tax refund resit ya memang tak da la haha.

How to get to Namdaemun Market
Soeul subway Line 4, get off at Hoehyeon Station, Exit #5. Keluar sahaja exit #5 tu Namdaemun market dah tu.

***End of Day 2**

Also read:






Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...