Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Wednesday, March 3, 2010

Goulash Tulang Rusuk


Goulash ni tak cukup bahan sebenarnyer..tu yang warnanya macam pucat skit..sebab serbuk paprika ku kehabisan..pastu biasak la aku mesti improvise dr resepi asal mengikut tekak kemelayuan sejati aku hehehe dan banyak ingredients yang terpaksa di skip mengikut tahap kesihatan suami seperti kentang..dia tk boleh makan kentang..coz nanti dia kembung..walau apa pun my cooking never fails hehehe..suka sangat tengok hubby makan garlic bread cicah goulash ni..kids pun suka sebab tak pedas..

Jadi di sini dikongsi resepi dengan visitors..





GOULASH TULANG RUSUK


Bahan A:
2 batang tulang rusuk - dipotong 2- 3 inci
2 camb tepung jagung
1 camt serbuk lada hitam

Bahan B:
2 biji bawang besar - dicincang
2 biji bawang putih - dicincang
1 inci halia - dimayang
2 biji buah tomato - dipotong dadu
2 camb mentega
1/2 camb serbuk paprika
2 camb serbuk sup
garam gula
1 mangkuk air

Bahan C:
2 biji kentang - dikupas kulit dan dipotong 4
1 batang celeri - dipotong kecil
1 batang carrot - dipotong jejari sepanjang 1 inci
1 biji capsicum hijau - potong jejari

Cara-caranya:

1. Bahan A digaul bersama dan diperap sekejap.

2. Panaskan butter dalam periuk, tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga garing.

3. Masukkan tulang rusuk yang diperap dan digoreng sekejap hingga kekuningan.

4. Masukkan buah tomato yang dikiubkan, air, serbuk rempah sup dan serbuk paprika dan renehkan sehingga daging empuk.

5. Bila daging dah empuk, masukkan Bahan C dan renehkan sehingga sayuran 1/2 masak@empuk. Rasakan garam gula.

6. Sedap dimakan bersama garlic bread, toast atau pun dengan nasi putih biasa.

Sunday, February 28, 2010

Cream Cheese Orange Muffin



Gambar sebelum dan selepas..coz dah tatau nak makan aper for tea..hubby lak outstation for 3 days..nak bawa the gals kuar malas lak..besides the three-year-old wawa ni tak menang tangan nak jaga dia kalau keluar without hubby..cadang-cadang nak buat banyak skit..with a hope that i could hand a few to my good neighbour...anak anak dia suka my cooking..however, after peeking into my pantry i saw only 100gm of butter and 100 ml of cream available and i don feel like going out to the mart (though it is located just about 1/2 km from my house indeed hehehe)...guna jer la aper yg ada..and i ended up baking 12 muffins for 4 of us..and divided equally each of us would get three muffins each hehehe my gals said "mana cukup???" ari ni i cuma bake half of the ingredients..dpt 12 biji...saiz besar punya!
Actually i post this recipe special for my long lost friend who rite now is staying in London...thank you to FB for rejoining us after those many many years of being apart...hope one day we will meet again and there we shall share lots and lots of stories...for we havent met in 17 years (betul ker i calculate) Come back for Seafood Quiche recipe soon! Plan to cook the quiche this Tuesday..the day hubby returns from his outstesen hehehe


CREAM CHEESE ORANGE MUFFIN

Bahan A:
160 gm gula castor
4 biji telur - gred A

Bahan B: (diayak)
360 g tepung naik sendiri - pakai tepung Bluekey hehehe
2 camt baking powder
1/2 camt salt

Bahan C:
120 g susu segar
140 g butter - cairkan

Bahan D:
200 g cream cheese
3 camt gula kastor
1 camt jus oren

Hiasan:
Chocolate chip
Almond cincang

Cara-cara:

1. Pukul bahan A hingga kembang dan putih.

2. Dalam bekas berlainan, pukul bahan D hingga gebu. Masukkan bahan A dan C ke dalam bahan D yang telah dipukul.

3. Masukkan bahan B yang telah diayak ke dalam adunan muffin.

4. Jika suka boleh digaul sekali almond and choc chip.

5. Cedukkan adunan muffin ke dalam loyang muffin yang telah diletakkan cawan kertas. Taburkan choc chip di atasnya.

6. Bakar di dalam oven 180'C selama 20 minit atau hingga masak. Muffin akan merekah pada bahagian atasnya.

7. Serve during tea time..kids love it! Selamat mencuba!

Saturday, November 21, 2009

Asam Pedas Garoupa Head

Kebetulan visit pasar Tanjong Malim ternampak kepala Garoupa ni dijual at flat price, RM5 setiap satu..kecik ke besar ker kepala ikan tu semua dijual at RM5..tanpa fikir panjang mmmm terus beli 2 kepala...i ni memang suka kepala ikan..walaupun tau kepala ikan is not good for your brain...kebetulan bendi yang i tanam belakang umah dah berbuah...daun kesum dalam pasu pun segar at dat time (sekarang dah jadi hidup segan mati tamau heheheh)...hubby kalau tak sebab dia sakit gastrik memang dia suka hirup kuah asam pedas...slruuuppppppp...bunyi dia sedut kuah hahaha....tp sekarang dia sakit..kalu beli garoupa ke, siakap ker, kena kukus atau goreng jer..nak masak sweet sour ker, masak thai ker..3 rasa ker...memang tak leh...masa tu baru la rindu kan kenikmatan makan masa dulu-dulu..tk per lah sayang..kukus pun kukus la..nanti bila u dah sihat elok, kita buat kenduri dan makan sedap-sedap yer...sian my hubby...please get well very very soon...:(

Here's the recipe for my visitors...

ASAM PEDAS GAROUPA HEAD

2 ketul kepala ikan garoupa (nama melayu nye kerapu)
2 biji tomato buah
2 kuntum bunga kantan (dibelah 2)
Beberapa tangkai daun kesum
6-7 biji bendi
2 batang serai - diketuk
1 camt halba campur
Sedikit air asam jawa
Garam
Minyak utk menumis

Bahan kisar:
2-3 tangkai cili kering
2 biji cili merah
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 cm halia
1 cm kunyit
Belacan - sebesar ibu jari



Cara- caranya :

1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan halba campur dan kemudian dimasukkan bahab-bahan yang telah dikisar dan serai. Tumis hingga pecah minyak.

2. Tambah air asam jawa dan air untuk kuah. Didihkan.

3. Masukkan kepala ikan, biar sampai ikan masak. Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, kacang bendi, tomato dan garam gula. Rasakan manis masin dan masamnya.

4. Siap untuk di hidang dengan nasi putih. Sedappnyerrrr...

Saturday, October 31, 2009

Laksa Penang


I deeply apologize kat pengunjung my blog for taking too long to update a few recipes here..since hubby sakit last few months memang tak sempat nak berblogging langsung..masak pun terhad sekarang ni..hubby sakit gastrik..therefore tak leh masak food yang pedas, too spicy, acidic, oily etc..it's kinda hard to find healthy menu for him..even the tomyam must be very mild now..tk letak cili langsung..12.30 every noon i'd rush home to prepare sum food for him..then rushing back to the office for i had class at 2pm...very tiring indeed..but i dun have a heart to see him eating outside food yg belum tentu healthy for him...Alhamdulillah he's getting better now..tp makan still kena jaga..cuma boleh makan sup dan yg tak pedas jer..yang berangin jauh sekali..the variety of my cooking is limited now..terpaksa berkorban demi suami...laksa ni masak way before hubby sakit..tp terlalu sibuk dgn my work, research etc tak sempat nak update...harap pengunjung tak serik to keep on visiting my blog...here's the recipe for laksa penang..:)


LAKSA PENANG

I bungkus laksa mi - rendam sampai lembut dan direbus (nak pakai laksa basah lagi bagus cuma kat Tg Malim ni susah nak jumpa laksa fresh..tak jumpa in fact)

I kg ikan - i campur ikan kembung dan ikan sardin
7 biji bawang merah - kisar
4 biji bawang putih - kisar
6-7 tangkai cili kering - kisar
Belacan - sebesar ibu jari - kisar
4 keping asam gelugur
Daun kesum
Bunga kantan - dibelah 2
1 liter air

Bahan hiasan dihiris:
Bawang besar
Cili api
Timun
Daun salad
Telur rebus - dibelah 4
Limau nipis
Nenas - dipotong kiub

Cara-Cara:

1. Ikan dicuci dan direbus dengan sedikit asam keping. Bila sudah masak, angkat dan sejukkan. Air rebusan ikan jgn dibuang.

2. Asingkan isi ikan dan tulang. Isi ikan dikisar halus. Tulang ikan juga dikisar dan ditapis dan diambil airnya. Air kisaran tulang ikan akan memaniskan kuah laksa.

3. Masukkan bahan kisar (bawang merah, putih, belacan, dan cili kering) ke dalam periuk bersama-sama dengan isi ikan yang telah dikisar, air kisaran tulang ikan, air rebusan ikan, asam keping dan 1 liter air dan dididihkan.

4. Bila dah mendidih, masukkan daun kesum, bunga kantan, dan garam gula. Biar mendidih sebentar lagi.

5. Untuk menghidang, masukkan laksa ke dalam mangkuk, tuangkan kuah, hiaskan dengan bahan-bahan hiasan yang telah dihiris. Sedia untuk dimakan..Yummmy!

Tuesday, October 6, 2009

Laksa Sarawak































Menu untuk open house last week..with some help from my soon-to-grad final sem students..and after spending a few hours in my limited kitchen, laksa sarawak was finally produced..Kebetulan paste laksa sarawak ada about 1 kg in my fridge..kira-kira cukup la untuk +/- 80 pax..those who arrived late terpaksa la bedal food lain yg ter offer kat atas meja dat day..


LAKSA SARAWAK

(For 10-13 pax)
1 paket pes laksa sarawak (1 paket = 250gm lebih kurangla)
2 bungkus bihun - dicelur
5-6 ulas bawang merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
Air rebusan ayam secukupnyer untuk kuah
1 ekor ayam - dibelah 4
1/2 kg santan pekat
1/2 kg udang - dicuci
2 paket fish cake - dipotong nipis

Hiasan:
Daun ketumbar - dipotong halus
Cili merah - dihiris nipis
limau kasturi
Telur rebus - dibelah 4
Isi ayam yang telah disiat-siat

Sambal:
(semua bahan kecuali air asam jawa dikisar halus)
5-6 batang cili kering
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
100 gm belacan
1 mangkuk kecil ikan bilis
2 camb air asam jawa

Cara-caranya:

1. Ayam yang telah dipotong 4 direbus. Bila ayam dah masak dan empuk, angkat ayam dan simpan air rebusan untuk kuah laksa. Isi ayam disiat-siat untuk hiasan.

2. Dalam periuk besar, tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing. Bila bawang dah garing masukkan pes laksa sarawak dan tumis lagi hingga naik bau dan pecah minyak.

3. Masukkan air rebusan ayam secukupnya untuk kuah. Bila kuah mendidih, masukkan santan pekat, udang, dan fish cake dan dimasak hingga mendidih. Kuah hendaklah sentiasa dikacau untuk mengelakkan santan dari berketul. Kuah laksa sarawak tidak perlu terlalu pekat.

4. Rasakan garam gula.

5. Untuk sambal: tumiskan semua bahan hingga garing dan pecah minyak. Masukkan air asam jawa dan rasakan garam gula. Masak seperti memasak sambal tumis biasa.

6. Semasa menghidang, letakkan bihun yang telah dicelur ke dalam mangkuk, tuangkan kuah laksa, hiaskan dengan bahan-bahan hiasan dan jangan lupa sambal..baru kick!

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...