Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Wednesday, December 14, 2011

Kerabu Daging dan Pegaga

Assalamualaikum..sihat semuanya? Semoga sihat selalu...musim-musim hujan begini senang nak dapat penyakit/demam jika tak jaga makan minum dengan baik..elakkan minum ais banyak ye nanti sakit tekak ewahhhh macam puan doktor lak...heheh..kalau kat TM ni pagi hingga tengaharinya panassss tapi lepas zohor hujan lebat...sib bek la TM ni tak banjir, kalau banjir risau juga kan..semoga semua mangsa banjir selamat hendaknya..risau juga nak balik kelantan Xmas ni takut banjir..Kuala Krai tu kawasan banjir lak tu..haishhhh! susah hati!!

Tak per tak per, kita doa moga-moga dekat x'mas nanti banjir dah habis..insyaAllah...malam ni mieza nak share resepi kerabu ni..semasa kawan mieza berkunjung hari isnin lepas, mieza hidangkan kerabu ni sebagai salah satu hidangan untuk beliau dan suami..turn out suaminya suka sangat dengan kerabu mieza dan minta resepi..jadi malam ni dipostkan resepi kerabu ni khas untuk sahabat baik mieza yang tersayang...jangan lupa cuba tau..suami suka tu..moga kasih sayang di antara suami isteri akan berpanjangan..insyaAllah..



Resepi kerabu ni asalnya mieza adapt dari kerabu daging baba's yang mieza tonton kat TV1 iaitu rancangan Citarasa 1001 Baba's pada hari Ahad yang lepas jam 7.00 malam...resepi asal menggunakan daging dan pucuk paku tapi sebab hubby tak makan pucuk paku maka mieza tukar dengan pucuk pegaga yang mieza tanam sendiri di yard belakang..yok tengok resepinya..khas untuk Nik Zahrinawati Nik Zahari...


KERABU DAGING DAN PEGAGA

Resepi: Citarasa 1001 Baba's @ TV1, 11 Dec 2011, 7.00 pm
Source: Mieza @ WAWMC


Bahan daging:
400 gm daging batang pinang
1 sb sos tiram
2 sb sos ikan
1 sk serbuk sambar Baba's - mieza tak ada jadi mieza ganti dengan rempah kari Baba's
Serbuk lada hitam dan garam secukup rasa

Kerabu:
4 keping daun salad - mieza tak letak sebab tak der stok
200 gm taugeh - disiram air panas - pun mieza tak letak sebab tak der stok
100 gm pucuk paku - hiris dan siram air panas - mieza ganti dengan pegaga
1 biji bawang besar
1/2 bunga kantan - hiris
1 sk sos tiram
2 sb jus limau
1 sb beras goreng - ditumbuk
1 sk serbuk ketumbar
1 sb kerisik
4 biji cili padi - hiris
2 tangkai daun limau purut - hiris
1 sb gula
1 sb santan
2 helai daun kunyit - hiris
3 bji cili merah hiris

Cara-cara:

1. Perap daging bersama bahan perapan selama 1/2 jam kemudian gril di dalam grill pan yang digris dengan sedikit minyak zaitun sehingga separuh masak.

2. Angkat dan masak di dalam microvawe selama 1 minit.

3. Hiris daging nipis memanjang. Ketepikan.

4. Masukkan daging ke dalam semua bahan kerabu dan gaul sebati. Hidangkan mengikut kreativiti..



Dear Nik Tie..a very good luck trying this recipe out..i'm glad u and hubby liked it..it makes me happy looking at both of you enjoying ur dinner that nite..do visit again!

Tuesday, December 13, 2011

A Visit by An Old Good Friend

Assalamualaikum...busy ke tu..mieza ni schedule very tight lately..sebabnya tengah prepare untuk menghadiri conference hari Isnin depan..jadi seharian hari ni mieza bersengkang mata depan lappy siapkan slide PPT untuk presentation nanti..itu yang hari ni agak lewat jenguk blog ni..nak blogwalking pun tak sempat..insyaAllah esok mieza akan mengunjungi blog kawan-kawan ye..

Malam ni tak der post resepi tapi topiknya masih lagi moving around food..semalam mieza menerima kunjungan sahabat lama mieza dari sekolah menengah dulu...18 tahun mieza tak jumpa..seronoknya tidak terkata..terima kasih dear sudi bertandang ke umah mieza yang tak seberapa ni..jadi balik je kerja kul 6 petang semalam mieza terus menyingsing lengan baju dan merempit di dapur..kalau boleh mieza nak jamu tetamu mieza makan sekenyang-kenyangnya...dengan masa yang sangat terhad mieza hanya mampu menyediakan meal menu yang simple saja..insyaAllah lain kali datang hujung minggu atau hari cuti pula ye Tie supaya mieza boleh masak macam-macam dan kita juga boleh bersembang panjang..jom tengok apa yang mieza hidangkan buat depa berdua (anak perempuan kesayangan pasangan kawan mieza ni tak datang sebab sedang bercuti ke umah neneknya di Pasir Puteh, Kelantan)

sebelum makan kita pose dulu..say cheeseeeeeee!



ini je la yang sempat mieza rempitkan semalam..enjoy ur dinner babeh!



Nasi Kabsa



Dalca Ayam



Siakap 3 Rasa



Kerabu Daging dan Pegaga



Sambal Cili Limau Kasturi dan Marbled Banana Cake



Semasa makan kita pose lagi sekali...makan kenyang-kenyang ye



Tuan umah yang encem hik hik hik



Harap guest istimewa mieza ini tak serik untuk datang lagi..

Monday, December 12, 2011

Ikan Gerut-Gerut Masak 3 Rasa



Assalamualaikum..aduhaiiii fenatnya mieza..tapi fenat pun tak per sebab rasa seronok mengatasi rasa fenat..minggu ni ramai betul orang yang bercuti kat pejabat mieza termasuk la my boss..yang tinggal cuma mieza dan 3 orang kawan lain (4 of us)..kunci opis pun mieza yang kena pegang..hmmm mieza tak suka sebenarnya pegang kunci opis..oleh sebab kawan mieza nak datang petang ni jadi mieza off for lunch awal skit...balik umah dan kemas umah skit..hahahah bila ada tamu baru nak kemas umah..ampunnnnn..mieza tak menang tangan..harap-harap kawan mieza tak kutuk umah mieza yang bersepah tu hihihihi



Mieza tak leh nak story pepanjang..tapi hari ni mieza nak share resepi ikan ni yang mieza masak semalam dan makan bersama nasi limau purut..licinnnn ikan ni dikerjakan oleh anak dara bam bam mieza tu..jom tengok resepi yang mieza cuba dari MyR..

IKAN MASAK 3 RASA
Source: Sunkist @ My Resipi
Source: Mieza @ WAWMC


Bahan-bahan ( 5 orang )

Seekor ikan kerapu - mieza guna ikan gerut-gerut..ikan apa pun ok jangan ikan bilis udah la hahahah
2 biji bawang putih - dicincang halus
5 biji bawang merah - dicincang halus
8 biji cili merah - dicincang halus (kalau suka pedas boleh gandakan cili ataupun guna cili api)
2 biji tomato - dipotong dadu
2 kerat nenas - di potong dadu
2 sudu cili boh
3 sudu sos tiram
2 sudu sos ikan
Sedikit daun ketumbar
1 sudu besar tepung jagung
serbuk kunyit, garam, gula & serbuk perasa
Minyak



Cara-cara

1. Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit, cili boh & tepung jagung. Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat & toskan.

2. Panaskan minyak di dalam kuali lain dan masukkan bawang putih yg dicincang & goreng sehingga separuh kekuningan. Kemudian masukkan bawang merah & goreng lagi sehingga naik bau.

3. Masukkan lada merah yg telah dicincang tadi & goreng seketika. Kemudian, masukkan pula nenas.

5. Masukkan tomato cincang, sos tiram, sos ikan, gula, garam, bahan perasa & tepung jagung yg telah dibancuh dgn air.

6. Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar.



owhhhh look at her..sucking and licking the fish head..my bam bam wawa that she is!

Sunday, December 11, 2011

Nasi Limau Purut



Assalamualaikum...salam ceria..hari ni mieza cukup happy..nak tau kenapa mieza happy? Mieza happy sebab esok kawan baik mieza, sama satu sekolah, (tinggal satu bilik di asrama, pernah mengunjungi rumah beliau sewaktu sekolah dulu, selalu bergelak ketawa, menghadiri tusyen sesama) akan mengunjungi mieza esok setelah 17 tahun tidak berjumpa..ya Allah excited nyer mieza tidak terkata..bagaikan tak sabar untuk menerima kunjungan beliau dan keluarga esok..setelah tamat SPM mieza ke USA dan beliau ke UIA..sejak 2 tahun yang lepas mieza bertemu semua beliau di FB..sejak itulah kami bertukar-tukar berita..baru kini berpeluang untuk bersemuka semula...TQ FB for connecting two old lost friends...tadi kawan mieza message kat FB katanya nak makan masakan mieza...hmmmm ini yang mieza tengah fikir-fikir dan berbincang dengan hubby juadah apa nak disediakan untuk tetamu yang sangat mieza hargai itu esok..



Nasi ni bukan untuk esok tau..heheh nasi ini mieza masak untuk lunch tadi..setelah mieza terlihat kat dapur Kak Ita Masam Manis..tapi mieza terlebih air, jadi nasi mieza agak lembik ahakkkssss...sib baik suami mieza suka nasi yang agak lembik maka licin juga dikerjakan suami hahahaha..


NASI LIMAU PURUT
By : Chef Zaidah Mohd Noor
Rujukan : Buku masakan
Cita Rasa Malaysia 1000 resepi Unggul
Source: Kak Ita @ Masam Manis
Source: Mieza @ WAWMC



2 sudu besar margerin
1.5 cm halia ~ kupas dan hiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
4 ulas bawang merah ~ dihiris
1 batang serai ~ dititik
3 helai daun limau purut
Garam secukup rasa
500 ml air
125 ml pati santan
1 sudu besar stock ayam
2 cawan beras Basmathi ~ di cuci bersih dan toskan airnya
4 titik pewarna hijau



Cara-cara:

1. Panaskan Margerin di dalam periuk

2. Tumiskan bahan-bahan hiris hingga wangi

3. Masukkan serai dan daun limau purut, kacau sebentar

4. Apabila dah harum masukkan air, garam, santan, stock ayam dan beras. Kacau sedikit dan biarkan sehingga air nasi kering

5. Apabila kering, titiskan dengan pewarna hijau. Gaul sebati dan biarkan hingga nasi masak sepenuhnya.



Nasi Limau Purut ni mieza makan dengan Gulai Udang dan Nenas dan juga Ikan Gerut-Gerut 3 Rasa...sedap!

Pulut Kelapa Ikan Kurau dan Gelama Masam - Simple breakfast on a lazy Sunday...



Selamat pagi..dan apa khabar..mieza pagi ni terasa malas la pulak sebab dari semalam hujan turun tak berenti..dah rasa macam kat obersea lak hahaha...bila hujan mula la terasa malas nak masak..ingat nak ajak hubby gi makan capati kat kedai mamak je..tapi dia kata sejuk dia malas nak bangun awal..katanya nak peram tido sampai lewat sikit..hmmm anak-anak lak nak makan chicken pot pie tapi susu lak abis..nak goreng bihun hmmm tauge pun tak der..nak goreng nasi, nasi semalam semua dah abis..heheh last last ternampak beras pulut, kebetulan kelapa parut pun ada lagi, dan juga ikan kurau dan ikan gelama masam...hmmmm sedap juga kan menu breakfast orang dulu-dulu time musim tengkujuh..



Arwah nenek memang suka masak pulut gaul kelapa ni kalau tiba musim hujan dan dia tak menoreh getah..orang dulu-dulu makan pulut tapi lepas tu kerja kuat di kebun getah atau pun di sawah...orang zaman sekarang breakfast dengan pulut pas tu lepak tengok TV..tu yang badan dapat macam-macam penyakit hahahaha...errr orang zaman sekarang tu termasuk la tuan punya blog ni..makan pulut dan mengantuk dan ZZzzzzzzz ahakkksssss...

ini pula ikan gelama masam..mieza beli kat pekan lumut..sedap ikan ni...



Walaupun simple dan menu orang lama tapi yang ini lah yang menambat hati mieza ^__^

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...