Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Sunday, January 5, 2014

Laksam Utara

"Huwaaaaa syedapnya laksam nih" hehheeh kemain lagi suami memuji kesedapan laksam ni bila menjamahnya selepas selesai potong rumput kat yard belakang. Sama ada laksam ni betul-betul sedap atau dia kelaparan selepas berpeluh-peluh memotong rumput, membakar sampah dan mengemas laman itu tak dapat nak dikenal pasti. Yang mieza pasti hati ni berbunga-bunga bila yang tersayang memuji masakan kita...terasa penat lelah di dapur dihargai! Terima kasih sayang!


Selalu kita makan laksam kuah putih kan..bezanya ini laksam kuah kuning..atau laksam utara. Suami memang sukalah dia, maklumlah dia orang utara. Sayangnya anak dara sunti yang sulung mencebik bibir tak suka. Katanya "along suka kuah putih, yang Kelantan punya". Hmmmm nampak gayanya lain kali mama kena masak kuah dalam 2 pot yanng berlainan la...

Dan anak dara yang tengah lah yang cukup senang. Laksam Kelantan ke Laksam utara ke semua dia bedal licin..."Hmmmm sedap sangat Mama"...sesungguhnya anak kedua ni memang pandai mengambil hati...


LAKSAM 

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4 cawan air

 Cara penyediaan:

1. Semua bahan dimasukkan ke dalam pengisar (blender) dan dikisar hingga sebati.
2. Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih.
3. Ambil satu tudung periuk, oleskan minyak pada tudung periuk menggunakan daun pandan.
4. Letak tudung periuk di dalam pengukus. Sendukkan adunan laksam ke atas tudung periuk.
5. Kukus selama 4-5 minit atau hingga masak. Angkat dan sejukkan.
6. Bila laksam dah sejuk, gulung laksam. Ulang hingga habis. Potong serong laksam sewaktu menghidang.
7. Hidang laksam bersama kuah lemak, ulam dan sambal cili.



KUAH LEMAK KUNING

3 ekor ikan sardin
2 ekor ikan kembung
1 cm lengkuas
2 keping asam keping


5 biji bawang merah - kisar
3 biji bawang putih - kisar
2 sb rempah kari ikan - jadikan pes
2 keping asam keping
2 liter santan - sederhana pekat
Sedikit daun kesum
1 kuntum bunga kantan
Garam dan gula
Minyak untuk menumis

Cara Penyediaan:

1. Ikan kembung dan ikan sardin dicuci dan direbus bersama sedikit garam, 2 keping asam keping, lengkuas dan sedikit air. Rebus hingga masak. Biarkan sejuk dan asingkan isi dan tulangnya. Isi ikan dikisar, ketepikan. Sementara itu tulang ikan dikisar bersama air rebusan ikan. Tapis dan simpan airnya.
2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bawang putih dan bawang merah yang telah dikisar hingga garing. Kemudian masukkan rempah kari ikan dan tumis hingga garing.
3. Masukkan isi ikan yang telah dikisar, air rebusan ikan yang telah ditapis dari kisaran tulang ikan, santan, asam keping, daun kesum dan bunga kantan.
4. Renehkan kuah hingga mendidih sambil sentiasa dikacau. Apabila telah mendidih rasakan garam dan gula.



SAMBAL CILI

4 biji cili merah
5 biji cili api
1 cm belacan
2 sb cuka
Sedikit air dan garam

Kisar semua bahan hingga hancur.


BAHAN ULAM-ULAMAN

Kacang panjang
Kacang botol
Taugeh
Bunga kantan
Bawang besar
Timun

Semua ulam dihirs halus


SEDAP WEIIII SEDAPPPPPPP!!!!

Saturday, January 4, 2014

Seafood Gumbo with Lemon Rice Pilaf

Rasanya masih belum terlewat untuk mieza ucapkan Selamat Tahun Baru 2014 buat semua visitor blog kesayangan mieza ni. Masuk awal tahun baru ni memang tak menang tangan sikit. Wawa baru masuk Tahun 1. Mama lah yang paling kelam kabut sebab tak berapa nak percaya anak kedua mama tu boleh ke tak bawa diri ke sekolah. Wawa masih belum tahu kira duit, jadi mama kurang yakin untuk melepaskan Wawa beli makanan kat kantin waktu rehat. Maka mama sanggup bangun jam 5 pagi untuk siapkan bekal Wawa. Malam pula memang tido lewat kerana siapkan pakaian Wawa, gosok baju dan sediakan buku Wawa mengikut jadual yang diberi guru. Walaupun Along kata dia akan gosokkan baju adik, hmmm entah lah perasaan keibuan mama ni kata nak buat sendiri juga. Mungkin lepas seminggu dua ni mama rasa legalah sikit kot..

Gambar pakai camera phone...ampunnya kekurangannya..


Doa mama sentiasa mengiringi perjuangan mu anakku sayang. Semoga membesar menjadi wirawati negara yang banyak berjasa. Mama bangga dengan Wawa. Ingat anakku, hormatilah gurumu biar seburuk mana kelakuannya kerana tanpanya kamu tak mungkin berjaya. Setidak-tidaknya belajarlah darinya agar kamu menjadi insan yang lebih baik daripadanya.


Mulakan pengajianmu dengan Bismillah, bantulah kawanmu yang lemah sesungguhnya ilmu bukan semakin berkurang dengan membantu kawanmu, malah Allah SWT melipatgandakan kefahamanmu di mana kamu lemah. Tekunlah dalam menuntut ilmu kerana tanpa ilmu hidupmu malap umpama malam tiada berbintang. Selamat berjaya anakku!

Emo pula mieza bila Wawa dah masuk Tahun 1. Terasa baru semalam Wawa dilahirkan. Kini sudah 7 tahun usianya. Cepatnya masa berlalu..dan kita semakin hari semakin tua...

Uhukkksss

Isy isy..meh kita sembang lak pasal resepi hari ni..

Pagi-pagi suami menyatakan hasratnya nak makan Gumbo. Bagi merealisasikan impian suami tercinta maka ke pasarlah mieza pepagi lagi..mak aihhhh mahalnya seafood di pasar lately! Udang kecil-kecil saja RM32 sekilo yang biasanya cuma RM18 sekilo. Ikan bawal yang selalunya RM14 sekilo hari ni RM28. Ikan kembung selalunya RM9 kini RM10, ok lah lagi sebab naik RM1 je....mieza nak berenti kerja dan jadi nelayan la pulak huwaaaaaa

Tapi mahal pun beli lah juga serba sedikit..Udang sikit, sotong sikit..kebetulan dalam peti ais ada ikan dory lebihan entah bila entah..meh la kia meng'gumbo'..

Hubby makan bertambah-tambah..dia memang suka nasi tumis bersama lauk yang berkuah pekat macam gumbo ni...kembang kempis hidung mieza bila dipuji suami! Alhamdulillah..semoga kasih sayang antara kami akan sentiasa berpanjangan dan berkekalan..



SEAFOOD GUMBO

5 ekor sotong sederhana besar - potong cincin
15 ekor udang - buang kulit
2 keping ikan dory
1 biji bawang besar - hiris dadu besar
3 biji bawang putih - cincang
1/2 inci halia - cincang
50 gm tepung gandum
1 kiub pati ayam
1 mangkuk air
2 helai daun bay
1 batang carrot - hiris
1 batang seleri - hiris serong
5-6 biji bendi - potong serong selebar 1.5 cm
1 biji tomato - potong 4
3-4 sudu besar tomato puree - mieza guna brand Leggo's
2-3 sudu besar serbuk cili
1/2 biji cili benggala hijau dan merah
1 sudu kecil daun thyme
Minyak zaitun untuk menumis




Cara-cara Penyediaan:

1. Perapkan ikan dory dengan sedikit garam, lada sulah dan paprika. Goreng hingga masak. Potong dadu dan ketepikan.
2. Panaskan minyak zaitun di dalam periuk non-stick dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga garing. Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau sentiasa hingga tepung keperangan tetapi jangan sampai hangus.
3. Masukkan air dan kiub ayam. Kacau rata. Kemudian tambahkan semua bahan lain kecuali thyme. Reneh hingga lauk masak.
4. Perasakan garam dan masukkan thyme. Akhir sekali masukkan dory yang telah digoreng tadi.
5. Hidangkan bersama nasi pilaf.


NASI PILAF LEMON

3 pot beras basmathi (mieza guna pot rice cooker)
1 pot susu cair
3 pot air
2 helai daun bay
1/2 biji lemon - hiris nipis
Garam secukup rasa
Minyak sapi untuk menumis
1 kiub pati ayam 

Bahan kisar:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Segenggam kismis

Bahan tumis:
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 kuntum bung cengkih

Cara-cara:

1. Basuh beras hingga besih dan toskan.
2. Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumis bahan tumis hingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga garing.
3. Tambahkan air dan semua bahan lain. Tanak seperti memasak nasi biasa.
4. Apabila masak, hidangkan bersama gumbo tadi.

SELAMAT MENCUBA!

Saturday, December 21, 2013

Russian Black and White Cake

Alhamdulillah setelah berkurun resepi cake yang mabeles ni, hari ni maka berjaya juga mieza menge'kek'. seronokkkkkk sangat. Selepas balik kerja semalam semangat berkobar nak bake this cake. Maka selepas dinner cepat-cepat mieza masuk dapur dan sediakan keknya. Baru pagi ni mieza teruskan kerja-kerja mendeco cake menjadi black and white.

Dari mana datangnya nama Russian Black and White Cake ni mieza pun tatau. Yang mieza tau kek ni sangat sedap masyaAllah. Tatau dah nak kata macam mana lagi. Kena try sendiri. Memang ia dari kategori kek yang heavy. Tak leh makan banyak kalau tengah berdiet. Nanti diet ke lautttttt.

Special thanks to Kak Azlita yang menunjukkan cara-cara nak black and white kan kek ni. Mieza ni memang minat sangat dengan hasil kerja tangan Kak Azlita. Semuanya kemas-kemas dan cantik-cantik belaka.
BLACK AND WHITE RUSSIAN SQUARE CAKE

Kek Coklat Lembab
Bahan A:
300g tepung gandum
100g serbuk koko
1 tsp serbuk penaik
1 tsp soda bikarbonat
Bahan B:
3 biji telur A saiz
400g gula kastor
1 tsp esen vanilla
Bahan C:
250ml susu cair
250ml minyak jagung
2 sudu besar susu pekat manis

Bahan D:
250ml air panas

Penyediaan kek:
1. Satukan semua bahan A kemudian ayak. Ketepikan
2. Satukan bahan B di dalam elektrik mixer. Pukul hingga putih
3. Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis. Pukul hingga sebati
4. Masukkan bahan tepung (bahan A) yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan
spatula.
5. Tambahkan air panas dan gaul rata.
6. Tuang adunan dalam loyang empat persegi ukuran 8 inci yang telah digris dan dilapik dasar loyang dengan kertas minyak
7. Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C. Masa pembakaran 1 jam hingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
8. Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna,cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih.Bila lidi keluar bersih ini bermakna kek telah dibakar sempurna. Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
9. Sejukkan kek atas redai setelah masak.


Krim Keju Moca
 
Bahan A:
12g gelatin
60g air
 
Bahan B:
400g krim keju
2 tsp Nescafe segera~boleh juga letakkan pes moca
60g gula icing
 
Bahan C:
300g krim putar bukan tenusu
 
Penyediaan:
1. Satukan gelatin dalam air. Biarkan hingga kembang. (Lebih kurang  5 minit)
2. Kemudian cairkan secara double boil.
3. Satukan bahan B. Pukul hingga lembut.
4. Masukkan gelatin ke dalam bahan B dan pukul hingga licin.
5. Dalam bekas lain,pukul krim putar bukan tenusu hingga kental
6. Kaup balik krim putar dalam krim keju hingga bergaul sempurana
7. Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais
Chocolate Ganache
 
Bahan A:
250ml krim tenusu
40g sirap glukos
 
Bahan B:
400g coklat masakan gelap
30g mentega
1 sudu besar pes hazelnut~jika suka
 
Penyediaan:
1. Satukan krim tenusu dan sirap glukos. Didihkan sehingga timbul buih-buih kecil ditepi periuk
2. Coklat masakan gelap dicincang halus.
3. Tuangkan krim panas ke dalam bekas coklat dan biarkan coklat mencair,gaul rata.
4. Masukkan mentega dan gaul sempurna. Jika inginkan rasa ganache yang lebih enak tambahkan 1 sudu besar pes Hazelnut,jika tiada boleh letakkan nutella sebagai ganti.
5. Sejukkan. Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais
 
 
 
Sirap Nescafe
 
1 sudu besar Nescafe segera
1/4 cawan air suam
 
Satukan semua bahan dan kacau rata
 

PENYEDIAAN RUSSIAN BLACK AND WHITE CAKE

1. Kek yang telah sejuk dipotong kepada 4 kepingan dan letakkan 1 keping kek atas lapik kek.
2. Sapukan sirap nescafe di atas permukaan kek rata. Boleh juga masukkan sirap dalam botol spray dan spraykan atas kek,ini bertujuan untuk melembabkan kek.
3. Paipkan di tengah-tengah kek secara menyerong, ganache coklat diikuti krim keju moca. Lakukan berselang seli sehingga habis
4. Letakkan pula sekeping lagi kek dan seperti yang pertama sapukan sirap nescafe.
5. Kemudian paipkan pula krim keju moca di tengah kek secara menyerong. Ulang proses yang sama hingga habis semua lapisan kek.
6. Kemaskan tepi kek. Simpan sebentar dalam peti ais
7. Kemudian salutkan atau lepa kek dengan baki krim keju moca pada keseluruhan kek. Simpan semula dalam peti ais hingga krim keju mengeras
 
8. Ambil lebihan ganache dan cairkan dengan kaedah double boiler.Alihkan kek atas redai.
9. Alas redai dengan loyang supaya lebihan ganache tumpah ke dalamnya.
10. Tuangkan ganache atas di tengah kek,kemudian di tepi hingga ganache meleleh turun dan menyaluti keseluruhan kek.
11. Sendengkan ke kiri dan ke kanan loyang supaya ia rata. Biarkan sebentar.
12. Simpan kek dalam peti ais hingga ganache mengeras
13.Hias kek mengikut kreativiti 
 
Black and White Russian Square Cake,seeloknya potong sekeliling kek untuk menampakkan corak sesuai dengan nama yang diberikan padanya.


Wednesday, December 18, 2013

Putu Halba - Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas..

Dua minggu lepas mieza terpandnag sepohon (sepohon je ahakksss) pokok ubi kayu yang mieza tanam kat yard belakang umah dah besar panjang...dah boleh digali hasilnya..cepat-cepat mieza mintak tolong suami galikan. Kalau sendiri gali memang tak tercabutlah ubi tu. Alhamdulillah hasilnya tak menghampakan. Besar-besar ubinya. Walaupun hanya sepohon je yang ditanam tapi ubinya memang cukup makan kami sekeluarga. Bila tengok ubi yang gemuk-gemuk suami pula jadi excited lebih. Cepat-cepat dia pacakkan dua dua batang ubi kayu yang baru.

Pernah makan kuih ni? Ini kuih feveret mieza masa kecil-kecil dulu. Mak suka sangat masak ni especially musim banjir. Lama sangat tak rasa kuih putu halba ni..cara nak masaknya pula sangat lah senang.


PUTU HALBA

1 kg ubi kayu parut
1 sudu besar halba
2 keping gula melaka - diracik
1 cawan kelapa parut putih
1 sudu teh garam




Cara penyediaan:

1. Ubi kayu dicuci dan diparut. (cara mieza- ubi kayu diracik kecil dan dikisar dalam food processor lagi cepat)
2. Masukkan ubi kayu yang diparut ke dalam kain bersih dan perah sampai kering airnya. Buang airnya dan simpan hampasnya.
3. Gaulkan hampas ubi kayu tadi bersama halba dan sediakan pengukus hingga airnya mendidih.
4. Masukkan ubi kayu ke dalam acuan. Taburkan gula melaka racik dan tabur semula ubi kayu. Kukus hingga masak.
5. Bila sudah masak angkat dan sejukkan. Hidangkan bersama kelapa parut yang digaul bersama sedikit garam


Sedap sangat! Kuih tradisi yang sentiasa segar dan tan tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Selamat mencuba ye!

Friday, December 13, 2013

Tom Yum Kelapa - yang sangat mabelesssss

Fuhhh fuhhh fuhhh tiup sawang dulu sebab dapur ni dah naik sawang kan...tom yum kelapa ni rasanya adalah dalam sebulan yang lepas mieza masak...tak sempat nak post ke sini...balik kerja memang terus padam lepas solat maghrib..kekadang tu solat Isyak pun pukul 2 pagi...kerja ni memang tak pernah abiskan...rasanya dah buat kerja tetiap ari..tapi tetap gak menimbun...cer explain, awat jadi lagu tu???

Tom yum kelapa! First time dengar namanya memang teruja sangat..seumur hidup mieza (yang baru 17 tahun ni ahaksss) tak pernah denngar nama tom yum kelapa...apa lagi nak memakannya...satu hari semasa berkursus di UUM Kedah, sorang kawan ajak mieza makan tom yum kelapa di Padang Besar...wahhhh terujanya...terus mieza setuju..

Dan memang tak menghampakan! Walaupun travel dari Sintok ke Padang Besar memakan masa +/- sejam namun tidak kukesali kerana tom yum kelapanya memang emppphhhh! Mabelesss! Di Padang Besar, tom yum kelapa ini dihidang dalam buah kelapa muda. Harganya RM20 untuk sebiji tom yum kelapa...memang kami order sebiji tom yum kelapa untuk setiap orang! Hambik ko! Makan tak hengat!






Oleh sebab keterujaan yang melampau, mieza terpanggil untuk interview  tuan kedai tentang resepinya...nak masak kat hubby! Tapi was was gak memula tu..ye la kan orang berniaga, kalau kita tanya resepinya mau ke dia share...tapi kalau tak cuba tanya kita tatau kan apa reaksi dia...maka dengan segan silu mieza pun masuk ke dapur restoran sambil dalam kepala ni mengatur ayat-ayat manis pembuka bicara...

"Akak, sedapnya kak tom yum kelapa tu" heheheh kita mulakan dengan pujian dulu...
Akak tuan kedai tu senyum...ok dia senyum..macam petanda baik la kan..
"Tak pernah saya makan tom yum kelapa kak...ini lah first time"
Akak tu senyum lagi...opps lupa lak, akak tu orang siam..ke dia tak paham mieza cakap...
"Sedap sangat kak"
Senyum lagi sambil kira duit...huh mesti banyakkan duit dia...heheh
"Suami saya pun tak pernah makan...saya dah ambik gambar dan whats app dia kak...terus dia suruh saya masak untuk dia"
"Senang je masaknya tu" akhirnya dia jawan! Dalam dialek melayu siam!
"Macam mana nak masaknya kak..saya nak balik masak..saya dari KL ni kak" pancing jangann tak pancing
"Masak macam tom yum biasa cuma kuahnya jangan letak air paip tapi letak air kelapa muda"
"ooooo gitu ke kak...senang je ye kak"
"Tapi kena guna sambal cili dia la baru sedap" Ooowhhh ada sambal cili special lak tuuuu
"Sambal cili apa tu kak?"
"aabsnchrstdkslal" dia cakap siam ko...ternganga lah mulut mieza "beli je kat pasar tu ha"
"errr...akak, saya tak paham akak cakap sambal cili apa tadi..saya tk reti cakap siam kak"
Terus dia ambik kertas dan tulis tulisan siam
"Kak, saya tak reti baca siam"
"Tak payah baca..tunjuk je kertas ni kat jurujual tu..nanti bagi sambal cili untuk masak tom yum kelapa"
"Ohhh terima kasih banyak kak"

Hah ambik ko! Sudi pun kak tu kongsi resepi yang mabeles ni...sekarang biar mieza lak yang share dengan you allllllsssss..


TOM YUM KELAPA
(Untuk 4 orang)

Bahan:
6 ekor udang galah saiz besar
5-6 ekor sotong - potong cincin
Ayam bahagian bertulang - potong kecil
Sedikit daging - dihiris
2 biji kelapa muda - ambil air dan sendu isinya
3-4 biji bawang kecil - hiris
3 biji bawang putih - ketuk
1 biji bawang besar - belah 4
1/2 inci halia - ketuk
1 inci halia - ketuk
3 batang serai - ketuk
6-7 biji cili api - ketuk
1 kiub tom yum
4-5 helai daun limau purut
2 biji tomato - belah 4
Sedikit daun ketumbar dan daun bawang - hiris
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar sambal cili thai (rujuk gambar)
air limau nipis
Minyak untuk menumis


Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang merah dan bawang besar hingga perang dan kemudian masukkan sambal cili thai. Kacau rata.
2. Masukkan serai, halia, lengkuas dan kiub tom yum kemudian masukkan air kelapa serta udang dan bahan lauk yang lain.
3. Masak hingga udang dan lauk yang lain masak.
4. Tambahkan cili api, buah tomato dan sayuran kegemaran seperti lobak merah, bunga kubis dan sebagainya.
5. Rasakan masin dengan memasukkan sos ikan dan juga perahan air limau nipis..
6. Akhir sekali masukkan isi kelapa muda, daun limau purut, daun bawang dan daun ketumbar.

Chilli paste yang direkemen kan oleh tukang masak restoran tu..RM6 sebotol..letak dalam nasi goreng pun sodap! Dan ada logo halal Thailand. Suami makan nasi bertambah-tambah...memang sodap katanya!

Cubalah..insyaAllah tak menyesal...

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...