Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Thursday, November 18, 2010

Rendang Daging




Sebelum terlambat diucapkan selamat hari raya Aidil Adha kepada semua pembaca blog ini. Lama sangat dah saya tak berblogging due to my health condition. Third pregnancy ni alahannyer teruk sungguh sampai terpaksa sebulan ambik cuti. Dah tak sabar nak tunggu due in Feb next year. Hopefully this time is a boy. Teringin sangat nak ada bb boy. Tapi kalau Allah SWT kurniakan zuriat perempuan lagi pun, tak apa. Bersyukur tidak terkira. Janji semua sihat dan selamat. Raya haji tahun ni tak balik kampung. Tak larat benor rasanya nak dok dalam kereta travel lelama. I suffer from chronic back and bum pain. Dok lelama memang tak tahan. Oleh sebab tak balik maka terpaksalah kreatifkan diri di dapur siapkan juadah raya untuk anak-anak. Nak masak lebih-lebih memang tak larat. Yang terhasil cumalah ketupat pulut dan rendang daging. Lunchnya cuma masak nasi ayam. Sedih lak tengok my girls yang teringin nak balik kampung beraya dengan atuknya. Rendang ni first time i buat. Tak pernah buat pun selama ni. Cuma try and error kebetulan ada daging sikit dalam peti ais. Alhamdulillah hasilnya tak mengecewakan. Suami dan anak-anak suka. Berbaloi rasanya masak walaupun sakit-sakit pinggang sebab tengah sarat...:D


RENDANG DAGING

1 kg daging batang pinang - dipotong nipis
1 mangkuk santan pekat
1/2 cawan kerisik
1/2 keping gula melaka
Sedikit air asam jawa
5 camb rempah kerutuk- boleh juga pakai rempah kari atau rempah kurma. Rempah ni jadikan pes
Daun limau purut - dihiris
Daun kunyit - dihiris
Garam secukup rasa

Bahan giling:
8 biji bawang merah
1 biji bawang besar
5 biji bawang putih
10 biji cili kering - kalau suka pedas boleh letak banyak lagi. Saya letak sikit je sebab anak-anak tak boleh makan pedas
2 cm halia
2 cm lengkuas
5-6 batang serai

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak dan wangi.

2. Masukkan pes rempah kerutuk dan ditumis lagi sehingga wangi dan garing.

3. Masukkan daging, kacau rata-rata dan bolehlah dimasukkan santan. Masak hingga daging empuk. Gunakan api yang sederhana sahaja. Jangan api terlalu besar.

4. Masukkan pula air asam jawa, gula melaka, kerisik, dan garam. Bila kuah dah agak pekat dan kering, masukkan daun limau purut dan daun kunyit yang telah dihir. Kacau rata.

5. Rendang ini sedap dimakan bersama ketupat mahupun nasi putih sahaja.

No comments:

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...