Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Tuesday, September 6, 2011

White Choc and Nuts Cookie



Assalamualaikum semua dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri..Maaf Zahir dan Batin..wahhhh seronok yer berhari raya semua...pasti meriah je kan...dah buat rumah terbuka ke? Jangan lupa jemput mieza ye..kalau dekat-dekat boleh la mieza bertandang..mieza tak tahu lagi nak buat open house ke tak tahun ni..tak sempat masa...seminggu berhari raya di Kelantan..minggu ni dah start kerja dan mieza busy sangat prepare paper untuk dibentang dalam International Conference di PWTC nanti..next week seminggu mieza bermesyuarat di Lumut, Perak...rasa macam 24 jam sehari tu tak cukup jer...sejak balik dari beraya memang tak sempat nak masak pun..actually mieza tak masak pun lagi..asek makan kat luar je..hari ni baru cecadang nak masak..dah wat keluar bahan masakan dari dalam freezer sekali air paip pulak tak der..ntah apa hal la pulak...terus hubby kata tak payah masak, he's treating us dining out la malam ni..yeyyyyy

Oleh sebab lama tak jenguk blog ni rasa rindu pula..nak balas komen yang terdahulu pun tak sempat..apa lagi nak update entry huhuhu..nak BW ke blog rakan-rakan pun tak dan huwaaaa cuma ternampak gambar masakan rakan-rakan kat bloglist je la..tunggu ya nanti bila schedule mieza dah reda sikit mieza datang nak tengok kekawan masak apa...

Entry malam ni berkenaan dengan cookie yang mieza bake sebelum raya hari tu..sebab terliur nampak kak diana SKB buat..jom tengok gambar dan resepi..



WHITE CHOC AND NUTS COOKIE
Recipe ~ I Can Bake.. Agnes Chang
Source ~ Kak Diana @ SKB
Source ~ Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:




A
250 gm mentega / margarine _ ( Diana guna mentega, mieza pun )
120 gm soft brown sugar

B
2 biji telur
1 tsp esen vanilla

C ( Di Ayak Bersama )
350 gm tepung gandum
1 tsp bicarbonate of soda
1/4 tsp garam

D
180 gm white choc _ d potong kecil²
100 gm almond nibs _ ( Diana bubuh 50 gm almond nibs + 50 gm gajus panggang cincang, mieza letak almond nibs dan hazelnut cincang )

Cara-cara:


1. Pukul A sehingga kembang dan gebu.

2. Masukkan telur satu persatu.. ( d pukul sehingga creamy yer baru ler d bubuh sebiji telur lagi dan pukul lagi )



3. Kemudian masukkan esen vanilla dan pukul sebati.

4. Masukkan C dan gaul sebati ( gaul sekejap jer yer ).. Boleh juga gaul guna spatula jer.



5. Masukkan pula D dan gaul mengguna spatula sahaja sehingga sebati.



6. Bentuk adunan menggunakan 2 batang sudu dan bakar d dalam oven yang telah d panaskan pada suhu 170°C selama 20 - 25 minit sehingga biskut masak. (Mieza letak dalam loyang muffin hehehe)



7. Diana bakar pada suhu 150°C selama 25 minit.. Setiap 5 minit Diana akan pusingkan dulang yang berisi biskut tu.. Dengan cara nie biskut tu akan cantik jer masaknya.. Terpulang ler pada masing² kan..(Mieza pun follow cara kak diana)

8. Keluarkan dari oven dan biarkan biskut sejuk sebelum d simpan d dalam balang.


4 comments:

Amie said...

hi Mieza cayanggggg.... lama tak muncul, rindu pulak!

banyak cerita raya ye... nampak sangat Mieza sibuk dengan tugasan, buatlah mana yang termampu tapi kesihatan mesti diutamakan dik!

selamat hari raya untuk Mieza sekeluarga.

Nuwairani said...

rindunye dgn kak mieza...dah lama tak berblogging sebenarnya...nani hari ni baru mula update..balik raya memang raya sakan la..

Mieza said...

kak amie dearie..mmg lama tk muncul..bz kak..ni pun mencelah jap..

paper tak siap lg..dgn meeting lak seminggu last week..huwaaaa tak sempat masak kak..makan luar je hari2..nak makan kak amie masak pun jauh huhu

Mieza said...

nani..tu la kan bila hari raya mmg bz nak ziarah family sampai tk jenguk lappy langsung..buat semak kereta je bw blk lappy ke kg..suami dgn anak2 je yg dok layan game depa...wahhhh beraya sakan adik akak ni..selamat hari raya nani...maaf kan segala salah dan silap akak ye nani...

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...