Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Tuesday, March 20, 2012

Blueberry Cheesecake

Assalamualaikum semua...salam rindu dari mieza...lamanya mieza tak update blog mieza...masyaAllah mieza betul busy sepanjang mac...tengok lah jadual tempahan kek dan tart kat atas tu...tu yang mieza tak sempat nak update blog...mieza pun tak sangka ramai juga yang berminat hasil baking mieza..alhamdulillah rezeki untuk anak-anak...terima kasih yang tidak terhingga mieza ucapkan kepada yang sudi menempah..kebanyakan yang ditempah ialah kek birthday..kebanyakan customer mieza ialah student dan staf tempat mieza kerja...terima kasih...dan mieza juga sekarang ni mengikuti kelas buat kek dan deco kek dengan harapan hasil baking mieza bertambah baik...insyaAllah...mieza nak mengunjung ke blog rakan-rakan pun tak sempat...insyaAllah mieza akan berkunjung juga nanti...



Blueberry Ciskek tempahan rakan mieza dari Melaka...kebetulan dia lalu di Tanjong Malim dan menempah kek ni untuk dibawa balik ke Melaka...Terima kasih Kak Siti Najdah kerana sudi tempah...harap akak suka kek ni :)

Resepi kek ni mieza adapt dari resepi oreo ciskek...yang mieza songlap dari dapur kak ummi kuantan...TQ kak

OREO CHEESECAKE
Source: Kak Ummi @ Home Sweet Home
Source: Mieza @ WAWMC


Guna spring form 8" kek sedang elok tingginya..kalau nak guna acuan 9" pastikan buat 1 1/2 adunan

Bahan Dasar:- (akak guna loyang bulat 8 inci- mieza followwwwww)

300gm biskut oreo - di buang krimnya - untuk yang ni mieza pakai biskut digestive
75gm mentega cair

Bahan Filing:-


500 gm keju krim (*akak guna 500 gm Philladelphia Cheese)
110 gm gula kaster (*akak letak 110 gm je)
1/2 tbsp esen vanila
2 biji telur (*akak letak 2 biji telor je)
150 ml whipping krim (*akak letak 150 ml)
1 tbsp. lemon juice
15-20 keping biskut oreo di patah 4 - di buang krimnya - mieaz ganti dengan buah blueberry

Blueberry fruit filling untuk deco

#Acuan springform 4.5" @ 4 biji (Menghasilkan 4 biji mini cheese cake)
atau acuan 8" menghasilkan satu biji.

Cara-cara:-

Dasar Kek : Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan springform/loose base tin 4.5" sebanyak 1/2 cawan padat (*for mini pan). Kalau untuk loyang besar, masukkan kesemuanya dlm pan dan tekan. Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.


Filling:

1. Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.

2. Masukkan biskut oreo, gaul rata. (yang ni mieza tak letak..tapi mieza letak buah blueberry instead)

3. Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.

4. Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.

5. Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka.

Yang bawah ni pula Strawberry ciskek...permintaan anak-anak untuk makan-makan...alhamdulillah...yang ini mieza cilop resepi kat umah ida di Jepun nunnnn...ida buat blueberry ciskek mieza tukar jadi stroberi heehe




Jom tengok resepi ini lak...dedua sama sedap!

STRAWBERRY CHEESECAKE

Source: Ida @ Happy Cooking Time
Source: Mieza @ WAWMC

BASE


150 gm biskut cracker...ida pakai jenama Ritz yg kat sini, mieza pakai digestive biscuits
40 gm butter dicairkan ( kalau lebihkan sikit pun ok jdkan 60 gm utk elakkn base berderai )
1 sd besar honey/boleh letak 1/2 sb gula halus


ADUNAN CHEESE

Bahan:

300ml whipped cream
400g cream cheese (Philadelphia)
120g gula pasir.....ida guna gula halus, mieza pun
45g tepung gandum atau lebih kurang 4 1/2 sb
4 biji telur ayam saiz LL / A atau 4 1/2 biji saiz M - mieza pakai saiz AA
1/4 biji lemon, perah air atau 1 sb oren sunquick pekat
1/4 sdt garam
1/2 sk essen vanilla
4 sb jem blueberry - mieza guna stroberi fruit filling
Optional.....1/2 cawan buah blueberry( ida guna yang frozen )

Ida guna loyang loose base saiz 20 cm...mieza pun followwwwww

Cara membuat:


BASE



1. Panaskan oven dalam suhu 170 C selama 10 minit.

2. Kisar biskut bersama butter cair dan honey / gula dgn menggunakan blender kering sehingga hancur.

3. Tekankan padat rata serbuk biskut ke dasar loyang loose base/spring form yang dialas dgn cooking sheet dan bakar selama 8 minit.


ADUNAN CHEESE



1. Pukul cream cheese bersama gula dan whipping cream sehingga sebati.

2. Masukkan tepung gandum, garam, dan jus lemon/jus pekat oren sunquick....pukul sebati sahaja.

3. Masukkan pula telur dan essen vanilla...ida letak 4 biji sekaligus, pukul sekejap dan sebati sahaja dengan menggunakan low speed

4. Akhir sekali masukkan jem blueberry dan buah blueberry....kacau sebati

5. Bakar secara water bath/steam bath dalam suhu 160 C selama lebih kurang 50 -60 minit atau hingga masak iaitu loyang kek diletak ke dalam satu lagi loyang lebih besar yg diisi air panas.

6. Kalau boleh paras air separuh loyang kek, kalau tak dapat letak separuh air pun, pastikan loyang luar diletak air panas. PASTIKAN balut bawah loyang dgn aluminium foil supaya air tidak masuk.

7. Untuk elakkan permukaan kek gelap, pada saat2 akhir membakar atau lebih kurang 15 minit terakhir, tutup permukaan kek dengan aluminium foil.

8. Biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang.

9. Lorekkan bahagian tepi kek dgn menggunakan pisau yg nipis sebelum kek dikeluarkan dari loyang

10. Hiaslah mengikut citarasa.....Simpan sejuk dahulu di dalam peti selama 4 jam/semalaman baru sedap dimakan



Selamat menjamu mata...

6 comments:

Nuridah said...

Assalamualaikum Mieza,

lama kak Nur tk dengar khabar...sihat ke?? Wah ada ciskek yg nampak sedap dn mewah gitu...anak kak Nur suker ngan blueberry....shedap katanya.

Mieza said...

kak Nurrrrr..salam rindu..mieza bz sgt2 tak sempat nak ziarah blog kawan2...Alhamdulillah anak2 semua suka ciskek ni :)

Amie said...

Assalamualaikum Mieza cayangggg....
sedap nampaknya BC tu... kak Amie suka sangat tau!
Terima kasih atas perkongsian kisah Mieza tu.... rasanya berat lagi apa yang Mieza rasai, kakak baca pun rasa insaf sangat terhadap dugaan kecil yang kami terima. Cumanya.... mungkin sebab lebih 10 tahun 'kosong' lepas tu terisi kembali, dan hanya 7 hari sahaja kegembiraan itu kami rasai, jadi ia agak 'trauma' buat kami. Kalau difikir mungkin banyak faktornya, apa pun kami terima sedikit demi sedikit dengan lapang dada... ada hikmah di sebaliknya, semua itu hak-Nya, dia berkuasa memberi dan hanya Dia yang berhak mengambilnya semula... semuanya hanya pinjaman sementara ye Mieza... kami insaf semua itu atas ketentuan-Nya. Moga Mieza bahagia bersama keluarga tercinta. Salam rindu dan peluk cium dari Kak Amie.

Totie@Tomy said...

adoi kalau sbb jerk chesee kek sedapnya mmg tak terkata..

Mieza said...

Kak Amieeee...Semoga kak amie dah beransur sihat...insyaAllah kak amie akan dapt bby baru ASAP...mieza doakan untuk akak! Muah Muah Muah

Mieza said...

Totie...TQVM dear..kat umah ni mmg ramai peminat ciskek tapi tak leh wat selalu nanti demuk laaaaa hahahaha

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...