Dah lunch? Mesti makan yang sedap-sedap aje kan...especially yang masak sendiri tu..pastinya makan bertambah-tambah...Alhamdulillah rezeki dari Allah SWT...mieza ni je yang belum lunch..kekadang tu memang tak sempat pun nak lunch...ambil breakfast je...pastu dalam pukul 3 prtang macam tu mula lah terkedek-kedek ke kantin mencari makanan...
Petang ni pula kena mengawas final exam students dari jam 230 hingga 430..perut ni lak berkeroncong la dia hahaha...sambil bebudak menjawab peksa..lecturer pun nak hapdate blog la...sebenarnya nak kena siapkan research..tapi otak ni tepu lak petang ni..nak ngarang pun tak reti...tak per lah..meh la kita layan gambar sup ketam ni....mieza membayangkan sedapnya slruppp slrupppp sedut kuah sup ni..perghhhhh hihii bila perut lapar semua yang dilihat semua rasa sedap!
Masa anak dan suami dan anak mieza warded kena demam denggi last month, terkial-kial mieza mencari ketam sebab ramai orang bagi petua kalau nak cepat tingkatkan platlet darah makan sup ketam...masa tu susah nyer nak beli ketam kat Tg Malim ni..ke pasar Slim River tak ada, ke pasar Tg Malim pun tak der...ke pasaraya TF Value Mart pun tak der...ye la kan kat Tg Malim ni tak der Tesco atau Carefour..sian tul dengan hubby dan anak...tetiba masa mieza ke pasar Tg Malim Ahad lepas..ternampak banyak la pulak ketamnya...terus hubby suruh beli dan masak sup...katanya tak per la walaupun dah baik denggi..teringin lak nak makan ketam..dan gaya orang kaya membeli kan tak bertanya langsung pada harganya...terus je angkat 4 ekor...mieza punya buying habit ni teruk skit...jangan tiruuuuuu...bahaya...bukan apa sebab masa pergi pasor ari tu bawa mesin ATM (en hasben la tu) tu yang sopping tak hengat dunia! Dan Alhamdulillah..mieza dapat ketam yang segar dan isinya manis sangat!
SUP KETAM
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC
4 ekor ketam - dipotong dan dicuci
3 ulas bawang putih - ketuk
1 biji bawang besar - belah 6
2 batang serai - ketuk
1 biji buah tomato - belah 4
1 inci halia - hiris nipis
1/2 st lada hitam
2 biji cili merah/hijau - mieza guna cili hijau dibelah 2
Sedikit daun sup dan daun bawang - hiris
Minyak untuk menumis
Air secukupnya untuk kuah
Garam dan gula
Bawang goreng
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, lada hitam, halia dan serai hingga wangi dan garing bawang putihnya.
2. Masukkan air dan ketam dan didihkan. Bila sup mendidih, masukkan cili hijau dan tomato. Biarkan seketika.
3. Rasakan garam gula dan taburkan dengan daun bawang, daun sup dan bawang goreng bila menghidang.
Sedap dimakan bersama nasi panas ataupun hanya dihirup begitu sahaja. Sesuai untuk ahli keluarga yang sakit :)
8 comments:
Salam Kak Mieza...Alhamdulillah kesemua mereka kembali sihat seperti sediakala...Memang sedapppp sup ketam ni..terasa lama plak tak masaknya...
salam kak mieza cayangggg! setahu nani pun ketam memang ubat penyakit denggi. tapi ketam nipah yang kaler hitam tu la. kalau kat sabah ni ketam tu baru rm5/kilo. kalau ketam biru tu laaaaaaagi murah! rm3-4/kilo. huhuh...mcm xde nilai kan? tp tu harga di sandakan la. tempat lain tak tahu mcm mana. kalau di kota bharu, ayah nani cakap ketam nipah tu harganya leh cecah rm30/kilo. tu pun katanya sebab dah ramai yang tahu ketam tu boleh buat ubat denggi. tu pasal harga naik semacam.
Hai Mieza cayangggg...
sedap makan ketam kan... kak Amie lama tak makan, di Lahad Datu jarang ada ketam, tak macam dulu... sekarang ni kalau ada pun kita nak beli fikir banyak kali sebab dahlah kecik2 tak ada isi, harganya pun paling murah rm12 sekilogram, mahal tapi besar dan ada isi takpe, kalau Nani di Sandakan... untung dia dapat ketam murah... he he heheh
Sue..
Akak ni tak pernah buat sup ketam..selalu ketam akak curry ke, masak lemak cili api ke,masak black pepper ke...ini lah pes taim mkn sup ketam..mmg besh!..TQ sue..alhamdulillah anak n hubby dah sihat :)
Nani...akak ni bukan kenal sgt dgn jenis ketam..tau makan je..ketam nipah ke ketam bunga ke semua tak kenal...mahal kan ketam ni..kat pasaray kat sni ram 19.80 sekilo tatau jenis apa...Allah bg penyakit mesti ada ubatkan nani..alhamdulillah..
Kak Amie..mieza suka ketam cuma malas nak makan sebab susah nor nak mngupas untuk dapatkan isinya..pastu bila dapat alahaiiii cenonet je isinya..tapi ia mmg sedap...len kali nak masak sup ni lagi..hubby suka..masakannya simple! Muallllah
belstaff jackets, http://www.moncleroutletstore.us.com/
tory burch outlet, http://www.toryburchoutletonline.in.net/
hermes birkin, http://www.hermesbirkin.org/
ugg outlet, http://www.uggoutletstore.eu.com/
ugg outlet, http://www.snowboots.us.com/
coach outlet, http://www.coachoutletstores.com.co/
louis vuitton handbags, http://www.louisvuittonhandbags.org.uk/
hogan, http://www.scarpehogan-outlet.it/
ray ban sunglasses, http://www.ray-bansunglassess.in.net/
nike air force 1, http://www.airforce1.us.com/
christian louboutin, http://www.scarpelouboutin.it/
louis vuitton outlet, http://www.louisvuittonoutlet.in.net/
kobe shoes, http://www.kobeshoes.us/
michael kors wallet, http://www.michaelkorswallet.net/
canada goose outlet, http://www.canadagoose.us.org/
michael kors factory outlet, http://www.michaelkorsfactoryoutletonline.com/
jordan shoes, http://www.jordanshoes.us.com/
dansko outlet, http://www.dansko-shoes.us/
football shirts, http://www.cheapfootballshirt.org.uk/
nike mercurial, http://www.nikemercurial.org/
nike free 5, http://www.nikefree5.us/
ray ban sunglasses, http://www.raybansunglassesonline.us.com/
ugg boots, http://www.uggaustralia.in.net/
mbt shoes, http://www.mbtshoesoutlet.us.com/
ugg outlet, http://www.uggsoutlet.us.org/
nfl jerseys wholesale, http://www.nfljerseys-wholesale.us.com/
coach outlet online, http://www.coachoutletonline.in.net/
longchamp outlet, http://www.longchampoutlet.name/
coach handbags, http://www.coachhandbagsoutletonline.us.com/
1015maoqiuyun
nike dunks
palm angels clothing
fear of god hoodie
Post a Comment