Masuk hari ni dah 2 hari mieza tak kerj..alkisahnya sakit batu karang mieza ni attack lagi..lebih-lebih lagi di bulan posa sebab kurang minum air...dah ke klinik dan doktor bagi ubat pecah batu karang, ubat tahan sakit, antibiotik, ubat lawas kencing etc...bila dah makan ubat tu semua, rerupanya antibiotik yang doktor kasi tu tak kena lak dengan badan mieza..terus muntah-muntah kerana diserang gastrik..semalam terpaksa la ke spital lagi...tukar ubat lak...huhuhu cobaaan di bulan posa..untuk menguji kesabaran umat...insyaAllah sakit tu penghapus dosa-dosa kecil...huhuhuh
Semalam digagahkan diri untuk masak simple-simple aje untuk family...sian pula kat suami..pagi-pagi dia hantarkan anak umah babysitter sebab nak bagi mieza rest kat umah..dah cukup rest tu mieza masak la juga..ini lauk kegemaran suami...selalu dia makan di restauran kat TM ni....suka betul dia..jadi bila suami bawa mieza makan kat restoran tu mula la mieza study ingredient dia..daging ni sedap sebab menggunakan chinese herbs
DAGING GOJI BERRIES
Source: Mieza @ WAWMC
Bahan-bahan:
300 gm daging - dipotong nipis
3 ulas bawang putih - mayang
1 biji bawang besar - dihiris
1 inci halia - dihiris batang mancis
Sedikit minyak untuk menumis
1 sb goji berries
2 biji kurma cina
5-6 keping getah herba cina
2 keping kulit kayu herba cina - mieza tak tahu nama betul dia..selalunya rempah cina dijual secara paket yang mengandungi serba sedikit item yang mieza sebutkan itu
2 sb tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
1 biji capsicum hijau - mieza tak der stok, mieza ganti dengan cili merah dan hijau
1 biji capsicum merah
Sayur-sayuran yang digemari - carrot, kacang pea, bunga kubis - dipotong kecil
Air secukupnya untuk dijadikan kuah
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
2. Kemudian masukkan daging, air, rempah herba cina dan renehkan hingga daging empuk.
3. Bila daging dah mepuk, rasakan garam gula dan masukkan bancuhan tepung jagung hingga kuah agak pekat.
4. Masukkan capsicum dan sayur yang digemari. Renehkan sekejap je hingga sayur empuk.
5. Siap untuk dihidang.
4 comments:
Gerenti sedap ni... tp byk bahan2 pelik yg kita tak kenal rupa dia cmane...
Mieza tgh sakit2 tu pun boleh lagi masak menu istimewa... semoga cepat sembuh...try minum air barli biji utk lawas kencing. tp tu utk kencing kotor... hmmm dugaan di bulan puasa.
laa..ciannye mieza..hrp dh okay bnyk dh sakit batu karang mieza tuh! amboi sakit2 pun sempat memasak sedap2 ek! tabik spring tau akak..hehe! oh ya rempah kabsa tu akak beli kt kedai jual bhn masakan arab kt carrefour wangsa maju..akak rasa mana2 kedai arab ada jual kot! mcm2 rempah readymade ada..geram lak..hehe!
Assalam mieza,
wah tak sihat ya..aduhh..kesiannya dia.. sakit2 pun masih gagahi juga memasak ya mieza..daging goreng goji berries ni something new to me..pasti sedap ni kan..
Assalamualaikum Mieza sayangggg.... siannya dengar ada batu karang. Sebenarnya Kak Amie pun kurang air dalam badan setelah menjalani ujian darah, doktor dah kata kakak kurang air (sebab kakak selama seminggu siang malam siapkan tugasan menyemak folio pelajar seorang rakan yang tiba2 menghadapi musibah berat!), tiba-tiba hari Ahad lepas tak boleh bergerak sebab sakit sangat pinggang, dan tak boleh buang air.... terpaksa buka puasa, minum segala air kelapa, air suam, air rebusan daun pandan... barulah boleh buang air! Siksanya.....hanya Allah yang tahu! Suami kakak ada batu karang, tapi dia rajin minum air kelapa, dan kesannya banyak kali keluar batu karangnya yang pecah kecil-kecil semasa buang air.
Oh terlupa resepi Mieza yang sedap tu... memang masakan Cina sedap Mieza, lain kali nak cuba korek resepi dari kawan2 Cina...
Post a Comment