Cepat sungguh masa berlalu kan? Pejam celik pejam celik kita dah pun berada di penghujung tahun 2012...minggu depan dah mula sekolah balik...semua akan sibuk semula terutama sang guru dan cikgu...mieza masih lagi bercuti menghabiskan saki baki cuti tahunan...alhamdulillah..diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk memasak untuk anak-anak dan semestinya bersama penaja mieza yang sangat setia iaitu MAGGI bersama MAGGI Good to Great Campaign...hari ni mieza nak share satu lagi resepi yang mieza cuba bersama MAGGI...tapi sebelum tu mieza nak mohon maaf buat pengunjung blog WAWMC yang tak jemu-jemu berkunjung dan meninggalkan komen di ruangan komen post...mieza agak sibuk kebelangan ini dengan kenduri di kampung, banjir pula, kembali ke Tg Malim dengan tugasan mieza yang berlambak dan anak-anak nak masuk sekolah satu barang apa pun mieza belum beli hahaha...mieza berjanji wiken ni mieza akan jelajah ke dapur kawan-kawan dan membalas komen kawan-kawan...jangan serik ye...i love you all..tanpa sokongan kawan-kawan tak meriahlah blog mieza...mieza sangat menghargainya! MMMuah muahhhh
Memula bangun tido pagi ni plan nak masak nasi ayam sebenarnya...tapi encik suami teringin nak makan nasi beriani...terpandangkan Perencah Nasi Beriani yang dibekalkan oleh MAGGI (terima kasih MAGGI) membuatkan hati ini meronta-ronta ingin mencuba...terus mieza ke kedai membeli ayam dan lain-lain bahan...sambil tumis nasi beriani dan menyediakan ayam beriani sambil basuh dan jemur kain tau..kelasssss gitu....hahaha tak percaya ke?
Perencah Nasi Beriani MAGGI ni kalernya cerah sikit dari perencah nasi beriani yang selalu mieza beli...tapi baunya hmmmmm harummmmm...klau tak takkan jiran mieza bertanya mieza sedang masak apa dek baunya yang meresap masuk ke rumah jiran...mieza habiskan sepaket perencah ni untuk penyediaan nasi dan ayam beriani sekali...sungguh menjimatkan...kalau tak silap mieza di pasaran harga sepaket perencah nasi beriani MAGGI ni dijual pada harga RM2.40...dengan sedikit MAGGI Cukup Rasa, hidangan Nasi Beriani mieza pada hari ini mendapat pujian dari semua yang memakannya..
NASI BERIANI AYAM BERSAMA MAGGI
Recipe: MAGGI & Mieza @ WAWMC
5 pot beras basmathi - basuh dan rendam selama lebih kurang 1/2 jam
bahan A
5 sudu besar minyak sapi
5 kuntum - bunga cengkih
5 kuntum bunga lawang
1 batang - kayu manis
3 biji buah pelaga
bahan kisar
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 cawan badam
1 inci halia
2 biji tomato... di potong dadu
1/2 cawan yogurt
1 ikat daun ketumbar
2 biji cili merah - hiris tebal
4 sudu besar Perencah Nasi Beriani MAGGI
1 cawan stok Ayam MAGGI
Ayam - bahagian kepak, leher, kaki atau mana-mana bahagian yang digemari
garam secukup rasa
Hiasan:
Pewarna kuning
Gajus panggang
Cili benggala merah dan hijau - dadu
Hirisan daun ketumbar
Cara-cara Penyediaan Nasi:
1. Panaskan umiskan bahan A sehingga naik bau dan wangi. Masukkan bahan kisar dan kacau
sehingga berbau wangi. Masukkan rempah briyani dan sedikit air. Biarkan hingga wangi dan agak pekat.
2. Masukkanayam, air sama sukatan dengan beras dan biarkan mendidih.
3. Bila mendidih masukkan beras dan semua bahan-bahan lain kecuali bahan hiasan. Masak seperti memasak nasi biasa.
4. Apabila nasi sudah masak titiskan pewarna kuning di 4 penjuru periuk. Gaulkan dengan perlahan-lahan untuk mendapat warna yang menarik.
5. Taburkan gajus panggang, cili benggala dan hirisan daun ketumbar semasa menghidang. Hidang nasi bersama Ayam Beriani MAGGI, acar dan papadom.
AYAM BERIANI
Recipe: MAGGI & Mieza @ WAWMC
1 ekor ayam - potong 12
bahan perap
1 sb kunyit
1 sb garam
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
bahan A
5 sudu besar minyak sapi
5 kuntum - bunga cengkih
5 kuntum bunga lawang
1 batang - kayu manis
3 biji buah pelaga
bahan kisar
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 cawan badam
1 inci halia
2 biji tomato...belah 4
1 cawan yogurt
2 sb jus sunquick
2 helai daun pandan
2 biji cili merah - belah 2
4 sudu besar Perencah Nasi Beriani MAGGI
1 sb MAGGI Cukup Rasa
2 sb rempah kari
garam secukup rasa
Hiasan:
Gajus panggang
Cara Penyediaan Ayam:
1. Bersih dan perap ayam bersama bahan perapan selama sejam. Kemudian goreng hingga garing dan ketepikan.
2. Di dalam kuali yang berasingan, panaskan minyak sapi dan tumiskan bahan A bersama daun pandan hingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga wangi dan keperangan.
3. Masukkan Perencah Nasi Beriani MAGGI dan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Masak hingga pecah minyak.
4. Selepas itu bolehlah dimasukkan yogurt, jus sunquick dan semua bahan lain termasuk ayam yang telah digoreng. Masak hingga kuah agak pekat.
5. Rasakan garam gula. Semasa menghidang, taburkan gajus panggang.
6. Hidangkan bersama Nasi Beriani MAGGI
SeLAMAT MENCUBA
5 comments:
Thanks in favor of sharing such a pleasant idea, piece of writing is pleasant, thats why i have read it entirely
Also visit my blog GFI Norte
xsbr nk cb resepi ni....
lum cba tp cm dh dpt rasa mmg superbbbbb.....
nike roshe one
new england patriots jersey
adidas superstar
patriots jersey
longchamp le pliage
lacoste outlet
brady jersey
kobe shoes
nike zoom running shoe
yeezy boost 350 v2
502
شركة غسيل خزانات بمكة شركة غسيل خزانات بمكة
شركة غسيل خزانات بجدة شركة غسيل خزانات بجدة
شركة غسيل خزانات بالدمام شركة غسيل خزانات بالدمام
شركه تنظيف خزانات بالمدينه المنوره
Post a Comment