Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Saturday, January 14, 2012

Nasi Goreng Udang Kering Berpetai - dan sepetang meredah Jusco Rawang..

Salam malam minggu..buat apa tu..mieza ni baru saja selesai menyiapkan tempahan brownie dan choc cake untuk esok..Alhamdulillah..rezeki dari Allah SWT..walaupun tak lebat macam orang lain tapi tempahan tu sentiasa ada..ye la kalau tempahan banyak sangat masa bila mieza nak membuatnya..mieza bukan fulltime hw..lagipun menerima tempahan adalah hobi sahaja..hubby kata berbaloi juga beli oven besar sampai beribu kalau rajin baking...mieza ucapkan terima kasih kepada ex-student mieza yang sudi tempah cheese brownie dan juga kepada jiran baik mieza yang sudi tempah choc cake untuk besday anaknya...

Hari ni kan mieza tak masak kecuali breakfast saja..jadi secara otomatiknya nasi goreng ni adalah menu bekpas pagi tadi..lepas breakfast dan mandikan anak bagai..mieza ajak hubby ke Jusco Rawang yang baru dibuka sebulan lepas..dalam kul 12 noon kami pergi..perjalanan cuma 1/2 jam je dari Tg Malim ikut PLUS..kalau ikut jalan lama adalah dalam 45-50 minit..wahhhh besar juga AEON ni...yang paling mieza suka ialah part foodnya..banyak betul food outlet..ada Pizza Hut, Papa John's, Nando's, KRR, The Chicken Rice Shop, Wendy's, Subway, ada restoran steamboat nama apa ntah (bukan Johnny's), pastu banyak lagi dah lupa dah mieza sebab banyak sangat..food courtnya pun ada banyak food mabeles..pendek kata kalau ke sana tak kelaparan..jusco itself tak besar sangat..tapi mall nya besar..dan ada banyak kedai yang jarang ada kat mall lain..paing best ada Daiso..tapi mieza tak sempat nak tawaf semua sebab anak yang sulung tak ikut sebab demam..jadi tak seronok pula jejalan bila ahli korem tak cukup...macam tu lah perasaan sorang ibu kan..dan TGV is opening soon...tak payah la mieza ke KL lagi bila nak tengok wayang hehehe...Alhamdulillah senang la sikit orang-orang yang tinggal kat Tg Malim macam mieza ni nak beli bahan kan..tapi yang tak besh tak ada lak kedai yang jual baking stuff kan huhuhu



Owhhh berbalik kepada cerita nasi goreng ni..mieza sengaja tambah petai sebab kebetulan masih ada petai dalan 2 keping dalam peti ais..jadi sebelum ia rosak baik mieza kerjakan dia yeehaaaa!

NASI GORENG UDANG KERING BERPETAI

Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

1 mangkuk nasi semalam - hancurkan
1/2 cawan udang kering - rendam dengan air panas dan tumbuk hingga pecah-pecah
2 kepaing petai - ambil bijinya
Kicap masin dan manis secukupnya
Sedikit daun bawang dan daun sup - hiris
Minyak untuk menumis

Bahan tumbuk halus:

3 biji bawang putih
5 biji bawang merah
2 biji cili merah
3-4 biji cili api
1 inci belacan


Cara-cara:


1. Panaskan minyak didalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga garing. Kemudian masukkan udang kering yang telah ditumbuk dan tumis lagi hingga udang garing.

2. Masukkan pula petai dan kacau di atas api seketika hingga petai layu.

3. Masukkan nasi dan kicap dan kacau rata. Rasakan masin dan manisnya.

4. Sebelum menutup api, masukkan daun bawang dan daun sup dan kacau rata. Hidang kan.

Friday, January 13, 2012

Salad Angel Hair - dan Alhamdulillah..dah beransur baik..

Assalamualaikum dan apa khabar...semoga semuanya sihat selalu..lama rasanya mieza tak berblogging..rindu sangat..tapi apakan daya family mieza tak sihat..anak-anak diserang cirit-cirit dan muntah- muntah..maka terpaksalah mieza jadi nurse...seawal Ahad lepas bermula dengan wawa yang cirit dan muntah-munath..seharian dia begitu..jadi hari Isnin bila melihat dia dah semakin lemah mieza bawa wawa ke emergency Hospital Slim River (HSR)..lepas doktor check dan masuk 200 ml air dia dibenarkan balik...bila balik pun dia masih juga muntah-munath..semua yang dimakan hatta minum air masak pun tetap juga muntah..mieza risau sesangat....selasa mieza bawa pula Klinik Kesihatan Tg Malim..depa cuma bagi ubat demam...kalau spital swasta dekat rasanya mieza dah bawa ke private dah..haishhh..risau sesangat..hari rabu Umar pulak jangkit..dah dedua pula sakit..kesian sangat melihat anak-anak mieza yang dah lembik..maka mieza bawa depa semua ke HSR..lepas 2-3 jam dicek di emergency ward depa akhirnya wardedkan wawa tapi Umar depa kasi balik..hmmmm fenat sangat bila anak sakit..semalam wawa dibenarkan balik dan alhamdulillah keadaannya dah semakin baik..makan pun tak muntah lagi..dan ciritnya pun dah hilang..umar je yang masih cirit lagi...tetiba hari ni kakak Adnin pula yang demam..dan papanya pula yang cirit..masyaAllah..nasib baik mieza masih boleh bertahan hingga hari ni...semoga semuanya beransur baik..insyaAllah

...siannn..dedua anak mama sakit...lembik sangat sampai tertido je sambil main pun tertido...



...wawa kena warded...sian dia..tido dalam wad...



..Umar yang masih demam..semoga umar cepat sembuh..



Salad Angle Hair ni mieza masak malam ni..for dinner sebab semua tak lalu nak makan nasi..sejak wawa dan umar sakit mieza tak masak pun..asek dok jaga depa dan Umar tak boleh berenggang langsung...jadi mieza hanya tanak nasi di rumah..lauknya suami beli yang dah siap..rasa kesian pula kat ikan, udang sotong bagai dalam freezer..dan dapur pun dah lama tak berasap..jadi malam ni mieza masak la pasta salad yang simple ni je untuk family..



SALAD ANGLE HAIR


Recipe & Source: Mieza @ WAWMC


Segenggan Angle Hair - mieza guna brand San Remo..rebus sampai empuk, dan toskan.

1 biji bawang besar - hiris atau cincang pun boleh juga
3 tangkai daun limau purut - hiris
1 keping isi ikan salmon
10 ekor udang - buang kulit
3 ekor sotong - hiris bulat dan celur hingga masak
2 biji cili merah - hiris
1 biji lemon - ambil jus
1 sk lada hitam - tumbuk kasar
1 sk garam - atau secukup rasa
1 sk oregano
1 sk cajun
2 sb minyak zaitun
1 biji buah tomato - potong dadu - mieza tak letak malam ni sebab tak der stok
Sedikti daun bawang dan daun sup -hiris
1 sb fried garlic - yang ni boleh beli kat pasaraya


Cara-cara:

1. Ikan salmon dan udang diperap bersama sedikit garam, serbuk lada hitam, jus lemon, cajun dan oregano selama 20 minit. Kemudian grillkan hingga masak. Bila ikan dah masak, racik-racik kan isinya.

2. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. Gaul hingga rata. Rasakan masam manis dan masinnya. Sedia untuk dihidang.

Senangkan..dan cepat :)

Sunday, January 8, 2012

Spiced Apple Cake

Assalamualaikum..

Ini merupakan entry masakan pertama mieza untuk tahun 2012..mieza sedikit sibuk seminggu dua ni..tak sempat nak berblogging..cuma memandang dari jauh je menu masakan tayangan kawan-kawan..terliur tu jangan cakap la kan..tapi apa kan daya masih belum berkesempatan nak ziarah dapur kawan-kawan..dapur sendiripun dah bersawang hahahaha..

mieza agak subuk sebab baru mula sessi semester yang baru dan hari tu mieza bercuti-cuti malaysia selama seminggu maka banyak sangat kerja tertunggak di opis..pastu 3-4 hari yang lepas ada paip bocor kat taman umah mieza maka tak der air la pulak kat umah..selama 3-4 hari itu lah juga kami jadi pengunjung setia kat restoran..hubby kata air tak ada tak payah masak coz nanti susah nak basuh pinggan mangkuknya..baru semalam ada air kat umah ni..rasa susah sangat bila air tak ada..masyaAllah macam mana lah keadaan kita bila keluarnya dajjal nanti di mana bumi ini kering kontang kan..semoga Allah kuatkan iman kita semua, aminnnn

Hari ini pula anak mieza yang tengah (Wawa) kena cirit-cirit dan muntah-muntah..kesiannya kat dia..apa yang dia makan semua keluar balik..itu yang mieza tak menang tangan..harap kawan-kawan tak serik untuk datang visit blog mieza walaupun mieza tak ada kat umah...insyaAllah mieza akan visit blog kawan-kawan juga bila kesibukan dah reda dan anak mieza dah sihat..



Resepi ni mieza cuba dari sebuah buku resepi yang mieza beli kat jualan murah MPH di Alamanda last week..kebetulan ada buah epal lebih kat umah..jom tengok resepi

SPICED APPLE CAKE

Recipe: Traditional Family Cakes Book
Source: Mieza @ WAWMC

225 gm butter
225 gm tepung naik sendiri
225 gm gula halus (mieza guna 100 gm gula kaster dan 125 gm gula perang)
4 biji telur saiz A - pukul sedikit
2 sk serbuk kayu manis
1/2 sk buah pala parut
85 gm sultana
3 biji epal - kupas dan hiris nipis
2 sb madu, dipanaskan




Cara-cara:


1. Gris dan alas 9" loyang (mieza guna loyang bentuk heart). Tepung diayak bersama serbuk kayu manis. Ketepikan.

2. Pukul butter dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit dan dipukul hingga sebati.

3. Masukkan tepung ke dalam adunan butter dan kacau dengan rubber spatula hingga sebati. Masukkan sultana dan buah pala dan gaul sebati.

4. Tuangkan separuh adunan ke dalam loyang. Ratakan dan susun hirisan epal di atasnya.

5. Tuangkan separuh lagi baki adunan dan ratakan. Susun baki hirisan epal di atasnya.

6. Bakar di dalam oven 180'C selama 1 - 1 1/4 jam. Cara mieza: mieza bakar selama 25 pada suhu 180'C fan assisted. Kemudian mieza tutup loyang dengan tudung periuk untuk elak atasnya rentung dan bakar lagi selama 20 minit. Untuk oven mieza, mieza cuma bakar selama 45 minit sahaja.



Selamat mencuba! Salam sayang dari mieza..malam ni mieza tak dapat nak bertandang ke umah kawan-kawan kerana terpaksa menjaga anak mieza yang sakit...kalau muntah-muntahnya tak baik hingga esok, terpaksa lah mieza bermalam di hospital esok..please get well soon wahai anak..

Wednesday, January 4, 2012

Cuti-Cuti Malaysia - Part 2

Salam sayang again...hari ni mesti semua orang agak busy kan sebab anak-anak baru masuk sesi persekolahan yang baru..yang baru masuk darjah 1 tu mesti teruja lebih..anak mieza yang tadika tu pun tak sabar-sabar dia nak ke sekolah..walaupun baru berusia 5 tahun tapi demand nya suruh dibeli macam-macam termasuk lah beg sekolah angry bird hahaha...

Hari ni nak sambung lagi catatan pasal cuti-cuti Malaysia mieza dan keluarga last week..pada 29 Dec 2011 yang lepas mieza bertolak dari Terengganu dan ke Kuantan..selepas 2 malam di Terengganu..walaupun keadaan cuaca yang selalu hujan dan windy sebab musim tengkujuh pengalaman di Terengganu tetap seronok except for the hotel room yang tak berapa nak best tu hehehe...

Sampai di Kuantan kami bermalam di Hotel Seasons View..it is a 2-star hotel..very nice hotel..i like the room..sangat berbaloi dengan rate dan taraf 2-starnya...foodnyer normal lah kan for a 2-star hotel..takkan kita nak expect food macam hotel 5 bintang lak kan..bilik yang mieza menginap ni baru RM128 pernite...selesa...


Bilik airnya yang sangat bersih dan cantik..dari toilet ke shower tu ada dinding cermin yang sangat sexy hahaha


Promotion rate..next time kalau visit boleh ambik yang RM198 tu..ini free advertisement for the hotel..next time i visit plis gimme some discount ya seasons view...dekat dengan Kuantan Parade..jalan kaki kalau nak shopping dan restoran pun banyak sekeliling hotel ni..


Hari kedua mieza visit kolej tempat mieza belajar dulu..rasa rindu sangat sebab dah lama tinggalkan tempat tu..kemudian kami ke Taman Gelora..tempat mieza makan-makan masa belajar dulu..rindu this place sesangat..


Petangnya kami menghabiskan masa di Teluk Cempedak..cantik macam dulu..cuma kesian kat the kids sebab depa teringin nak mandi pantai tapi ombaknyer terlalu kuat..jadi main pasir je la anak-anak mieza ni..


Umar tak tahan menggelupur nak turun dari dukungan papa coz nak join kakak-kakak main pasir...


kalau la bukan musim tengkujuh dah lama mieza terjun lauttttttt...

Monday, January 2, 2012

Cuti-Cuti Malaysia - Part 1

Assalamualaikum semua...salam sayang salam rindu buat semua pengunjung WAWMC..wahhhh dah berhabuk dapur mieza ni ye..seminggu mieza tinggal..rindunya..baru semalam mieza kembali ke Tanjong Malim..penat sesangat..jadi mieza masak yang simple-simple je hari ni..nak upload gambar pun tak larat...kali ni mieza bercuti lama sikit..bermula dengan balik kampung di Kelantan selama 3 malam..kemudian bergerak ke Terengganu dan bermalam di sana selama 2 malam..pas tu ke Kuantan..juga spend 2 malam then ke Putrajaya umah adik dan bermalam di sana semalaman..baru kembali ke TM..penat sesangat tapi seronok..jadi malam ni baru nak upload gambar..part 1...

Di Kelantan..24-27 Dec 2011..kami tak jalan-jalan sangat di kelantan sebab asek hujan je dan semua kepenatan..pastu Umar lak demam..jadi dok umah aje sambil makan-makan je la...but the fun remains..:))



27-29 Dec 2011...lepas bekpes dalam kul 10.30 kami bertolak ke Terengganu..stay kat Hotel Tanjong Vista..gambar bilik hotel..hmmm mieza tak puas hati sangat dengan hotel ni..won't be staying here anymore next time..biliknya OK tapi air panas tak der..terpaksa kami mandi dalam kesejukan..aircond tetiba mati sendiri jam 3 pagi...terpaksa mieza call reception pepagi buta untuk tukar bilik..bila depa datang nak tolong angkat barang tetiba aircond terpasang sendiri balik..emmm spooky gak ye..hahahah..tapi foodnya nice for a 3-star hotel..next time mieza nak try hotel lain la pulak..not recommend for friends to stay at this hotel..



view dari tingkap bilik Hotel Tanjong Vista



Bawa anak-anak pergi Taman Tamaddun Islam..RM15 per head for adult..student half price..kids yang belum sekolah free..



antara monument masjid yang terdapat dalam TTI..seronok sangat datang sini..sesiapa yang visit Terengganu mesti datang sini tau...



yang sedihnya suami demam semasa di Terengganu..jadi kami tak sempat nak visit banyak tempat..Adnin nak ke muzium pun tak sempat sebab hari pertama banyak dihabiskan dengan tido di dalam bilik menemani papanya yang demam..

Tapi sempat juga makan sotong celup tepung di Pantai Batu Rakit..Makan Malam di Restoran Tenang Seafood di Pantai Batu Buruk..beli keropok lekor di Losong...dan beli sedikit kenangan di Pasar Payang..(yang ni esok mieza upload gambor...fenat dah..nak tidooooo)

Kepada kawan-kawan nanti esok mieza visit dapur kawan-kawan..dan balas komen juga...terima kasih dari mieza sebab sudi mengunjung meskipun tuan umah tak der umah..

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...