Assalamualaikum..
Ini merupakan entry masakan pertama mieza untuk tahun 2012..mieza sedikit sibuk seminggu dua ni..tak sempat nak berblogging..cuma memandang dari jauh je menu masakan tayangan kawan-kawan..terliur tu jangan cakap la kan..tapi apa kan daya masih belum berkesempatan nak ziarah dapur kawan-kawan..dapur sendiripun dah bersawang hahahaha..
mieza agak subuk sebab baru mula sessi semester yang baru dan hari tu mieza bercuti-cuti malaysia selama seminggu maka banyak sangat kerja tertunggak di opis..pastu 3-4 hari yang lepas ada paip bocor kat taman umah mieza maka tak der air la pulak kat umah..selama 3-4 hari itu lah juga kami jadi pengunjung setia kat restoran..hubby kata air tak ada tak payah masak coz nanti susah nak basuh pinggan mangkuknya..baru semalam ada air kat umah ni..rasa susah sangat bila air tak ada..masyaAllah macam mana lah keadaan kita bila keluarnya dajjal nanti di mana bumi ini kering kontang kan..semoga Allah kuatkan iman kita semua, aminnnn
Hari ini pula anak mieza yang tengah (Wawa) kena cirit-cirit dan muntah-muntah..kesiannya kat dia..apa yang dia makan semua keluar balik..itu yang mieza tak menang tangan..harap kawan-kawan tak serik untuk datang visit blog mieza walaupun mieza tak ada kat umah...insyaAllah mieza akan visit blog kawan-kawan juga bila kesibukan dah reda dan anak mieza dah sihat..
Resepi ni mieza cuba dari sebuah buku resepi yang mieza beli kat jualan murah MPH di Alamanda last week..kebetulan ada buah epal lebih kat umah..jom tengok resepi
SPICED APPLE CAKE
Recipe: Traditional Family Cakes Book
Source: Mieza @ WAWMC
225 gm butter
225 gm tepung naik sendiri
225 gm gula halus (mieza guna 100 gm gula kaster dan 125 gm gula perang)
4 biji telur saiz A - pukul sedikit
2 sk serbuk kayu manis
1/2 sk buah pala parut
85 gm sultana
3 biji epal - kupas dan hiris nipis
2 sb madu, dipanaskan
Cara-cara:
1. Gris dan alas 9" loyang (mieza guna loyang bentuk heart). Tepung diayak bersama serbuk kayu manis. Ketepikan.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit dan dipukul hingga sebati.
3. Masukkan tepung ke dalam adunan butter dan kacau dengan rubber spatula hingga sebati. Masukkan sultana dan buah pala dan gaul sebati.
4. Tuangkan separuh adunan ke dalam loyang. Ratakan dan susun hirisan epal di atasnya.
5. Tuangkan separuh lagi baki adunan dan ratakan. Susun baki hirisan epal di atasnya.
6. Bakar di dalam oven 180'C selama 1 - 1 1/4 jam. Cara mieza: mieza bakar selama 25 pada suhu 180'C fan assisted. Kemudian mieza tutup loyang dengan tudung periuk untuk elak atasnya rentung dan bakar lagi selama 20 minit. Untuk oven mieza, mieza cuma bakar selama 45 minit sahaja.
Selamat mencuba! Salam sayang dari mieza..malam ni mieza tak dapat nak bertandang ke umah kawan-kawan kerana terpaksa menjaga anak mieza yang sakit...kalau muntah-muntahnya tak baik hingga esok, terpaksa lah mieza bermalam di hospital esok..please get well soon wahai anak..
6 comments:
ala...kesiannya wawa...xpe...insyaallah pasni dia ok la tu...
nani pon dh lama tak bersiaran...kalo dh mula cuti, memang dh malas betol nk ngadap smula...tp alhamdulillah kalau dah mula ngadap, x henti2 plak jadinya...
kalau dh setel semuanya nanti, semoga kak mieza kembali aktif berblogging seperti biasa...
ohhhh patutla lama x nampak kak mieza.... x pe kak mieza slow2 ya nanti bila dah selesai semua blhla berblogging balik... semoga wawa beransur pulih.. nanti kasihan pulak kat mama dia ...kek ni nampak sedap klasik gitu ... x pernah wani buat kek masukkan epal ... mungkin blh cuba nanti
bz ye kak mieza. patut lama tak nampak. hope kak mieza sihat denan anak2 hendaknya. akak mmg suke kek gini kan. warne n epal tu nampak cantik .
Assalam dik Mieza cayanggg...
nape sampai muntah cirit birit tu... laaaa siannya dia!
Mieza masih rajin masak2 ye... he he hehh dunia masak2 tak boleh dipisahkan dari kita, ibarat irama dan lagu dah...
jgn anggap remeh bila anak muntah2, moga Wawa cepat sembuh..
salam kak mieza..
sori la lmbt lak nk tunjuk gmbr2 silicon kt akak..nomie ade wat entri psl silicon tuh..nnt akak usha la ek..
yg akak idamkn tu nomie da tgk kt tenet..mahal akak oiiii
nnt tgk la ek mne2 yg berkenan..kalo xde pon ok je..
nie je yg mmpu nomie cr..^_^
http://semutlicik.blogspot.com/2012/01/koleksi-silicon.html
Post a Comment