Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Saturday, February 4, 2012

Naan Garlic and Groundbeef Curry

Assalamualaikum..
Dinner apa tu malam ni? Malam ni mieza makan ringan-ringan je...hubby kata tamau makan nasi..siang tadi mieza ke Tesco..ternampak Naan Garlic instant ni..jadi hubby angkat sepaket..malam ni terus makan..bersama kari daging cincang..memang sedap! Sesuai untuk beli dan simpan stok kat umah in case malas nak masak gempak-gempak heeeheee...mieza ni teramatlah busy..jadi masih belum berkesempatan nak berbalas komen mahupun berkunjung ke umah kawan-kawan..insyaAllah bila dah reda sikit jadual mieza, mieza akan buat kunjungan balas dan jenguk apa kawan-kawan masak...



Ini la instant Naan Bread yang beli siang tadi..memula angkat sepaket je pastu nyesal tak beli banyak..cara masaknya senang sangat iaitu panaskan oven pada 200'C then masukkan roti naan dan bakar selama 1-1.5 minit...siappppp senang dan cepat..nak buat roti naan sendiri belum pandai hehehe




Mieza makan bersama Kari Daging Cincang..cara masaknya sama je dengan masak kari daging biasa...cuma gantikan dengan daging cincang..resepi kari daging boleh rujuk SINI


Jemput makan sesama rakan-rakan semua... ^__^

Thursday, February 2, 2012

Vanilla Cupcake with Fondant Topping




Assalamualaikum...apa khabar semua..

Rindu sesangat pada blog ni tapi sibuk yang amat ni..jadi malam ni mieza tayang hasil sentuhan cupcake fondant yang mieza buat sempena kenduri promotion sahabat mieza kat ofis..jemput jamu mata dulu..nanti mieza post kan resepi cupcake dan resepi fondantnya sekali :)

Friday, January 27, 2012

Grilled Salmon With Black Pepper Sauce

Assalamualaikum..salam sayang salam rindu..apa khabar semua...Ya Allah mieza busy sangat lately memang tak sempat nak berblogging...ni pun mieza buka lappy kat dalam kelas while my students is calculating (Iteach finance)...a lot of works to do yet soooo very lil time..feel like 24 hours per day is just not enaough for me...i no longer sleep at 10pm..but 12.30 or 1.00 am or later huhuhu...what have been doing that i require more time everyday...hehehe ada la tu..macam-macam! Masak pun jarang-jarang lately...usually mieza akan lunch kat opis..petang before balik kerja i took some lite food like kuih or goreng pisang etc and a cup of coffee or tea...so bila malam mieza tamau makan lagi...hubby pun sama..sometimes dinner we just ate 1 or 2 slices of bread..jadi tak masak sangat..tu yang tak ada benda nak update status kakaka...ini pun mieza masak last wiken.. aru leh nak post...



Resepinya jap lagi mieza post ye...plisssss keep coming back..muah muahhhhs

Resumed at 9.15, 30th Jan 2012
Ampunnnn lambat betul mieza post resepi salmon ni..jom tengok

GRILLED SALMON WITH BLACK PEPPER SAUCE
Recipe & Source: Mieza @WAWMC

Bahan perapan ikan
2 keping ikan salmon
1 biji lemon - ambil jusnya
1/2 sk lada hitam - tumbuk kasar
Secubit garam
Sedikit oregano leaves
1 sb minyak zaitun
1 sk cajun
1 biji bawang besar - hiris bulat

1. Ikan diperap selama sekurang-kurangnya 1/2 jam.

2. Panaskan grill pan dan grilkan ikan sehingga ikan masak..mieza sukakan ikan yang burn sedikit..jadikan mieza akan gril hingga hangus sedikit. Angkat dan ketepikan

SOS LADA HITAM
1 cawan sos lada hitam - mieza guna brand life
2 biji bawang putih - cincang
2 cm halia - cincang
1/2 kuib pati ayam knorr
1 sb minyak zaitun

Cara-cara:

1. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali. Tumiskan bawang putih dan halia hingga garing.

2. Masukkan sos lada hitam dan sedikit air dan renehkan hingga mendidih. Kemudian masukkan pati ayam. Kacau hingga kiub ayam larut.

3. Biarkan sos sedikit pekat. Tutup api dan tuangkan ke dalam bekas bersesuaian.

CARA MENGHIDANG
Hidangkan grilled salmon dengan side dish kegemaran seperti sayuran (salad, carrot, jagung, brokoli dan sebagainya), sos lada hitam, fries atau wedges dan juga sos lada hitam
1. Pa

Sunday, January 22, 2012

Fondant Class @ Alor Setar, Kedah

Happy Chinese New Year everyone..dan selamat bercuti...wahhh pergi bercuti ke mana tu during long wiken ni? Mieza balik kampung mak mentua di Alor Setar..tu yang lama mieza tak update blog kan hehehee..rindu sesangat kat blog ni sebenarnya...bila cuti dan balik kampung ni mieza ada hadiri kelas buat fondant dan belajar buat a few image dengan fondant..seronok sangat sebab rasa macam main tanah liat je..cuma tanah liat ni jenis yang boleh di makan...

Mempersembahkan...hasil sentuhan mieza... ^__^




Sunday, January 15, 2012

Nasi Mandhey



Salam hujung minggu..amboiii fenatnya mieza hari ni..sepagian menyiapkan tempahan besday kek..lepas tu terus masak nasi mandhey ni..pukul 3 petang baru boleh makan..hubby dah kelaparan..ambin B..traffic jam la yang..apa taknyer..mieza keluar ke pasar jam 10 pagi..kuar dengan Wawa coz hubby kata dia nak stay kat umah babysit umar dan adnin yang sedang demam..2-3 kali pusing pekan Tg Malim sebab tak der parking..uhhhh Tg Malim kalau pagi minggu memang sesak..maklum lah semua orang keluar untuk beli barang dapur..lepas tu singgah kedai ayam..sekali ayam dah abis..terpaksa lak tunggu depa proses ayam baru..then drop by kedai dobi coz nak cuci toto terkena muntah dan tercirit bebudak ni sakit..sampai umah dah hampir jam 12 noon...ada lak ex-student datang ambil tempahan..then masuk dapur siapkan dulu tempahan besday kek lak then baru la leh masak..aiseh mana tak siap jam 3 petang hihihi fenat tapi seronok sebab boleh bagi orang makan hasil masakan sendiri :)

Bercerita tentang nasi arab ni kan..dmieza pernah nampak Kak Nor secubit garam buat, then nampak lak Doktor Inahar buat..lepastu kan last 2 week mieza visit my brother in law kat Putrajaya..dia bawa mieza makan nasi mandhey ni kat satu restoran arab kat presint baper ntah dah lupa daaaa hehehe fullamakkkkk sedap weeeiiiii..hubby cukup suka..maka terpaksa lah mieza belajar masak juga..mieza guna resepi Raidah ni sebab mieza rasa senang..dan kebetulan rempah kabsa lebihan mieza masak nasi kabsa hari tu ada lagi..tapi warna nasi mieza macam tak kuning sangat macam yang orang lain buat..tapi sedap wallaweeeiiii..hubby pun kata sedap! Jadi uollsss kena try gak tau..raidah dear..izinkan mieza kopipes resepinya kat sini..dan mintak ampun mieza tambah ingredientsnya sikit2 hehehe

NASI MANDHEY

Source: Raidah @ Resepi Raidah
Source: Mieza @ WAWMC



Bahan-bahan ayam mandhey:


1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat, (mieza perah sikit jus lemon ke atas ayam)
Garam
Sedikit pewarna kuning/ saffron
Aluminium foil.
2 sb olive oil - (ini mieza tambah)

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.

2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.

3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.

**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukkan ke dalam nasi.




NASI MANDHEY:

4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya - mieza
letak 3 1/2 cawan air dan 1 cawan susu

1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.
1 biji lemon - hiris bulat setebal 1 cm - mieza tambah

Cara penyediaan nasi:


1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.

2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.

3. Bila nasi kering, masukkan hirisan lemon. Kacau rata. Buat lubang di tengah nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.

4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.

SOS:

1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.
2 ulas bawang putih - mieza tambah
2 cm halia - mieza tambah



Cara penyediaan:

~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

Ulam:

~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung. (Mieza tak letak pun..hehehe)

Dan mieza makan dengan Dalca Ayam sebab hubby kata tak ada kuah kang lekat pula..lagipun masa makan kat Putrajaya hari tu ada depa kasi kuah dalca...

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...