Dah pernah makan cookie ni?
Cukup fames sekarang ni dan sangat mahal...selepas membeli sebalang dari seorang kawan, mieza kemudiannya decide untuk mencubanya sendiri sebab cara nak buatnya cukup senang...sedap dijadikan snek ketika buat kerja sekolah atau sambil tengok TV.. :)
Kalau dah senang nak membuatnya kenapa mahal sangat...meh mieza cerita..
Harganya mahal kerana bahan-bahan yang digunakan semuanya mahal-mahal..tepung Florentine tu harganya RM21 untuk 500gm...ini harga di Tg Malim...mungkin di tempat lain murah lagi..
Almond flake dan kuaci tu juga mahal...kemudian balang lagi kan...nak kena caj elektrik dan depreciation oven dan juga margin untung...jadi tak heranlah kalau mahal harganya...jadi kalau nak jimat meh ler cuba sendiri...tapi kalau malas atau susah nak cari bahan...hmmmm beli je lahhh cepat!
CRUNCHY CARAMEL ALMOND
200 gm tepung florentine
200 gm badam keping
100 gm kuaci hijau
20 gm bijan hitam
Cara-cara:
1. Panaskan oven 160'C.
2. Satukan semua bahan dalam mangkuk dan digaul sebati.
3.
Alas loyang bersaiz 14 inci x 14 inci dan alas dengan kertas kek yang
tak melekat (boleh dibeli di kedai kek, jangan guna kertas minyak biasa
kerana biskut ini akan melekat)
4. Tuang adunan biskut ke dalam loyang yang telah dialas dan ratakan.
5. Bakar dalm oven selama 10 minit atau hingga kekuningan.
6.
Keluarkan dan biarkan selama 1-2 minit dan terus dipotong sebesar 1
inci x 2 inci atau mengikut saiz yang dikehendaki . Harus diingat,
biskut ini hendaklah dipotong semasa ia sedang panas.
7. Simpan dalam bekas udara.
Satu resepi biskut untuk hari raya dah siap :)
Main Module
Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates
Adds
Calendar
Friday, April 11, 2014
Friday, April 4, 2014
Nasi Daging Berempah, Air Asam Kerisik dan Dalca
Nak masuk satu entry punslow macam siput je kan..nak buat macam mana...mieza sekarang memang super duper busy sejak kembali menjadi pelajar..tambahan pula menjadi pelajar PhD yang tidak terikat dengan jadual kuliah menyebabkan mieza terpaksa mendisiplin diri jika nak graduate on time..insyaAllah...semoga rakan-rakan sudi mendoakan kejayaan mieza..
Tapi kesian juga kat suami dan anak-anak..jadi wiken mieza meluangkan sedikit masa masak untuk hidangan keluarga..dan nasi daging ini ialah feveret suami! Katanya maknya dulu selalu masak nasi ni..dah lama merancang nak masak nasi daging ni..tapi kat Tg Malim ni memang susah nak dapatkan daging segar...
NASI DAGING BEREMPAH
Bahan-bahan ( 8-10 orang )
1 kilo beras - basuh dan toskan
500 g daging - dipotong kecil dan bersihkan dan toskan.
1 cawan susu cair
1/2 cawan tomato puree
1 cawan minyak sapi (atau mentega/majerin/minyak sayur/miyak jagung)
Air secukupnya
daun sup dan daun bawang - dihiris
1 cawan bawang goreng
20 ulas bawang merah*
10 ulas bawang putih*
2 sb ketumbar biji*-disangar
2 sk jintan halus/putih*- disangar
1/2 jari halia*
2 sb kismis*
4 tangkai cili hijau*
penumis:- sedikit kayu manis,cengkih,pelaga
2 helai daun pandan - disimpul
2 batang serai - dititik
1sb rempah Nasi Bukhari
Cara-cara
Bahan-
4 biji cili api hiris kecil
1 biji cili merah - hiris
1 ulas bawang Putih - tumbuk lumat
1 inci belacan yg di bakar
1 sb kerisik
60 ml air asam jawa
1 sk gula
secubit garam
1 biji bawang besar - hiris
1 biji tomato - hiris
Perahan jus limau nipis
Satukan kesemua bahan di dalam bekas dan gaul rata. Rasakan masam manis dan masinnya.
SELAMAT MENCUBA

- Kisar bahan2 bertanda * hingga halus.
- Daging direbus seketika hingga empuk. Simpan air rebusannya untuk memasak nasi.
- Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan penumis,daun pandan dan serai hingga wangi dan masukkan bahan-bahan kisar dan tumis hingga garing lalu masukkan daging rebus dan air daging juga .Masukkan pula tomato pureei.
- Seterusnya susu,kacau dan biar mendidih sebentar.
- Masukkan pula beras dan gaul rata.Apabila nasi hampir kering masukkan garam secukup rasa gaul lagi dan masak terus hingga nasi tanak.
- Tabur 1/2 bahagian daun sup,daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng atas nasi dan tutup periuk.
- Ketika menghidang,tabur lagi dengan lebihan daun sup daun bawang dan bawang goreng.
- Hidangkan Nasi Daging bersama air asam dan dalca
Air Asam
4 biji cili api hiris kecil
1 biji cili merah - hiris
1 ulas bawang Putih - tumbuk lumat
1 inci belacan yg di bakar
1 sb kerisik
60 ml air asam jawa
1 sk gula
secubit garam
1 biji bawang besar - hiris
1 biji tomato - hiris
Perahan jus limau nipis
Satukan kesemua bahan di dalam bekas dan gaul rata. Rasakan masam manis dan masinnya.
SELAMAT MENCUBA
Saturday, March 29, 2014
Pari Bakar Sambal Kantan
Alhamdulillah...hari ni hujan lebat di Tanjong Malim...sepanjang hari ni mendung je...jemuran pun tak kering...tapi tak per..kemarau dah lama sangat..kami bersyukur atas nikmat hujanMu wahai Yang Esa...sejuklah sikit tido malam ni...tentu esok liat nak bangun pagi..
Dua malam kebelakangan ini mieza tak lena tido..mungkin akibat makan ubat sebab tak sihat dan mungkin tak rasa dengan salah satu ubat menyebatkan jantung mieza berdegup kencang sampai susah nak tido..kebaikan darinya ialah bangun awal lah hari ni...terus bancuh oat bersama buah dan kejutkan enik suami untuk teman ke pasar...
Seronoknya sampai di pasar sebab ada ikan pari yang segar-segar..suami mieza memang suka makan ikan pari..sama ada bakar atau masak asam pedas...terus mieza capai sekor berharga RM11...sekali sekali gembirakan hati suami tercinta..semoga cintanya pada mieza akan sentiasa berkekalan...
Resepi pilihan mieza untuk hidangan buat suami tercinta hari ni ialah Pari Bakar Sambal Kantan

Bahan-bahan:
1 ekor
ikan pari – dicuci bersih
1/2
kuntum bunga kantan – dihiris halus
1 helai
daun kunyit, mayang halus
3 biji
limau kasturi, perah jusnya
Sos
ikan secukup rasa
Sedikit
gula
1/3
cawan pati santan
Daun
pisang secukupnya
4- 5 helai daun kunyit
Bahan kisar halus:
4 biji
cili merah
2 ulas
bawang putih
5 ulas
bawang merah
2 biji
buah keras
1/2
kuntum bunga kantan
1/2
inci halia
1/2
inci lengkuas
Sedikit
kunyit hidup
1
batang serai,
Cara-cara:
1.
Ikan
pari dicuci bersih dan perap dengan jus limau kasturi dan sedikit garam selama
10 minit. Kemudian dicuci kembali dan dilumurkan garam kunyit. Ketepikan.
2.
Penyediaan sambal
kantan:
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum dan terbit
minyak. Masukkan santan dan terus memasak hingga pekat. Tambah sos ikan secukup
rasa, daun limau purut dan sedikit gula, kacau rata dan tuang jus limau kasturi. Masak sekejap
dan rasa. Mesti ada rasa masin, manis, masam, lemak dan sedikit pedas. Matikan
api dan ketepikan.
3.
Untuk membakar ikan
pari:
Ambil sehelai daun pisang dan bentangkan di atas kuali pemanggang. Sendukkan
1-2 sudu besar besar sambal dan ratakan atas daun pisang. Letakkan ikan pari di
atas sambal tadi dan letak lagi 2 sudu besar sambal di atas ikan. Tabur dengan
1/2 bahagian hirisan daun kunyit dan 1/2 bahagian hirisan bunga kantan. Bungkus
kemas dan bungkus dengan sehelai lagi daun pisang. Bakar ikan di atas kuali pemanggang hingga
masak.
4.
Bila
ikan dah masak, boleh dituangkan baki sambal kantan dan dihidangkan dengan
belahan limau kasturi, dan hirisan cili padi. Hidangkan bersama nasi putih
panas.
Komen encik suami
"Ya Allah sedapnya ikan pari you masak..sambalnya pun sedap..dah 2 pinggan I tambah. Ikannya pun segar dan rasa manisnya..pandai you masak"
Wah wahhhhh kembang idung mieza dipuji suami! Tak percaya ke sedap? Cuba la :)
Wednesday, March 5, 2014
Kerabu Suhun
Assalamualaikum..
Hari kepala ni dok nyutttttt nyuttttt...
Pagi tadi breakfast dengan Nasi Dagang...pastu telan teh ais...lunch makan lamb chop..dengan faktor panas terik...bila kepala nyutttt nyuttttt, kaedah penyelesaian mieza ialah makan ubat dan tido...tapi banyak pula errands nya...
Sambil dok nyutttt nyutttt ni mai lah kita tengok resepi kerabu suhun yang mieza masak untuk lunch Ahad lepas...tak mo tulis banyak..migrainnnn...
KERABU SUHUN
Segenggam suhun
100 gm udang
3-4 sudu besar kacang tanah tumbuk
1 sudu besar sos ikan
Garam dan gula
1 biji limau nipis - ambil jusnya
2 sudu besar udang kering - panggang dan tumbuk kasar
1 biji tomato - dadu
Bahan hiris:
1 biji bawang besar
4-5 biji cili api
2-3 biji cili merah
3-4 tangkai daun kesum
Daun ketumbar
1 kuntum bunga kantan
Sedikit carrot
Cara penyediaan:
1. Suhun direndam dengan air panas hingga lembut. Tos dan ketepikan.
2. Udang dikupas kulit dan dicelur hingga masak. Angkat dan toskan.
3. Di dalam mangkuk, satukan semua bahan dan gaul rata. Rasakan masam, masin dan manis.
4. sedia untuk dihidang.

Sunday, February 2, 2014
Cottage Pie
Assalamualaikum...
Kelantan dan Terengganu yang mengalami penurunan suhu tapi mieza di Perak yang kemalasan nak update blog..diperam gambar ni dah berbulan baru petang ni menemui mood yang ilang...
Suami pula menerima result yang kurang menarik dari pemeriksaan kesihatannya..paras kolesterolnya agak tinggi memaksa mieza untuk lebihkan masak menu yang sihat...kata suami buat je ikan kukus..huhuhu
Jadi frequency masuk dapur pun jadi berkurangan..hanya masuk menyediakan lunch and dinner and bread dan susu...
COTTAGE PIE
Resepi: Mieza @ WAWMC
Bahan-bahan untuk lapisan bawah:
400 gm daging kisar - aku guna Ramly
2 biji bawang besar - dadu
5 biji bawang putih - cincang
1 inci halia - cincang
1/2 batang carrot - dadu
2 biji tomato - dadu
1 batang celeri - potong 1/2 cm tebal
1 biji capsicum - dadu
2 camb sos tomato
2 camb kicap masin
Sedikit garam
2 camb sos tiram
2 camb sos Worcestershire
2 camb butter untuk menumis
2 camb tepung gandum - bancuh dengan sediit air
1 kiub stock daging
1 camt oregano
1 camt rosemary
2 camt lada sulah
Bahan-bahan untuk lapisan atas:
7 biji kentang
2 camb butter
3/4 cawan susu segar - atau secukupnya bergantung pada saiz kentang (mieza guna brand marigold)
Secubit garam
1 biji kuning telur
Parutan cheddar cheese dan Parmesan cheese
Cara-cara menyediakan lapisan bawah:
1. Panaskan butter dalam kuali hingga cair. Tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga perang. Kemudian masukkan daging dan masak hingga daging masak dan hampir kering airnya.
2. Masukkan kiub daging, semua sayuran dadu, semua sos, lada sulah dan dimasak seketika hingga sayuran empuk.
3. Masukkan oregano, rosemary dan garam. Rasakan manis dan masin. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum dan dikacau seketika hingga daging kelihatan agak pekat.
4. Ambil bekas atau casserole pembakar dan sapukan sedikit butter. Tuang lapisan daging dan tekan tekan dengan sudu supaya mampat. Ketepikan.
Cara-cara menyediakan lapisan atas:
1. Cuci dan kupas kentang. Rebus hingga kentang empuk.
2. Bila kentang dah masak, lenyekkan kentang ketika masih panas bersama butter.
3. Tambahkan susu dan garam dan digaul sebati.
4. Lapiskan mashed potato ke atas lapisan daging dan diratakan permukaannya. Ambil garfu dan lorekkan permukaan kentang.
5. Sapu permukaan kentang dengan telur kuning dan taburkan cheddar dan parmesan cheese.
6. Bakar dalam oven pada 205'C selama 10 minit atau hingga bahagian atas kentang dan cheese keperangan.
Sedap sangat!

Subscribe to:
Posts (Atom)