Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Monday, September 30, 2013

Pulut Kuning Rendang Ayam

Ni pulut kuning ke pulut oren? Ahakkkksss..tak per lah kan, janji kuning...hubby kata terlebih kaler..memula mieza rendam dengan kunyit tapi nampak tak kuning, jadi mieza tuang pewarna kuning telur, sekali terlebih kuning pula..tak per lah kan heheheh

Adat Melayu jika ada kesyukuran atau hajat selalu dibuatkan pulut kuning..pulut semangat kata orang Melayu...pulut ini juga mieza sediakan kerana mieza ada berniat, jadi sekarang niat sudah kesampaian maka hendaklah ditunaikan niatnya..

Ini adalah kali pertama mieza mengukus dan memasak rendang ayam secara solo..selalunya mieza jadi chef kedua atau ketiga atau keempat atau hanya jadi pelakon extra je..yang jadi chef pertama of coz la mak atau nenek atau mak mentuaku...dimulakan dengan Bismillah, Alhamdulillah mieza berpuas hati dengan hasil sentuhan julung kali ini..cuma mungkin untuk kali keseterusnya perlu ditambahbaik seperti tang kaler tu...jangan jadi oren lagi hahahah


Untuk sekilo pulut, mieza masak rendang seekor ayam...rasanya seekor tak cukup puas jadi next time nota untuk diri mieza sendiri untuk sekilo pulut elok rasanya dimasak 1 1/2 atau 2 ekor ayam..biar ayam yang lebih jangan pulut yang lebih..sebab kalau rendang ayam yang lebih, ia boleh dimakan dengan nasi putih atau pun roti...hmmmm

PULUT KUNING

1 kg beras pulut
2 st serbuk kunyit
1/2 st pewarna kuning
2 cawan santan pekat (200 ml pati santan + 1 cawan air)
4 sb gula
1 sb garam
1 keping asam keping

Cara penyediaan:
1.Beras pulut dicuci dan direndam dengan air bersama serbuk kunyit, pewarna kuning dan asam keping selama 3-4 jam. (Semalaman lagi bagus)
2. Didihkan air dalam pengkus, toskan beras pulut dan kukus pulut sehingga separuh masak.
3. Sementara itu, masakkan santan bersama gula dan garam hingga mendidih.
4. Apabila pulut separuh masak, angkat pulut dan tuangkan ke dalam besen. Masukkan santan yang telah dimasak dan gaul hingga sebati sehingga semua santan telah menyerap masuk ke dalam pulut sepenuhnya.
5. Masukkan kembali pulut yang telah digaul santan ke dalam pengukus dan kukus kembali hingga masak.
6. Angkat pulut dan tekan ke dalam acuan untuk mendapatkan bentuk yang dikehendaki.
7. Hidang pulut bersama telur rebus dan rendang.


Niat dihati nak masak rendang daging, tapi stok daging tak der dan mieza ke pasar malam pun tak berniaga pulak brader daging last week, jadi terpaksalah ditukar dengan rendang ayam..

RENDANG AYAM
(Nota untuk mieza: next time untuk sekilo pulut mieza nak sediakan 2 ekor ayam)

1 ekor ayam- dipotong 15 atau ikut suka dan dibersihkan
2 - 3 helai daun kunyit - dihiris nipis seperti bunga rampai
7-8 helai daun limau purut
sedikit air asam jawa
300 ml pati santan secukupnya - + 1 cawan air
2 sb kerisik 
Sedikit gula melaka - atau hingga cukup rasa
1 batang serai (diketuk)
4 sb cili kisar - jika suka pedas boleh letakkan lebih cili
1 sb serbuk kari daging 

Bahan Tumis:
1 inci  kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih

Bahan-bahan kisar :
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
6 batang serai
1/2 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci lengkuas


Cara penyediaan :

1. Tumiskan bahan tumis hingga wangi kemudian masukkan bahan kisar, serai ketuk, serbuk kari dan cili kisar sehingga pecah minyak.
2. Kemudian masukkan ayam, dan sedikit air. Masak hingga ayam empuk.
3. Seterusnya masukkan kerisik, santan dan daun limau purut. Reneh hingga kuah pekat. Kacau sesekali.
4. Masukkan air asam jawa, daun kunyit dan rasakan manis masinnya.
5. Sedia untuk dihidang.

Sunday, September 29, 2013

Cream Puff

Esok dah hari Senin kan? Cepatnya! Baru je semalam hari Jumaat! Tak aci! Kalau lah mieza boleh jadi full time housewife beshnyerrrrr!

Hari Jumaat yang lepas kita mengerim puff lagi..untuk ke berapa puluh kali entah..anak-anak kat umah ni semua suka makan cream puff. Cuma permintaan depa boleh tak sediakan dalam saiz yang lebih kecil. Biar sebiji krim puff boleh terus masuk semulut. Huh! Banyak betul songeh depa ni hahahah


Buat adik ipar mieza yang bertanyakan resepi cream puff ni semalam...ni dia resepinya dik..dan selamat mencuba..heheh..tapi buatlah dalam bentuk yang lebih kiut miut ye..kakak mu ni malas pulak nak buat kecik-kecik...satu lagi pesan kanda wahai dinda, cream puff ni dibakar menggunakan api tinggi jadi atasnya senang hangus, jadi akak letak tray yang besar (tray kosong) pada rak yang paling atas, dan cream puff di rak kedua dari bawah. Jadi heat oven tak terus membakar puff..nantu puff cantik..tak gelap..paham tak? Kalau tak paham ekau call la ye hehehe

CREAM PUFF

125 gm butter
3/4 cawan air
1/4 cawan susu segar
150 gm tepung - ayak
1/4 st garam - ayak
1 st baking powder - ayak
4 biji telur - mieza guna saiz AA
1 st esen vanilla

Cara Penyediaan:

1. Panaskan oven 200'C. Satukan butter dan air di dalam periuk non-stick dan didihkan.
2. Bila butter dan air dah mendidih, masukkan bahan-bahan yang diayak (tepung, garam dan baking powder) dan kacau dengan menggunakan senduk kayu cepat-cepat hingga menjadi adunan yang tidak melekat di periuk.
3. Tutup api dan pindahkan adunan puff ke dalam mixer. Putar dengan kelajuan sederhana hingga suam.
4. Pecahkan sebiji telur dalam bekas lain. kocokkkan dengan garfu dan masukkan ke dalam adunan puff. Putar hingga sebati. Ulangi dengan telur kedua dan seterusnya.
5. Tambahkan esen vanila dan tukar kepada kelajuan tinggi dan putar hingga berkilat dan pekat.
6. Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozel open star dan paipkan ke atas loyang yang telah digris dengan sedikit butter. Renjiskan (spray) sedikit air di permukaan puff.
7. Bakar dalam oven 200'C selama 15-20 minit bergantung kepada jenis oven.
8. Sejukkan di atas redai


CUSTARD FILLING

1 cawan air
1/2 cawan susu cair/susu segar
1/3 cawan tepung kastad
5 sb gula
1 st esen vanilla
1/2 st pewarna kuning

Cara Penyediaan:

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk tidak melekat. Kacau hingga semua bahan sebati.
2. Masak di atas api sederhana sambil sentiasa dikacau.
3. Masak hingga pekat dan berkilat. Tutup api dan sejukkan


Cara penyediaan Cream Puff

1. Potong puff tetapi jangan putus.
2. Paipkan custard filling ke dalam puff dan tutup.
3. Taburkan gula icing ke atas puff

SELAMAT MENCUBA

Saturday, September 28, 2013

Pau Pandan Inti Kelapa

Tanjong Malim sekarang diserang wabak demam Chicken Pox..satu umah ni demam tapi belum ada tanda nak kena chicken pox. Umar demam dari hari Khamis, Jumaat Papa dan Wawa pula sambung demam..maka mama terpaksalah jadi misi! Tengaharinya si papa nak makan sup cendawan, bila dah masak, sikit aja dihirup kuahnya..tak lalu agaknya..kesian pula mieza tengok. anak-anak pula meminta-minta mieza masakkan pau..depa memang suka dengan pau inti kelapa ni. Inti kelapanya Adnin yang masak. Pandai juga anak dara tu masak. Mieza adunkan adunan pau, tunggu pau naik dan mieza balutkan inti. Adnin lah yang jaga steamer, tukang isi air dan jaga masa...insyaAllah next time boleh suruh dia masak pau sendiri..


Kali ni teasa nak buat pau pandan..mieza blendkan 5 helai daun pandan dan tambahkan sedikit kaler hijau. Anak-anak dan suami panggil Pau PAS..hahah sebab kaler hijau kata depa..abis tu kalau letak kaler biru pau BN lah jadinya..ataupun kalau letak kaler merah terus pau DAP...tak perla pau parti mana pun jani sodappppp!

PAU KELAPA
Untuk doh:
500 gm tepung gandum
1 st baking powder
1 paket mauripan yis (11 gm)
5 helai daun pandan
350 ml air suam
2 camb planta/mentega
2 cam gula
1 st pewarna hijau
Daun pisang atau tracing paper untuk alas pau

 Untuk inti kelapa:
1 biji kelapa parut (pastikan kelapa muda)
2-3 keping gula melaka
Gula pasir jika perlukan lebih manis
1 camt garam
1 mangkuk air
2 helai daun pandan


Cara-caranya:

1. Sediakan intinya. Hancurkan gula melaka dengan memasaknya dgn semangkuk air dan daun pandan di atas api. Tambahkan garam dan gula jika perlukan manis yang lebih. Bila gula melaka dan gula dah hancur, masukkan kelapa parut dan dikacau sebati. Masak hingga air gula menyerap masuk ke dalam kelapa parut dan sedikit kering. Ketepikan.

2. Sediakan doh: Kisar daun pandan dengan air suam dan tapis. Satukan air suam dengan yis. Boleh masukkan sedikit pewarna hijau untuk warna yang lebih terang.

3. Di dalam bekas penguli, satukan butter dan gula, putar hingga hancur dan sebati. Masukkan bancuhan yis dan tepung dan baking powder secara berselang seli dan diuli selalu hingga menjadi doh yang kental. Perlu diingat, sukatan tepung adalah subjektif kerana ia mengikut mutu tepung.

4. Biarkan doh yang telah siap dicanai supaya ia agak 'naik'. Ketepikan 15 - 20 minit.

5. Ambil sedikit doh, canaikan di atas tapak tangan berbentuk leper, letakkan inti di tengah-tengah doh dan bungkus berbentuk bulat. Letakkan pau di atas daun pisang yang dipotong 1 inci x 1 inci.

6. Masak air didalam steamer hingga mendidih dan kukus pau selama 7 minit. Jangan dikukus terlalu lama kerana pau ni akan turun semula sekiranya oversteamed.


Boleh dihidangkan semasa sarapan dan juga sewaktu minum petang. Simpan yang lebih dalam bekas kedap udara dan boleh juga dikukus semula untuk melembutkan ia sebelum dimakan.


Selamat Mencuba!

Wednesday, September 25, 2013

Cranberry Butter Cake

Tekak ni sejakakhir-akhir ni suka betul makan kek..aduhai ke laut lagi lah diet ni kan...mieza ni memang suka makan kek mentega..suami pula suka kek coklat..anak-anak pun ikut selera mieza, suka kek selain dari kek cekelat..bila godek-godek dalam pantry semua bahan available, jadi ayuhlah kita mem'baking' sebiji kek!




 Resepi asalnya mieza jenguk dapur Wendy..memang kalau ke dapur Wendy rasa tak mau balik..semuanya sedap-sedap belaka..isy kalau berjiran dengan Wendy memang heaven nih...tapi mieza frustlah skit..sebab Wendy kata kek ni tak sepatutnya crack kat atas...tapi mieza punya crack sikit atasnya...sedih, huhuhu..tapi crack pun rasanya tetap mabeles..mieza ada bekalkan kawan mieza untuk dia bawa balik kampungnya..kata mak kawan mieza kek ni sedap..kebetulan ada cranberry yang dalam peti ais..jadi mieza campaklah segenggam dua ke dalam adunan kek...




CRANBERRY BUTTER CAKE

230gm butter (salted), softened (cool at 18-20C, not glossy)
200gm eggs, no shell (4 grade B eggs)
50gm + 150gm sugar
200gm self raising flour, sifted.
60ml milk
1 vanilla bean, seeds scraped (or 1 tsp vanilla extract)
1 cup dried cranberry



Methods:

1. Preheat oven at 180C (conventional). (I only use 170C). Prepare a 8 inch square pan. Line the base and grease the sides (greasing helps the cake’s sides to rise well)
2. Separate the eggs, and place the whites into a medium sized bowl (6 cup capacity)Beat egg whites until soft peaks, gradually add 50gm sugar and beat until stiff. Set aside.
3. Cream butter and 150gm sugar until pale and fluffy (KA speed 2-4 ). Put in vanilla seeds and and beat for a while. Put in egg yolks one by one and beat well after each addition.
4. Put in half the flour and mix on low speed until incorporated. Put in milk in 2 additions and mix until well incorporated. Mix in balance of flour.
5. Put half the egg whites in and mix on low speed. Pour the balance of egg whites in and FOLD.
6. Pour batter into pan and level.
7. Bake for 45 minutes or until skewer comes out clean. (I reduced to 150C for the last 15 minutes because the top seems to be getting dark)

Friday, September 20, 2013

Spiral Apple Bread

Sebenarnya sayang sangatnak makan bread ni. Sebab rupanya yang macam rose tu yang sayang nak fotong. Tapi fotong juga la kan sebab lapar....

Hari ni tak mo tulis panjang-panjang..sebab busy gitu ahaksss...buat kawan-kawan yang bertanya macam mana nak buat bread ni...meh mieza tunjukkan recipenya...tapi ini versi mieza punya spiral bread...kalau ikut resepi asal, epal tu tak dimasak dulu, mieza suka epal yang dimasak ala-ala pie filling gitu..dan hmmmm dapppppp sangat bila dimakan bersama vanilla ice cream..

SPRIRAL APPLE BREAD

Bahan roti
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan susu suam
2 sudu besar mentega cair
2 sudu besar gula kastor
2 sudu teh serbuk yis
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk kayu manis
1 biji telur

Cara penyediaan:
1. Campurkan tepung, gula, garam, serbuk kayu manis dan yis ke dalam mangkuk pengisar dan kacau rata.
2. Satukan susu dan butter. Ketepikan.
3. Pecahkan telur ke dalam mangkuk tepung dan uli dengan cakuk penguli pada kelajuan minimum.
4. Masukkan campuran susu dan butter ke dalam tepung sedikit demi sedikit sambil terus menguli. Susu dan butter tidak semestinya dihabiskan. Berhenti apabila doh tidak melekat pada mangkuk.
5. Teruskan menguli selama 8-10 minit. Tutup dengan plastic wrap dan biarkan hingga naik 2 kali ganda.



Bahan Inti
5 biji apple hijau (Granny Smith)
1 biji parutan kulit lemon
Secubit garam
2 sudu besar mentega
100g gula perang
secubit serbuk kulit kayu manis
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar air

Penyediaan:
1. Apple dikupas kulit dan biji dan kemudian dipotong memanjang. Ketepikan.
2. Panaskan gula dan mentega di dalam periuk. Kacau rata dan masukkan apple yang telah dipotong. Boleh dimasukkan sedikit air jika perlu.
3. Renehkan sehingga apple lembut sambil dikacau sentiasa. Reneh sehingga pekat.
4. Masukkan garam, serbuk kayu manis dan juga tepung jagung yang telah dibancuh dengan 2 sudu besar air.
5. Kacau hingga kuahnya pekat.
6. Angkat dan biarkan sejuk.




Cara penyediaan spriral bread (pictures credited to Treat & Trick )
1. Canai doh menjadi bentuk 4 segi tepat dan potong menjadi kepingan memanjang.
 2. Mulakan dari tengah loyang. yang telah disapu dengan sedikit mentega. Lilitkan apple filling bersama kepingan doh.

3. Ulang hingga habis. Lilitan tidak perlu terlalu kemas/ketat, tinggalkan sedikit ruang di antara lilitan untuk memberi ruang kepada untuk mengembang. Taburkan cip coklat/badam dll yang digemari.

4. Tutup loyang dengan plastic wrap dan biarkan ia kembali mengembang selama sejam.
5. Panaskan oven 170'C (untuk oven mieza, fan assisted) dan bakar selama 15-20 minit atau hingga nampak keemasan.
6. Keluarkan dari oven, sapukan dengan sedikit mentega cair dan boleh juga ditaburkan dengan sedikit gula pasir.

Selamat mencuba!

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...