Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Saturday, September 5, 2009

Puding Caramel



Dessert yg paling senang untuk disediakan..kalau ada function dan kemalasan melanda, ini lah yg selalu i buat..hehehe..orang kelantan memang suka puding ni but my hubby tak berapa gemor..dia kata 'manis!' Sebab dah buntu nak masak aper for berbuka today, and i wasnt in a mood to gentel buah melaka..mmm i rindu sangat dengan kuih muih buka puasa negeri kelantan such as buah tanjung, jala mas, nek bak, etc..mmmm semua tu manis manis semua nyer..sebab tu orang kelantan manis agaknyer hahaha...nak buat all the kuih i mentioned earlier memang i tak reti..yg i reti cuma ini jer laaaaa...

PUDING CARAMEL

Untuk caramel:
1 1/2 cawan gula pasir - subjective, kalau suka manis lebihkan gula..
1 cawan air

Untuk puding:
1 tin susu cair - i guna ideal
1 cawan gula kastor
1 camt vanilla
5 biji telur
3 camb tepung kastard
secubit garam

Cara-cara:

1. Masak gula hingga jadikan karamel dan masukkan air..renenhkan hingga caramel sedikit likat. Sejukkan ke dalam loyang puding.

2. Pukul gula kastor dengan telur hingga gula hancur. Tambahkan esen vanila.

3. Bancuhkan tepung kastad dengan sedikit susu cair. Satukan tepung kastard, baki susu, dan bancuhan telur dan gula tadi bersama. Kacau sebati. Jangan lupa letak secubit garam untuk menambahkan lemak puding.

4. Tapiskan bancuhan susu dan telur tadi ke dalam loyang yang berisi caramel.

5. Kukus selama 30 minit atau hingga puding masak.

6. Semasa menghidang, terbalikan puding supaya bahagian yang berwarna golden caramel berada di sebelah atas. Sedap dimakan sejuk, so keep in the fridge before serving.

Yummy!

No comments:

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...