Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Tuesday, January 1, 2013

Nasi Ayam Bersama Ayam Panggang Madu, Mentega, dan Bawang Putih (Chicken Rice with Honey, Butter dan Garlic Roasted Chicken)

Assalamualaikum...
Selamat tahun baru..Selamat Menyambut Tahun 2013...cepatnya masa berlalu...kita semakin sibuk..urusan dunia yang terlalu banyak..urusan akhirat yang mana mungkin kita abaikan kerana itulah bekalan kita kelak..anak-anak semakin membesar...tahun silih berganti..namun di manakah kita? Selalu di awal tahun berbagai-bagai azam yang dibina...ada sesetanghnya termakbul..ada sesetengah masih menjadi harapan...semoga tahun baru ini membawa kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup kita..insyaAllah...

Alhamdulillah masih diberi nafas oleh Allah SWT untuk menghirup udara yang dibekalkan untuk tahun ini...semoga keizinan Allah ini akan berpanjangan...tahun baru disambut dengan cuti tahun baru...bangun pagi-pagi sudah plan nak masak nasi ayam sebab ini makan kegemaran Wawa, si puteri tengah mieza yang kini dah menjangkau 6 tahun...sang suami pula terpaksa keluar bekerja seawal pukul 830 pagi...harapan nak bawa anak-anak keluar jalan-jalan dan makan-makan di luar terpaksa dibatalkan....bagus juga terbatal plan nak jalan-jalan, kalau idak tak menjadi lah nasi ayam mieza ni..


Mieza teruja nak masak nasi ayam bila kak Amie Sabah nun tayang nasi ayam panggang madu yang keluar di majalah Aroma itu...terus teruja nak masak juga...cuma mieza menggunakan cara mieza sendiri yang selalu mieza amalkan bila memangang ayam madu...bau nya masyaAllah wangiiiiiii sekali...semerbak satu rumah bau bawang putih dan madu yang glazekan ke atas ayam..
 Usah sembang lama-lama, jom kita zaaaazzzzz resepinya...



NASI AYAM 
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

4 pot beras basmathi extra long (pot rice cooker) - basuh dan rendam 20 minit
1 ekor ayam - potong 4
1 cawan susu segar
2 helai daun pandan
1 sk kunyit
1 kiub pati ayam
Garam
Minyak sapi untuk menumis
4 pot + 1 mangkuk besar air - untuk nasi dan juga sup ayam

Bahan Tumis:
1 inci halia - hiris batang mancis
5 ulas bawang merah - hiris
4 ulas bawang putih -hiris
1.5 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang

Cara-cara:

1. Panaskan minyak sapi dalam periuk, tumiskan bahan tumis hingga wangi dan keperangan.
2. Kemudian masukkan air dan ayam. Reneh hingga mendidih dan ayam 1/2 masak. Angkat dan toskan ayam.
3. Di dalam periuk yang berlainan, masukkan beras yang telah dibasuh, sup ayam secukupnya (sama sukatan dengan beras) dan semua bahan-bahan lain tidak termasuk ayam.
4. Tanak seperti memasak nasi biasa.



SUP AYAM
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:
1 mangkuk sup ayam dari lebihan untuk masak nasi
1/2 batang carrot - hiris dadu
1/2 biji cili benggala merah - hiris dadu
1 biji buah tomato - hiris dadu
1 kiub pati ayam
Garam dan gula secukup rasa
Daun bawang dan daun sup - hiris sepanjang 1 cm
Bawang goreng untuk hiasan

Cara-cara:

1. Renehkan sup sehingga mendidih.
2. Masukkan semua bahan kecuali daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
3. Rasakan garam gula. Taburkan hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng ketika menghidang.




AYAM PANGGANG MADU, MENTEGA DAN BAWANG PUTIH
Recipe & Source : Mieza @ WAWMC

1 ekor ayam - yang telah direbus 1/2 masak didalam sup ayam tadi

Bahan Perapan:
4-5 sb sos honey blackpepper - Mieza guna brand ita
4 sb sos tiram
2 sk kunyit serbuk
Garam secukup rasa

Bahan untuk sapu (glaze) - ditumbuk dan gaul sebati
5 ulas bawang putih
1 inci halia
3-4 sb mentega
3-4 sb madu
3 sb perahan jus lemon

Cara-cara:

1. Ayam diperap dengan bahan perapan selama 40 minit. Sementara itu panaskan oven 200-220'C.
2. Panggang ayam di dalam oven selama 7-10 minit.

3. Keluarkan ayam dan sapu glaze madu ke seluruh ayam. Bakar lagi 5 minit atau hingga keperangan.
4. Keluarkan dan terbalikkan ayam. Glazekan di sebelah satu lagi dan bakar lagi 5 - 7 minit atau hingga keperangan.
5. Keluarkan bila ayam masak (masa memanggang bergantung kepada jenis oven masing-masing). Hidangkan bersama nasi ayam.




SAMBAL CILI
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

3-4 biji cili merah
3-4 biji cili api
1/2 inci halia
4 ulas bawangn putih
Garam dan gula
2 sk cuka makan.

Cara-cara:

Blend semua sekali hingga halus. Rasakan secukup rasa. Boleh tambah sedikit air masak jika blender susah nak putar.

SAMBAL KICAP
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

2 cawan sup ayam
3-4 ulas bawang putih - cincang
2 sb sos tiram
3 sb kicap pekat
2 sb kicap cair
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:

1. Panaskan  minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih hingga perang.
2. Masukkan semua bahan lain dan renehkan sehingga mendidih.
3. Hidangkan bersama nasi ayam.


2 comments:

zila norazila said...

salam syg mieza..
slamat thun baru..smoga thun ini lbh sucsess dlm apa jua..
nasi ayam mmg fav zila n family juga..sedap..nnt nk cuba ayam tue pulak la..nampak best sgt:)

Amie said...

Assalamualaikum Mieza sayangggg....
selamat melangkah ke tahun baru 2013, usahlah gusar...apa yang kita lakukan di dunia ini jika disertai dengan niat akan mendapat pahala ibadat, namanya dunia ini jambatan untuk ke akhirat, jadi kena seimbangkan, kalau asyik berat 100% untuk akhirat tentu di sana nanti ditanya apakah selesai tanggungjawab di dunia untuk keluarga, orang tua, masyarakat yang telah lakukan. Pendek kata bersederhanalah untuk dunia & untuk akhirat...(peringatan untukku jua...)
Nasi Ayam tu sungguh mengancam! Tentu harum semerbak memenuhi dapur ni!

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...