Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Monday, July 29, 2013

Laksa Pesto

Alhamdulillah..syukur kerana masih diberi peluang menikmati 10 Ramadhan yang terakhir buat tahun ini. Setiap kali lepas solat mieza berdoa pada Allah SWT agar menemukan mieza dengan Lalatul Qadar. Sepanjang usia mieza belum pernah mieza temuinya. Andai diberi keizinan ingin sekali diri kerdil ini menemuinya pada tahun ini InsyaAllah..sama-samalah kita berdoa.

Laksa pesto ini mieza masak pada hari Nuzul Quran yang lepas..memang terlewat sikit postnya sebab mood nak update blog hilang sehari dua ni..mieza menemui resepi ni bila AFC menyiarkan feature recipe di dalam laman facebooknya menyebabkan mieza teruja untuk mencuba..ia adalah gandingan makanan Italy yang disediakan mengikut selera tekak Asian..masyaAllah memang sedap..selalunta laksa orang Asia akan berkuah, tetapi berbeza dengan laksa pesto ini kerana ia dihidangkan secara kering. Mengapa pesto? Asalnya adalah dari perkataan pestle di mana ramuannya di tumbuk menggunakan lesung batu. Tapi mieza modernkan cara penyediaannya di mana mieza tak tumbuk sebab tak larat wehhh hahaha..mieza kisar menggunakan food processor...jangan guna blender tau nanti dia jadi pes..kita tak mau dia jadi pes, hancur tapi bukan pes.




LAKSA PESTO

Ingredients 

for Laksa Pesto
3 cups Vietnamese coriander, aka daun kesum or better known as “laksa leaves”
5-8 cloves garlic
200g raw cashew nuts, coarsely chopped and roasted at around 120C to a light golden brown
1 tsp salt
1 tbsp fish sauce
1 cup of extra virgin olive oil
 1 bunga kantan (torch ginger blossom),

for spaghetti and garnish
4 servings of spaghetti or any long strand pasta variety of your choice
8-12 fresh large prawns
2 cili padi (bird’s eye chilli) or for less heat 1 large red chilli
2-3 leaves of Vietnamese coriander aka laksa leaves, optional
2 tbsp of kerisik (toasted grated coconut), optional





Method
1. Place all the pesto ingredients into a food processor and chop then coarsely.
2. In a heavy saucepan or pot of boiling water, cook pasta with a pinch of salt according to the instructions and time duration stipulated on the packaging.
3. Cook the prawns whichever way you wish, lightly seasoned with salt and pepper and sautéed is a good way.
4. While the pasta continues to cook, prepare the garnishes. Chop cili padi into small pinhead morsels and set aside. Remove the seeds first if less heat is desired. For an even less spicy version, regular red chilli can be used. If using, chiffonade laksa leaves into thin strips, cut bunga kantan into thin rings and set aside.
5. Once the pasta is cooked until al dente, removing immediately with a pair of tongs into a mixing bowl. Add laksa pesto sauce (appro. 2 generous tablespoons per serving), cooked prawns, chilli padi and the prepared garnishes like chopped laksa leaves, bunga kantan and kerisik. Toss well and if necessary, add 1 or 2 tbsp of the hot pasta cooking water to help emulsify the pesto paste for it to bind better with the pasta and other ingredients. Plate up and serve immediately.


Will definitely cook this again in the future. In one way, it is the Malay way of preparing pasta salad.

Versi Bahasa Malaysia

Bahan-bahan

Untuk Laksa Pesto
3 cawan daun kesum tanpa batang
5-8 ulas bawnag putih
200g kacang gajus - dipanggang hingga keemasan dan dicincang
1 sudu kecil garam
1 sudu besar sos ikan
1 cawan minyak zaitun
1 kuntum bunga kantan

Untuk spaghetti dan hiasan
4 hidangan spaghetti - direbus hingga empuk
8-12 udang saiz besar (Boleh juga tambah sotong, kupang, isi ketam dan sebagainya)
2  biji cili padi
2-3 helai daun kesum
2 sudu besar kerisik

Cara Penyediaan
1. Masukkan semua bahan pesto di dalam mesin pemprosesan makanan (food processor) dan cincang kasar.
2. Di dalam periuk yang besar, didihkan air dan rebus pasta hingga empuk.
3. Celur udang hingga masak dan perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah.

4. Sementara menunggu pasta masak, cincang cili api, dan hiris daun kesum. Ketepikan.
5. Apabila pasta telah masak, angkat dan toskan. Masukkan pasta ke dalam mangkuk besar bersama rempah pesto dan semua bahan hiasan. Gaul hingga sekata. Rasakan masin manis. Boleh diperah limau kasturi jika suka. Sedia untuk dihidang.

Thursday, July 25, 2013

Jelita dan Nur Ogos 2013

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua pengunjung blog WAWMC...terima kasih kerana sentiasa sudi mengunjungi..insyaallah mieza akan sentiasa update resepi terbaru khas buat semua pengunjung yang dikasihi..

Dah dapatkan Jelita dan Nur keluaran Ogos 2013? Mieza kalau time bulan puasa memang suka beli Jelita sebab suka tengok fesyen baju raya dan juga suka dengan resepi hidangan hari raya...huwaaaa boleh meleleh air liur kalau tengok lelama...pendek kata kalau musim raya memang semua mag mieza borong ie Nona, Wanita, Keluarga, Saji, Rasa, Aroma, Sedap isy tak larat nak list semua..lagi pun boleh tolak LHDN nanti hahaha




Jadi alau belum cepat-cepat gi beli sebelum habis kat kedai tu. Bulan ni Jelita ada sisipkan handbook resepi Leggo's dan Kara. Alhamdulillah resepi Ayam Percik Madu telah terpilih sebagai resepi pertama dalam handbook ini. Handbook ni kecik je tau..senang nak simpan dalam handbag boleh rujuk bila nak shopping untuk masak resepi di dalamnya. Leggo's memang suka keluarkan handbook..mieza juga ada satu handbook Leggo's yang memuatkan resepi Italian. Terima kasih kepada Jelita dan kepada Leggo's dan Kara kerana menaja resepi ini..Terima kasih juga kepada Camilla dari Vibes Communication kerana sudi hubungi mieza untuk tujuan ini ...



Dan satu lagi di majaah Nur Ogos 2013. Yang paling mieza suka tentang Nur ialah fesyen tudungnya..wahhh cantiknya! Macam-macam gaya pemakaian tudung ditunjukkan berserta tutorialnya sekali...tapi tak gak mieza pandai hahahah..harganya murah je Nur ini iaitu RM7.90...cepat-cepat beli sekarang!


Di dalam majalah Nur kali memuatkan resepi hasbrown mini casserole yang mieza sediakan semasa pertandingan Simplot Best Blogger Award pada bulan Mei lepas. Juga dimuatkan resepi pemenang pertama iaitu Jennifer dan pemenang kedua iaitu Kelly.

Terima kasih juga kepada majalah Nur kerana sudi siarkan berita pertandingan itu beserta resepi 3 pemenang...terima kasih banyak. Mieza amat menghargainya.

Tak tahu dah nak cakap apa sebab happy sangat. Ini first time resepi mieza di feature kan di magazine terkenal tanahair. Alhamdulillah...

Sunday, July 21, 2013

Mee Rebus

Hari ni dah hari ke 12 kita berpuasa kan? Dah nak menghampiri separuh Ramadhan..kejap je masa berlalu kan...kejap lagi dah nak raya pulak..semoga kita mendapat seribu keberkatan dan keampunan di bulan yang mulia ini..

Petang semalam mieza tak teringin nak makan nasi..tekak ni rasa nak makan mee..anak mieza semua suka makan mee..cuma kena sediakan juga nasi untuk suami sebab suami tak leh makan mee..untuk encik suami yang budiman mieza terpaksa sediakan kuey tiaw..

Komen mieza..hmmmm tatau nak cakap, resepi yang sangat sedap..cuma mieza kurangkan cili kering sebab anak-anak tak boleh makan pedas..si kecil Umar yang berusia 2.5 tahun itu makan sampai 2 mangkuk..of coz la kan dia dah bedal 2 mangkuk pukul 5 petang masa mee ni baru siap dimasak dan dia bedal lagi semangkuk masa orang berbuka posa..kecohnya dia nak berbuka mengalahkan orang yang berpuasa!




MEE REBUS

300 gm daging
200 gm udang segar
1/2 cawan udang kering - disangai dan dikisar halus
5 sb cili kisar
2 sb rempah kari
1 sb serbuk ketumbar
1 kiub pati daging
250 gm kentang/keledek oren - direbus dan dilecek
1/2 cawan air asam jawa
garam dan gula
Minyak untuk menumis
2 batang serai - ditik
8 kuntum bunga lawang
1/2 keping gula melaka
Air secukupnya

Bahan Kisar:
3 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
3/4 inci lengkuas
1 biji buah keras
Sedikit air

Bahan hiasan:
Tauge - dicelur
Sawi - dicelur
Bawang goreng
Telur rebus
Tahu - digoreng dan dipotong kiub
Cili merah - dihirs
Daun sup dan daun daun bawang - dipotong kecil
Isi udang
Fish cake - dicelur dan dihiris nipis
Limau kasturi


Cara penyediaan kuah:

1. Udang dicelur hingga masak, angkat dan toskan. Kupaskan kulit udang dan simpan isi dan kulitnya. Ambil kulit udang dan kisarkan bersama air rebusan udanng hingga hancur. Tapis ke dalam bekas berasingan dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bunga lawang dan serai yang telah diditk hingga harum.
3. Apabila telah harum masukkan pula bahan yang telah dikisar dan teruskan menumis hingga naik bau harumnya.
4. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis lagi garing dan harum baunya.
5. Masukkan pula udang kering yang telah dikisar dan tumis hingga sebati.
6. Masukkan daging dan kacau hingga serta masak hingga daging empuk. Boleh ditambah air jika terlalu kering.
7. Selepas itu masukkan rempah kari daging dan serbuk ketumbar serta dikacau rata. Masukkan air tapisan kulit udang tadi dan air secukupnya. Kuantiti air adalah bergantung kepada kepekatan kuah.
8. Bila kuah mendidih masukkan kiub daging dan renehkan seketika hingga kiub daging hancur. Kemudian masukkan kentang yang dilecek, air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
9. Masak hingga kuah pekat. Hidang bersama mee kuning dan bahan hiasan.





Friday, July 19, 2013

Nasi Komok

Eh dah hari Jumaat..yahoooo...kursus dah abis dan dah boleh balik umahhhh yahoooooooo seronoknya..bukanla tak seronok dok kat hotel ni..cuma kat umah lagi seronok hehehe..pukul 10 am nanti majlis penyampaian sijil and then off we go..


Nasi Komok ni mieza masak sebelum mieza tinggalkan umah untuk berkursus Selasa lepas. Oleh kerana bas akan bertolak jam 4 petang maka sepagian mieza abiskan masa di dapur menyediakan juadah berbuka untuk keluarga..sian depa mama tak der..


NASI KOMOK

Rempah komok:
2 st serbuk kari daging
1 st serbuk kunyit
1 st serbuk ketumbar
1/2 st serbuk jintan putih
1 st garam
1 sb gula

Satukan semua di atas dengan sedikit air dan gaul rata menjadi pes. Ketepikan.


Nasi Komok

1 ekor ayam - potong 4 dan cuci bersih
5 cawan beras basmathi - rendam sebentar, cuci dan toskan
4 sb minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
1 batang serai - dititik
5 ulas bawang merah - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
3 batang akar ketumbar - cuci bersih
3 sb rempah komok
200 ml susu cair
8 cawan air
Garam
1 kuib ayam

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan serai sehingga wangi.
2. Masukkan bahan hiris dan masak hingga perang. Kemudian masukkan pes rempah komok dan masukkan hingga harum.
3. Sentiasa kacau supaya tidak hangus, kemudian masukkan air dan akar ketumbar. Biarkan rebusan mendidih.
4. Kemudian masukkan ayam, kiub ayam dan garam secukup rasa. Rebus ayam sehingga ayam separuh masak. Angkat ayam dan toskan.
5. Ambil 1 cawan air rebusan ayam dan asingkan untuk dibuat sos cili.
6. Masukkan beras ke dalam periuk nasi elektrik dan dimasukkan air rebusan ayam secukupnya untuk memasak nasi. Perasakan garam dan tanak nasi seperti biasa.



Ayam Goreng Komok

Ayam yang direbus separuh masak
Serbuk kunyit
Serbuk kari ayam
Garam Secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Ayam yang direbus separuh masak digaul dengan semua bahan di atas.
2 Goreng ayam dalam minyak terendam hingga masak.
3. Angkat dan toskan minyaknya




Sos Cili

1 cawan air rebusan ayam
6 biji cili merah
4 biji cili padi
2 ulas bawang putih
4 tangkai daun ketumbar
2 sudu besar cuka
garam dan gula
sedikit sos cili
sedikit kicap manis

Cara penyediaan:

1. Kisar cili merah, cili padi, bawang putih dan daun ketumbar bersama air rebusan ayam.
2. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga sos agak pekat.
3. Tambahkan sos cili dan kicap manis. Perasakan garam dan gula serta cuka.

Sup Komok

Lebihan sup untuk memasak nasi tadi diperasakan garam, taburkan hirisan daun ketumar dan bawang goreng. Hidangkan bersama nasi komok.

Wednesday, July 17, 2013

Tako Nangka Madu

Pejam celik pejam celik dah seminggu kita berpuasa..dan inilah kali pertama mieza terpaksa berkursus di bulan puasa. Yang bestnya berkursus di bulan puasa ialah kelas malam dibatalkan untuk memberi kelonggaran kepada peserta kursus mengerjakan solat sunat terawih, dan yang paling best juga ialah bila berkursus di hotel ni tentulah makanannya kan. Berkursus di Hotel Residence, UNITEN, Bangi yang memang terkenal dengan kepelbagaian juadah hidangannya membuatkan diet mieza yang dibela sekian lama ni hanyut ke laut begitu aja...huwaaaaaa!

Tapi yang tak bestnye mieza terpaksa berjauhan dengan family di bulan puasa..kesian memikirkan suami yang hanya berbuka dengan lauk bazar Ramadhan dan entah apa lah yang disediakan untuk dirinya dan anak-anak bersahur...adalah mieza belikan MyChef untuk dimasak ketika bersahur..tapi mana nak sama kan makan pack dengan makanan fresh yang baru disediakan..tak per, sabar lah bukan lama, hanya 4 hari saja mieza di Bangi ni..tak sabar nak balik Jumaat ni

Kuih tako ni mieza sediakan sebelum mieza ke Bangi lagi..semasa ke Tesco di Shah Alam wiken lepas mieza ternampak ada dijual nangka madu pada harga RM5.90 untuk 9 ulas..masyaAllah manisnya nangka ni..sedap sangat..lemak manis memang sesuai sangat nama yang diberikan Nangka Madu..manis..kena makan sendiri bari tahu keenakan nangka madu ini..



Dah lama mieza menyediakan tako nangka ni..tapi nangka tak ada...bila terjumap nangka ni di Tesco tanpa lengah lagi cepat-cepat miez sediakan untuk berbuka pada Ramadhan ke 6 yang lepas..sedap sangat tako ni..dengan aroma nangka madu yang manis manis lemak..

TAKO NANGKA MADU

Lapisan Bawah:

25 gm tepung Hoen Kwe Kuning
25 gm tepung beras
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
6 ulas nangka madu - buang biji dan potong dadu

Lapisan Atas:
25 gm tepung Hoen Kwe Putih
2 cawan santan pekat
Secubit garam


Cara  Penyediaan:

Lapisan bawah:
1. Sediakan kotak tako daripada daun pandan secukupnya. Gunakan daun pandan yang lebar dan panjang. Rujuk tutorial di bawah untuk cara penyediaan bekas tako.
2. Campurkan semua bahan di dalam periuk non-stick. Kacau sehingga semuanya sebati.
3. Masak di atas api sederhana sehingga pekat. Adunan hendaklah sentiasa dikacau agar tidak berketul.
4. Tuangkan ke dalam kotak tako sehingga separuh penuh. Biarkan sejuk dan membeku.

Lapisan atas:
1. Campurkan semua bahan di dalam periuk yang lain dan dikacau sebati.
2. Masak di atas api sederhana sehingga pekat.
3. Tuangkan adunan atas ke atas lapisan nangka tadi sehingga penuh kotak tako.
4. Biarkan mengeras dan sejukkan dalam peti sejuk
5. Hiaskan dengan hirisan nangka madu



Di sini mieza sertakan tutorial untuk penyediaan kotak tako yang mieza dapat dari Pak Cik Google

SELAMAT MENCUBA ^__^

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...