Assalamualaikum....
Alhamdulillah...dah hari Khamis...esok dah boleh balik umah selepas 5 hari di KL...selepas 5 hari tak tengok muka suami dan anak-anak...rindunya tatau nak cakap especially kat Umar yang masih kecil..mestidia merajuk sebab tinggalkan dia lama sangat dengan mak lang...huhuu
Sementara menunggu panel penilai luar menilai soalan final exam yang disediakan meh la kita update blog...resepi yang tertinggal hahaha...dah lama masak nasi minyak ni tapi lupa nak postkan ke blog...rindunya nak balik masak esok...semalam beli buku baking baru kat popular..tak sabar nak mencuba resepi dalam buku tu hehehe
Suami mieza ni suka sangat makan nasi tumis...selang 3-4 hari mesti diminta masakkan nasi tumis...kekadang tu hari kerja pun dia nak makan nasi tumie..kalau nasi putih kan senang darling...leh suruh Adnin yang umur 12 tahun tu yang masak...seronok juga ada anak dara yang dah besar..boleh la disuruh yang simple-simple seperti masak nasi, masak air, basung pinggan, jemur kain dan lipat serta jaga adik...alhamdulillah...
Oleh sebab balik kerja pun dah 6.00 petang...badan pun dah terasa letih..maka terhasillah nasi minyak pun yang tak seberapa ni...mieza makan bersama kari udang dan kerapu sos hitam..kali ni mieza decide nak makan nasi minyak berlaukkan makanan laut...excuse sebenarnya sebab masa on the way balik kerja tu terlupa nak singgah pasaraya beli ayam heheheh
NASI MINYAK
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC
(untuk 3-4 orang)
4 pot beras basmathi - pot rice cooker
1 biji bawang besar - kisar
3 biji bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
2 sb minyak sapi
2 biji buah keras - kisar
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4-5 kuntum bunga cengkih
4-5 biji buah pelaga
1/2 cawan tairu - 1/2 cawan susu cair diperap dengan 2-3 sb air limau nipis
2 helai daun pandan disimpul
Sedikit pewarna kuning - mieza guna 1/2 sk serbuk kunyit
Air sama banyak dengan beras
1 sk garam
Bahan untuk hiasan
Bawang goreng
Gajus panggang
Hirisan daun bawang
Cara-cara:
1. Beras dibasuh dan direndam selama 15 minit. Kemudian toskan.
2. Panaskan minyak sapi didalam periuk dan tumiskan rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga) hingga wangi.
3. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga perang dan wangi.
4. Masukkan beras, air, tairu, pewarna kuning dan daun pandan serta garam. Tanak seperti memasak nasi biasa hingga nasi masak. (mieza masak menggunakan rice cooker)
5. Bila nasi dah masak, gembur-gembur kan nasi. Jangan mengacau terlalu kuat nanti nasi patah dan tak cantik.
6. Taburkan bawang goreng dan lain-lain bahan hiasan semasa menghidang. Boleh dimakan dengan dalca dan ayam masak merah jika suka atau apa-apa sahaja lauk kegemaran.
4 comments:
wah..dap..daap..dapnyer nasi minyak mieza tuh..terliur akak tau..dahla arini x masak makan lauk beli jek..adehh!!
Assalam mieza,
wah bagusnya hubby Mieza suka nasi2 yang berperisa ya.. hubby akak tak berapa pulak..kalau kita masak nasi berperisa dia akan cebikkan bibir dia..sabor ajelah kan..heheh ..anak2 pulak suka nasi berperisa..berselera pualk akak tengok nasi minyak mieza ni..
An impressive share! I have just forwarded this
onto a colleague who was doing a little homework on this.
And he actually bought me dinner because I stumbled upon it
for him... lol. So allow me to reword this.... Thanks for the
meal!! But yeah, thanx for spending some time to talk about this topic here on your site.
My web site: GFI Norte
Heya are using Wordpress for your site platform? I'm new to the blog world but I'm trying to get started and create my own.
Do you need any coding expertise to make your own blog?
Any help would be greatly appreciated!
Feel free to visit my web page ... GFI Norte
Post a Comment