Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Sunday, September 30, 2012

Sotong Bakar Bersumbat

Assalamualaikum..salam malam Isnin...


Pejam celik pejam celik dah malam Isnin...alahai Monday blues pun dah melanda hahahha....malasnya nak gi kerja esok...tapi banyak nyer kerja yang kena siap kat opis tu...huhuhu...sekarang ni mieza dah tak sempat nak menulis...kalau dulu mieza selalu menulis dan alhamdulillah banyak artikel mieza diterbitkan di magazine ilmiah seperti Millenia Muslim...kena lah curi masa juga untuk menulis kan..sebab kalau tidak terasa otak ni tak berfungsi dengan baik je sebab banyak sangat rest...insyaAllah...


Selepas seminggu dok hotel makan makanan hotel ish mana nak sama dengan masakan sendiri walaupun cukup simple...selepas seminggu berperang di Pearl International menyipakan soalan final exam student, mieza spend 2 hari lagi di Putrajaya umah adik...bila balik hari ni tak sempat pula nak ke wet market...jadi kita full use je la apa yang ada dalam fridge...


Dah lama ternampak resepi ni kat dapur Hazila My Small Kitchen...mieza memang suka visit dapur dia...may be masakan dia satu selera dengan tekak mieza...terpanggil mieza untuk mencuba resepi sotong ni...kebetulan cuma ada 5 ekor je sotongnya..cukup la kan...terima kasih kepada encik suami yang sudi tolong hidupkan api dan dan jadi tukang bakar...

SOTONG BAKAR BERSUMBAT
Recipe: Hazila @ MY Small Kitchen
Tested by: Mieza @ WAWMC

1 ekor sotong bersaiz besar - mieza guna 5 ekor sotong bersaiz sederhana
1 batang serai
1 biji bawang putih
2 ulas bawang merah
1/2 biji cili merah
1/2 biji cili hijau
1 sb isi udang - mieza guna 2 sb udang kering
1 sb kelapa parut
2 biji cili api
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
Secubit jintan manis
1/2 sk garam

Cara-cara:

1. Tumbuk semua bahan kecuali sotong hingga halus.
2. Bersihkan sotong dan lumurkan dengan sedikit garam kunyit.
3. Sumbat bahan yang ditumbuk tadi ke dalam perut sotong hingga hampir penuh. Tutupkan dengan kepala sotong dan cucuk dengan lidi.
4. Bakar hingga sotong masak.
5. Hidangkan dengan air asam jika suka.


Air asam yang sentiasa menjadi kegemaran suami...kalau ada lauk yang berbakar mesti nak cicah dengan air asam...

Teman sekapal...ikan pari bakar...juga kegemaran suami...

Dan Udang Harimau Masak Lemak Cili Api...murah pula udang ni masa beli kat Carefour Alamanda semalam...

Mieza dah nak tido...esok kena kerja...banyak benda yang nak kena setel....Selamat Malam Semua...Muah Muah MMMMuahhhhhs..

10 comments:

Kak Sam said...

Ringkas tapi nampak sungguh menyelerakan.

sudipVSsenduk said...

rempah2 di ikan pari tu le yg akan saya kaut dulu... sedap

Amie said...

alahai Mieza cayangggg.... sedapnya datang sotong bakar cicah tu... kak Amie rasa nak terkam aje, nak ratah2!

Kitchen Maktok (Sajian Dapur Bonda) said...

Salam Mieza. Sedapppnye.... udang masak lemak cili padi diiringi pula dengan sotong bakar cicah dan ikan pari air cicah air asam. Dari bahan-bahan yang digunakan, akak dah dapat rasakan sotong bakar ni memang sedap. Nak ambil resepi mieza ini untuk disimpan, sebab bulan Disember ni ada family vacation, rancang nak buat BBQ.

zila norazila said...

sotong bakar zila x pernah buat mieza ..sedap pulak tgk memalam nie..cicah air asam lg..forever best:)

Anonymous said...

I was suggested this web site by my cousin.
I'm not sure whether this post is written by him as nobody else know such detailed about my trouble. You're
wonderful! Thanks!
Take a look at my homepage :: GFI Norte

Anonymous said...

Hi there, its pleasant article regarding media print, we all know media
is a impressive source of data.
Here is my webpage ; GFI Norte

Unknown said...

2016-2-23 leilei
ugg boots for sale
adidas trainers
nike store
nike trainers
louboutin shoes
cheap jordans
chi flat iron
adidas uk
tiffany jewelry
coach outlet online
nike blazers shoes
oakley sunglasses
christian louboutin
mizuno running shoes
kate spade outlet
michael kors bags
burberry outlet
louis vuitton outlet
louboutin
louis vuitton uk
canada goose jackets
micahel kors
true religion jeans
louis vuitton
canada gooses outlet
michael kors
ray ban sunglasses
coach factory outlet
air jordan femme
sac longchamp
toms outlet
toms outlet store
timberland uk
fitflops uk
nike shoes
canada goose uk
longchamp soldes
nike roshe run
michael kors handbags
ralph lauren outlet
ed hardy uk

SSSSSS said...

nike air force 1 high
fila outlet
nike flyknit
retro jordans
nike air max 90
michael kors sale
fitflops sale clearance
nike air force
moncler outlet
lebron james shoes

jan said...

شركة تنظيف كنبات بالكويت
شركة تنظيف منازل بالكويت
مصبغة غسيل سجاد بالكويت
معلم صحي الكويت
فني صحي
تنكر سجب مجاري الكويت

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...