Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Tuesday, June 9, 2009

Char Kuey Teow


Last weekend i went home to my hubby's town. Adik laki dia belikan CKT ni kat depan simpang tiga, gerai depan kedai runcit kegemaran family, sedapnyerrrrrrr... RM3 sebungkus, sikitttt je, but the taste was superb. Tak cukup yang makan ari tu, aku bertekad nak try gak masak CKT ni sendiri. So yesterday, lepas punch out kat ofis, i drove to the nearest wet market, get all the ingredients, and i decided to give a try. For readers info, last nite was the first time i cooked this CKT, but the result was amazing for a first time cooking hehehehe...well hubby kata best..orang lain tatau laaaaa...Actually, i surf kat internet, looking for the recipe, so i combined a few recipes found on the internet. And jeng-jeng...i came out with this recipe. A few letak petis and a few tak letak. but i decided to letak gak. Sebenarnyer seumur idup aku tatau pun petis tu aper, penah makan tapi tatau yang benda tu dipanggil petis. So yesterday pegi je kedai dan dengan berlakon bijak aku tanya "pak cik ada jual petis tak?" Nasib baik pak cik tu ada jual, kot dibuat dia tanya "Petis tu aper nak?" haram aku tatau nak explain kat dia macam mana. Dengan bangganya, nak share the recipe with readers..


CHAR KUEY TEOW

(For a family of 4)

1 bungkus kuey teow - cari yang nipis dan kecik, jgn guna yang tebal tak beshhhhh
5 biji bawang putih - ketuk
10 ekor udang
2 biji telur
1 mangkuk air
1/2 kg kerang - rebus, ambil isinya
1 camb petis udang
5 camb sos tiram
3 camb kicap pekat
3 camb kicap manis
Sedikit kicap masin
1/2 kiub pati ikan bilis
2 camb cili kering kisar - ikut suka pedas
kucai - dipotong sepanjang 1 inci
tauge, limau kasturi, daun bawang, bawang goreng, hirisan cili merah@cili api


Cara-caranya:

1. Udang direbus hingga masak, toskan udang, simpan air rebusan.

2. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih hingga kuning. Masukkan cili kering kisar, masak hingga cili kering cukup masak, kang tak masak sakit perut lak.

3. Masukkan kesemua sos, petis, dan kuib pati ikan bilis, easy on the soy sauce sebab kicap, petis, dan kiub pati ikan bilis dah masin. Takut kang terlebih masin. Kacau rata.

3. Masukkan air rebusan udang. Masak hingga kuah agak pekat dengan api yang besar. Kuah ni boleh disimpan di dalam peti ais dan dikeluarkan bila nak guna. Kalau rasa kuah ni banyak, boleh simpan sikit dan tinggalkan dalam kuali sebanyak mana yang nak diguna saja.

4. Rasakan manis dan masin.

5. Pecahkan telur ke dalam kuah dan dikacau cepat-cepat hingga telur hancur, make sure api jangan terlalu kecil.

6. Masukkan udang yang telah direbus, kerang rebus, kuey teow, kucai dan tauge. Gaul rata-rata. CKT biasanya berkuah. Biarkan berkuah basah.

7. Semasa menghidang, taburkan cili merah hiris, daun bawang, bawang goreng dan diperah limau kasturi

Lepas ni tak payah la susah-susah nak pegi beli CKT dah. Leh try masak kat umah je. Lagi best kalay dikayakan lagi udangnyer...CKT udang galah..besh nyerrrrr

No comments:

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...