Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Monday, June 20, 2011

Honey Roasted Chicken Wings



Last weekend kan singgah kat Cameron Highlands on the way nak balik Tanjong Malim from Kelantan..aku kalau singgah Cameron memang tak reti nak berjimat cermat, tengok semua barang nak beli, dari strawberry jam, kepada fresh strawberry, kepada teh dan coffee strawberry, madu dan sayur..layan pula strawberry cheese tart dan yang dijual aduhaiiiii sedapnyerrrr...teringin sangat nak makan cheese tart tapi cream cheese dah kehabisan stok..



Entry hari ni bukan nak bercerita tentang strawberry, tapi nak bercerita tentang madu..aku memang suka dengan madu Cameron, sedap sangat rasanya, jadi aku angkat la sebotol (1kg), harganya RM35..suka bancuh teh herba letak madu, rasanya tak sama macam bancuh teh letak gula..hubby lak suka propolis sebab boleh baikkan resdung..bila tengok madu yang best tu teringin la pulak nak buat honey roasted..kebetulan pagi semalam singgah kedai ayam ada la pulak dia jual kepak ayam @ RM10/kg..balik umah terus perap..dan encik hasben la yang jadi tukang bakar...aku makan dengan nasi seketul je, yang lain ratah cicah sos cili laaa sedappppp sangat! Bila berpuasa begini lagila membuatkan aku merindui kepak ayam ni..huhuhuhu

Resepinya simple sangat..kalau nak tengok versi lain leh tengok kat sini...


HONEY ROASTED CHICKEN WINGS
Recipe & Source : Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:
10 keping kepak ayam
Sedikit madu untuk sapu pada ayam semasa memanggang

Bahan perapan:
4-5 ulas bawang putih - tumbuk halus
1 inci halia - tumbuk halus
3 camb rempah kari
2 camb rempah tandoori
1 camt rosemarry
Garam secukup rasa
2 camb sos tiram
3-4 camb madu

Cara-caranya:

1. Perap ayam dengan semua bahan di atas. Perap lebih kurang 3 jam.

2. Panaskan oven 180'C dan panggang ayam selama 10 minit. Keluarkan dan sapu dengan madu. Panggang lagi. Ulang beberapa kali hingga ayam garing dan masak.

3. Bila dah masak, keluarkan dan dipotong kecik supaya senang untuk di makan. Makan dengan nasi ayam memang best!

4. Kalau rajin nak idupkan api lagi best. Panggang kat dapur arang!

Nasi Goreng Udang Kering



Selamat pagi semuaaaaa...dah breakfast belum? Belum lagi? Dah ada ke menu untuk breakfast? Kalau belum ada meh la cuba nasi goreng udang kering ni..tapi nasi ni bukanla aku masak pagi ni..ni masak pagi Sabtu lepas..baru hari ni leh curi masa nak update kat ofis jap sebelum jaga exam..minggu exam untuk summer classes minggu ni..busy lah skit nak mark paper students..



Kesedapan nasi goreng udang kering ni sebenarnya bergantung pada kesegaran udang kering yang dibeli..jangan lokek untuk membeli udang kering yang mahal..sebab rasanya lebih sedap..yang ini aku guna udang kering yang RM5/100 gm..sedap sangat rasa udang kering tu bila ditumbuk dan digoreng garing sebelum dimasukkan ke dalam nasi goreng..tambah pula dengan potongan cili api..bertambah makan nasi..berat badan pun bertambah juga la..huhuhuhuu


NASI GORENG UDANG KERING

Recipe & Source : Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:

1 mangkuk nasi - kalau boleh nasi semalam yang dah sejuk
1 cawan udang kering - direndam air panas dan ditumbuk tidak terlalu lumat
1 camt serbuk lada sulah
1 camb sos ikan
Kicap masin dan manis secukupnya
Sayur pilihan seperti kangkung @ kailan - aku tak letak sebab anak tak makan sayur
Minyak untuk menumis

Bahan tumbuk:
2 biji bawang putih
5 biji bawang merah
3 biji cili api - kalau suka pedas boleh tambah lagi
1 inci belacan

Bahan hiasan:

Daun bawang dan daun sup - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
Bawang goreng secukupnya
Tomato dan timun- dihiris - aku tak letak sebab tak ada stok hehehe


Cara-cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga garing. Masukkan udang kering dan ditumis lagi hingga udang kering garing.

2. Masukkan sayuran, kecuali bahagian daun, dan dimasak seketika hingga empuk.

3. Masukkan nasi yang telah direlaikan dan dikacau sebati. Tambahkan kicap, sos ikan, serbuk lada hitam dan garam gula jika perlu. Kacau sebati. Akhir sekali masukkan sayuran yang lembut. Kacau hingga layu sahaja.

4. Sendukkan nasi ke dalam pinggan dan taburkan bahan hiasan. Hiaskan juga dengan tomato dan timun hiris.

Sunday, June 19, 2011

Bahulu Lapis Kukus - Happy Father's Day



Selamat hari bapa diucapkan kepada semua bapa-bapa di luar sana, terutama untuk hubby tercinta..Happy father's Day..semoga menjadi tunggak keluarga yang berjaya..sementara tu meh kita makan bahulu kukus ni..buat petang tadi untuk tea sambil tengok download Maharaja Lawak...hehehe



Bahulu ni tak manis sangat, gebu dan lembut sangat, tapi aku seperti biasa tak berapa mahir dalam melapiskan bahulu ni..jadi lapisannya tak sama besar..hubby suggest len kali sapu jem in between the layer..good idea tu..tapi kalau nak letak jem kenala kurangkan gulanya..kang kencing manis satu family lak...yang balance tea tadi aku dah potong-potong kecil-kecil masuk tupperware untuk Adnin bawa pegi school tomorrow..dia memang suka bawa bekal dari umah dan makan dengan kawan-kawan kat sekolah...aku pun lebih senang begitu, at least kita tahu apa yang anak-anak makan..terjamin penyediaan yang bersih..insyaAllah..




BAHULU LAPIS KUKUS
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Untuk satu loyang bulat saiz 8"
Bahan-bahan:

5 biji telur
140 gm gula castor
1/4 sudu teh garam -ayak
1/2 sb ovalette
150 gm tepung gandum - ayak
1 sk baking powder - ayak
40 gm mentega cair
1 sk esen vanilla
Pewarna merah, oren, hijau dan coklat - atau apa-apa color pilihan


Cara-caranya:

1. Pukul telur hingga kembang, masukkan ovallete dan gula sedikit demi sedikit sambil terus memukul. Pukul lagi hingga gebu. Masukkan esen vanilla.

2. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dan pukul sebati sahaja menggunakan speed paling rendah.

3. Tutup suis mixer. Masukkan mentega cair ke dalam adunan dan dikacau menggunakan senduk kayu hingga sebati.

4. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian dan diletakkan warna pilihan.

5. Sapukan butter pada loyang pengukus. Tuangkan selapis adunan, (dalam 100 gm) dan kukus selama 5 minit.

6. Ulangi dengan lapisan warna berlainan dan dikukus lagi selama 5 minit. Ulangi lapisan demi lapisan hingga habis adunan.

7. Angkat dan sejukkan sepenuhnya barulah dipotong.

Cream Cheese Marble Trio Cake - Happy 11th Birthday Kakak Adnin!



Happy Birthday Kakak Adnin..semoga anak mama yang sulung ini sentiasa berada dalam keberkatan Ilahi selalu..amin :)

Walaupun penat sungguh hari Jumaat lepas kerana menerima kunjungan abang-abang ku dari Kelantan, tapi digagahkan buat kek ni for the besday gal..kalau tak buat muncung mulutnya boleh diikat riben..macam biasa aku ni tak berapa pandai nak memarble kan kek ni..tak comel gitu marble aku ni..kalau nak tengok marble yang cantik boleh tengok kat sini...kena belajar lagi la tang marble tu..jeles bila tengok orang lain buat dengan penuh kemeriahan..

Untuk decorate kek ni aku guna cream cheese..kebetulan ada lagi cream cheese dalam fridge..memula nak tulis wording kat atas tu..tapi tangan ni keras betul..jadi tak der wording "Happy Birthday" pun atasnya..cuma tabur dengan sweet flakes tu je..tapi Alhamdulillah..habis licin walaupun tak secomey tuan punya resepi heheehe




CREAM CHEESE MARBLE TRIO CAKE
Source : CMG @ MYR
Cream cheese topping by: Mieza @ WAWMC



Bahan-bahan ( Acuan ( 8 x 8 x 3 ) inci ) - aku guna tin bulat

300 g mentega, pada suhu bilik
280 g tepung halus *
1 camca teh serbuk penaik*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
5 biji telur Gred A
250 g gula kastor
1 camca besar Ovallate
30 g Gliserin - aku tak letak sebab tak der..jadi ganti dengan susu segar
20 g air
1/2 camca teh esev vanilla
1/2 camca teh strawberi emulco
1 camca teh coklat emulco


Cara-cara:

1. Pukul mentega hingga kembang. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Gaul rata dgn mentega. Ketepikan.

2. Dalam mangkuk yg kering dan bersih. Satukan telur, gula dan ovallate.

3. Menggunakan kelajuan yg tinggi, pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti adunan kuih baulu.

4. Perlahankan speed, masukkan adunan mentega tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga gliserin dan air. Gaul hingga rata.

5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dicampur dgn coklat emulco, satu lagi dgn strawberi emulco dan satu yg adunan kosong dicampur dgn esev vanila. (Perisa bergantung pada kehendak masing2).

6. Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x3 ) inci dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Tuang setiap adunan secara berselang seli hingga habis.

7. Bila sudah siap. Ambil chopstick atau sudu (gunakan tangkainya). Buat beberapa pusingan pada adunan kek tadi. JGN terlebih pusing, cukup sekadar 3 - 4 kali pusingan.

8. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit, bergantung pada oven masing2. Jika selepas 45 minit dan apa bila dicucuk dgn lidi satu dibhg tgh2 kek dan hasilnya tidak kering. Tutup permukaan tin kek dgn tudung periuk dan tambah masa membakar 5 - 10 minit lagi. Uji kek selepas 5 minit dibakar. Bila masak keluarkan kek dari tin dan sejukkan. Tujuan meletakkan "tudung periuk" ialah untuk mengelakkan kek hangus pada permukaannya.

9. Bila sudah sejuk, sapukan cream cheese di atas dan sekeliling kek. Taburkan dengan sweet flake atau manik kegemaran.


CREAM CHEESE

2 biji telur
3 camb gula castor
1 bar cream cheese
1 kotak whipping cream

1. Dalam mangkuk yang lain, pukul gula dan telur hingga kembang. Bila dah kembang masukkan esen vanilla.

2. Masukkan cream cheese dan pukul lagi. Kemudian masukkan pula whipping cream. Pukul lagi hingga semua cream cheese dan whipping cream sebati.

Saturday, June 18, 2011

Custard Fruit Cocktail



Fuhhhhhh! Baru leh nak berblogging..sejak semalam menerima kunjungan 2 orang abangku dari Kelantan bersama family..busy sangat masak untuk depa sampai tak dan langsung nak buka lappy..tambahan pula semalam birthday anak sulung yang ke 11..masak banyak juga semalam tapi tak sempat nak ambik gambar sebab segan pula bila siap masak nak snap picture dengan tetamu yang ramai..kang depa kata ape la tak senonohnya perangai tuan rumah dok sibuk snap picture sedangkan tetamu tunggu nak makan..cuma yang ni je sempat ambik gambar sebelum guests tiba..well menu semalam ialah laksa sarawak..yang masak semalam tak der la gambornya..tapi yang masak dulu boleh tengok kat sini.., fruit cocktail ni for dessert dan cream cheese marble trio cake for birthday gal..



Dessert ni is my at-all-time favorite! First time makan masa tu form 2..my aunty yang buat..emmmm syedapnya...selalu buat main agak-agak je sukatannya..tak der la follow sukatan betul-betul..tapi bila nak post kat sini kenala letak sukatan kan..kang visitor cuba tak menjadi pula..jadi resepinya aku songlap dari dapur Kak Ummi..tapi lain kali nak lebihkan tang sukatan kuahnya tu..sebab eden ni bila makan cocktail ni suka kuah yang banyak..suka kuah banjir gitu..



CUSTARD FRUIT COCKTAIL
Source: Kak Ummi @ HSH

Bahan-bahan:-

Untuk Kastad:-

200 gm tepung kastad
2 liter air
1/4 cawan gula
1/3 cawan susu sejat Ideal


Cara-Cara:-


1. Campurkan semua adunan kecuali susu sejat ke dalam periuk. Kacau atas api perlahan sehingga kelihatan berkilat.

2. Akhir sekali tuang susu sejat. Kacau-kacau sebentar hingga rata. (Jangan terlalu kental). Bolehlah dituang ke dalam loyang atau bekas-bekas kecil. Sejukkan.


Untuk Kuah:-

1 1/2 tin susu sejat Ideal
3/4 tin air
1 cawan gula
2 biji kuning telor - pukul sikit
1 sudu kecil esen vanila
2 helai daun pandan/perisa pandan


Cara-Cara:-


Campurkan semua dan masak hingga mendidih sekejap. Sejukkan.



Hiasan:-


10 ketul pisang raja
1 tin buah koktel
Buah ceri
Prune sunsweet

Cara Hidangan:-

Potong atau keluarkan kastad dari acuan. Tuangkan kuah dan tabur buahan koktel dan hiasan lain di atasnya. Tentunya sedap dimakan ketika sejuk kan...

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...