Assalamualaikum semua...sebenarnya semalam birthday mieza, Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana memberikan setahun lagi untuk mieza menyedut udara di muka bumi ini..moga Allah panjangkan usia mieza untuk mieza lihat anak-anak membesar di depan mata Aminn..
Birthday mieza hari selasa (15 november) sebenarnya, tapi disebabkan demam yang masih belum baik jadi mieza hanya larat bake keknya saja pada hari semalam...hari ni baru larat nak buat toppingnya..kesian betul kat anak-anak dari semalam dok tunggu topping siap sebab depa teringin nak ngap...tak der kek secret recipe jadi bake je la kek besday sendiri..tapi tang deco macam biasa mieza tak pandai heheheh
Mieza busy sikit this week...pertamanya sebab minggu ni final exxam students mieza, jadi sibuk marking paper, at the same time esok paper untuk internatioanl conference di PWTC next month due..malam ni tido lambat lah mieza...next week lak mieza ada interview yang sangat penting bagi mieza jadi mieza kena luang masa study dan prepare untuk interview tersebut.....mieza ucapkan terima kasih buat kawan-kawan yang tinggalkan komen...mieza akan balas komen-komen tersebut secepat mungkin dan melawat ke blog kawan-kawan juga.....
Chocolate cake with chocolate caramel topping sedap sangat pada tekak mieza...nanti bila mieza free sikit mieza akan postkan resepinya...please keep coming back tau...
Resumed 18 Nov 2011 @8.52 am
Hi again..oleh sebab ramai pula yang bertanya resepi kek ni maka mieza luangkan sikit masa untuk post resepinya..bila mieza bawa kek ni ke pejabat ramai kawan-kawan yang memuji kata topping caramel choc ni sedap...alhamdulillah...resepi kek coklat ini adalah pemberian kawan mieza dah lama sangat..hampir 10 tahun mieza dok bake cake ini..dan ia menjadi kegemaran suami :)
KEK COKLAT LEMBAP BERALMOND
Source: Mieza @ WAWMC
170g butter - selalunya aku guna butter SCS @ fern @ farmcows
330 g castor sugar
220g tepung - ayak dulu tau
1 camt baking powder
60g serbuk koko - ayak jugak
4 biji telur gred A
Secubit garam
Almond chunk - goreng tanpa minyak sampai golden
1 cawan air panas
1 camb penuh nescafe'
Cara-Cara
1. Campurkan serbuk koko dan nescafe' ke dalam air panas. Kacau sampai sebati. Make sure tak berketul tau. Ketepikan.
2. Pukul butter dan gula sampai kembang. Masukkan garam.
3. Bila dah kembang, masukkan telur satu persatu. Pukul sampai sebati je. Guna speed paling rendah.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, diselang seli dengan air bancuhan koko yang telah disiapkan awal-awal tadi. Guna senduk kayu. Jangan pakai mixer.
5. Bila dah sebati, masukkan almond, dan kacau2 sikit. Masukkan ke dalam loyang yang telah digrease.
6. Bake pada suhu 180'C selama 50 minit atau hingga masak.
7. Bila dah masak sejukkan dulu dan baru lah dituang coklat topping ke atas kek.
CARAMEL CHOCOLATE TOPPING
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC
200 gm cooking chocolate di dadu - mieza guna brand berryl's
1/2 cawan gula pasir
2-3 sb air
1 sb golden syrup
200 gm butter
170 ml whipping cream
Cara-cara
1. Masak gula di dalam kuali hingga perang. Kemudian masukkan air dan kacau hingga pekat. Tutup api, tuang ke dalam mangkuk dan ketepikan.
2. Panaskan whipping cream hingga berbuih tepi, tak perlu tunggu hingga mendidih. Tuangkan whipping cream ke dalam caramel dan kacau sebati.
3. Masukkan cooking coklat dan kacau hingga cooking coklat lebur di dalam adunan caramel.Masukkan golden syrup dan kacau sebati.
4. Dalam mangkuk yang berasingan, pukul butter hingga gebu. Masukkan adunan coklat ke dalam adunan butter dan pukul lagi selama 2-3 minit.
5. Sejukkan dalam peti ais selama 15 minit sebelum disapu ke atas kek.
11 comments:
Happy B-day mieza.sendri b-day..sendiri buat.,..sendiri makan..ok la tu.Muga panjang umur dan happy selalu ya.
hepi besday kak mieza..semoga cpt sembuh dr sakit
Happy birthday to u Mieza...semoga dirahmati Allah selalu hendaknya..sedap tgk kek tu:)
Hppy b'day Mieza... & good luck... moga dipermudahkn segala urusan... sedapnya kek tuh...!!
ramai gak yg b'day jatuh 16hb yer...anyway ida nk ucapkan hepi birthdayu utk mieza..semoga panjang umur, murah rezeki segalanya..dan diberkati selalu olehNya
happy birthday mieza, moga hidup sentiasa diberkati Allah, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yg baik supaya bole masak sedap2 lagi.
First time dengar topping pakai chocolate caramel, mesti sedap ni...
happy besday mieza...semoga kebahagiaan sentiasa dalam hidupmu sekeluarga.semoga cepat sembuh dan berjaya atas apa jua yang dilakukan :)
Hello Mieza, many happy returns of the day. Happy birthday.
A birthday is just another 365 day trip around the sun, so put on your designer sunglasses, enjoy the trip.
You stay young, stay beautiful and keep a song in your heart.
Lee.
Happy Birthday Mieza cayangggg... moga cepat sembuh! Kak Amie pun nak belajar buat kek...biar pandai macam Mieza, nanti sambut birthjday boleh buat sendiri... he hehehhh
Assalamualaikum Mieza
maaf ya kak Nur terlewat dtg ke sini...happy belated birthday buat Mieza,moga sentiasa dlm lindungan Allah,dimurahkan rezeki,panjang usia serta bertambah keimanan dan berbahgia didunia dan akhirat.
Mieza mengucapkan terima kasih buat semua yang wish happy besday buat mieza..hihihi mcm bebudak je kan besday ada kek...semoga Allah panjangkan usia mieza untuk terus bersama kawan-kawan semua dan bertukar-tukar resipi :)
Post a Comment