Nak tahu mieza kursus apa? Mieza kursus Asas Fotografi...seronok sangat belajar capture gambar ni...maklum la selama ni mieza bedal je pakai auto mode je sebab tak reti hahahah..dan esok adalah sessi praktikal mengambil gambar di Cameron Highlands iaitu di MARDI untuk teknik macro dan portrait, di Bharat Tea Plantation untuk teknik Landscape, dan di Kea Farm untuk teknik Jurnal...memang mieza tak sabar..seronok...mieza nak bawa sekali anak sulung mieza yang darjah 5 tu since urusetia kata bas masih ada kosong...sambil berkursus boleh la beli buah strawberry sekali kan heheeh
Ok lah..enaf about photography classes heheh..jom tengok udang ni..sebenarnya udang ni mieza masak untuk makan dengan nasi jintan daun bay hari tu..simple je resepi ni tetapi insyaAllah tidak menghampakan

UDANG GORENG KARI
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC
Bahan-bahan:
8-10 ekor udang saiz besar
Sedikit garam kunyit
1 biji bawang besar - hiris bulat
3 biji bawang putih - cincang
1 inci halia - cincang
2 tangkai daun kari
2 sb mentega untuk menumis
2 sb sos tiram
2 sb rempah kari - bancuh dengan sedikit air
1-2 biji cili merah - hiris memanjang sepanjang 1 inci
Daun bawang - potong sepanjang 1 inci

Cara-cara:
1. Udang dicuci dan digaul garam kunyit.
2. Panaskan mentega dalam kuali dan goreng udang hingga masak. Angkat dan toskan.
3. Dengan menggunakan mentega yang sama, tumiskan bawang putih, halia dan daun kari hingga garing. Kemudian masukkan rempah kari dan masak hingga pecah minyak.
4. Masukkan pula sos tiram. Kacau rata.
5. Masukkan udang, bawang besar dan cili merah. Gaul rata di dalam sos kari. Sekiranya masih belum cukup masin boleh la ditambah garam tapi selalunya masin dari garam pada udang dan sos tiram sudah pun mencukupi.
6. Angkat dan hidangkan.
