Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Monday, November 28, 2011

Nasi Jintan Daun Bay

Salam tahun baru hijrah semua...semoga tahun depan adalah lebih baik dari tahun lepas insyaAllah...

Sempena cuti tahun baru hijrah ni mieza masak special sikit..ye la kan esok dah nak kerja tak sempat lak nak masak sedap-sedap..esok dah kompom dah masak nasi putih biasa dengan lauk simple-simple aje..ok lah tamau cakap banyak sebab hubby tengah tunggu nak kuar jap..mieza ajak dia survey display cabinet jap hehe



NASI JINTAN DAUN BAY
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan
4 cwn beras basmati (di basuh, rendam sekejap, basuh dan tos)

Bahan A:
5 biji bawang merah - dihiris nipis
4 biji bawang putih - dihiris
1 inci halia - dimayang
2 sk serbuk jintan putih - tumbuk kasar
2 sk ketumbar - dikisar halus
2 helai daun bay

Bahan B
4 sb minyak sapi
2 biji pelaga
1 inci kayu manis
2 bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 sk lada hitam

Bahan C
1 cawan sour cream
4 pot air (ikut jenis beras)
1 cawan susu sedar
2 biji cili merah - hiris buat
garam




Cara-cara


1. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan B hingga wangi. Kemudian masukkan bahan A dan tumis lagi hingga perang dan wangi.

2. Masukkan beras dan semua bahan C. Kacau rata.

3. Masak macam memasak nasi biasa. Bila dah masak boleh lah dihias dengan bawang goreng, gajus dan badam panggang, hirisan daun bawang dan sebagainya..mieza cuma tabur bawang goreng je sebab bahan lain tak ada heheeh

Nasi Jintan Daun Bay ni mieza makan bersama Limpa Jintan Limau Purut, Kerutuk Daging dan Udang Goreng Kari..untuk resepi lauknya nanti bila balik jap lagi mieza post kan ye...



enjoy Cooking !

12 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Mieza kat sini hujan...lapar la pulak jadinya.Ni dah bawa pinggan kosong ni.

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Mieza kulit wanton kak ros buat mangkuk tu boleh beli yang dah siap kat tesco ke giant ke atau mana2 supermarket.Yang mieza cakap canai tu ,yang dia buat yang basah,nak goreng boleh nak buat sop pun boleh.Insaalah ada masa nanti kak Ros buat dan post kan kat blog ya.

ucubakery said...

wah mieza sempat lagi tulis entry....en hubby tak berasap ke tunggu kat luar tu...
tengok resipi nasi ni mcm senang..tapi tak tahu bila la ucu ni rajin mempelbagaikan masakan nasi ni...

Amie said...

Mieza,
jangan lupa tulis resepinya... baca lauk limpa, kak Amie ada stoklimpa dalam peti ais...

iyelah Mieza.... seronokjadi surirumah sepenuh masa 3 hari, esok kakak pun kena ke sekolah juga... hu hu huuu...aktiviti masak2pun agak terbatas...

inahar ali said...

mieza cayang..piizza nak nasi jintan ppuun akak nak!! terliiur sehh!!

Mieza said...

@Kak Ros..kalau time hujan makanan yg paling best bg mieza ialah ubi rebus dan kopi o panas..waaaa sedapnya kak ros!

Oooo ye ke kulit wantan tu ada dijual di tesco..jakun betul mieza ni..nanti bebila ke tesco mieza nak cari juga la..nak wat basket mcm kak ros buat tu..TQ kak ros bg info..sayanggg kak ros!

Mieza said...

@Ucu..kebetulan hubby tgh sembang dgn jiran sebelah tu hahaha...selalunya kalau dia occupied mcm tu dia tak kisah kalau mieza terlambat kuar sikit ahakkksss

Mieza said...

@Kak Amie sayang...mieza ni jarang masak limpa..cuma pernah makan org lain buat jadi mieza buat ikut resepi sendiri..kalau tak sedap pada tekak kak amie mieza mintak maaf ye kak..:)

Ya Allah kadi full time house wife mmg syiok taknhingat tapi rasanya kalau dah jadi full time hw nanti mesti rindu nak kerja..bila dah biasa jumpa kekawan tetiba susah nak jumpa kekawan mesti rasa bosan huhuhuhu

Mieza said...

@Kak Ina..waaa awat lambat datang..semua dah abis..tapi tak per demi utk kak ina yang tersayang mieza rela buat lagi heheheh :)

Unknown said...

af1
timberland boots
adidas nmd
ferragamo belts
yeezy boost
michael kors outlet online
nike air zoom
yeezy boost
air jordan shoes
yeezy shoes
502

stisat said...

replica chanel bags ebay Bonuses j3u03i1g29 replica bags in china replica bags china free shipping find more o9d87x8y83 replica bags and shoes visit this site right here u3t23h7j87 replica louis vuitton bag replica bags cheap y2l21x9s28

tysoo said...

t0w78l9i57 s1j20t9b48 p3x47a3a61 y5v20j1k70 g8u63u1k55 h4q64z7r89

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...