Main Module
Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates
Adds
Calendar
Tuesday, November 8, 2011
Nasi Kabsa - Hidangan Aidil Adha hari ke 3
Assalamualaikum...baru balik kerja ke tu? Mesti sibuk kan banyak kerja yang tertangguh setelah a few days bercuti..mieza pun sama lah tu bila balik ke pejabat esok..hari ni mieza masih bercuti..jadi hari ni masak special sikit untuk hidangan keluarga...Nasi Kabsa..memula nampak resepi Nasi Kabsa ni di dalam majalah..tapi resepi nya ringkas sangat sampai mieza terkeliru kalau-kalau yang diceritakan itu nasi beriani..lalu mieza google kat internet..jumpa resepi ni kat umah Raidah..
Nasi ni memang sedap..dan mieza telah menambah rempah kurma, daun kari, susu dan kiub ayam serta sedikit halia untuk sesuaikan dengan tekak mieza
NASI KABSA
Source: Raidah
Source: Mieza @ WAWMC
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang - mieza cuma letak bahagian kaki, tengkuk dan kepak
3 pot/cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 minit, toskan
4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas
1 cawan susu - mieza tambah
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 inci halia - mayang, ni mieza tambah
2 tangkai daun kari - mieza tambah
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri - mieza guna tomato sup
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)
1 sudu besar rempah kabsa - rujuk bawah untuk resepi
2 sudu rempah kurma - mieza tambah
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya. mieza letak lemon biasa je
1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong, mieza degil jadi mieza potong juga heheheh
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, halia, daun kari, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.
2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa, rempah kurma dan goreng sebentar.
3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.
4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis, kiub ayam dan beras. Masukkan air panas dan susu secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.
5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul-betul masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.
Sos:
~ Kisarkan tomato, cili besar hijau, batang ketumbar, gula, garam dan perahan lemon kuning.
REMPAH KABSA
Bahan - bahan:
1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit
Cara penyediaan:
1. Goreng tanpa minyak bahan-bahan yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.
Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.
** Didalam resepi asal, halia dicampurkan sekali. Saya tidak masukkan halia sebab rempah-rempah diatas adalah kering dan boleh disimpan lama. Masukkan halia semasa nak msk makanan.
Nasi Kabsa ni mieza makan dengan Ayam Beriani..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
nasi mentega yang hari tu pon nani tak buat lagi...ada pulak nasi khabsa...adoi...
@Nani..tak per masuk dalam list dulu..bila ada masa nanti buat one by one..nasi ni mmg sedap nani..akak rekemen kan nani buat nanti bila ada kelapangan :)
Salam mieza...mmg nmpak best nasi ni, Liza pun nk masuk list dulu la resepi ni....thanx yer Mieza..
best dan mmg seronok untuk dicuba..jom kita try masak..tp saya rasa kalau saya masak tak sesedap air tangan kak mieza yang pro ni..
@LIza...masuk list lepas tu jgn lupa buat tau..isnyaAllah tak rugi mencubanya..
@Totie..belum cuba belum tau..entah2 totie punya lagi mengancam dari akak punya...akak pun main try and error je totie..selamat mencuba...nnt upload gambar ye..
Assalamualaikum Mieza,
sedapnya nasi kabsa...kak nur suker sekali...mmg sedap..kak nur pun pernah cuba resepi ini...terangkat beb!!
salam kak mieza:resepi udang goreng madu tu sedap sangat.. tambah2 makan dgn nasi panas...:)) emm dulu pernah nampak kat rumah2 orang lain pun dah cuba nasi kabsa ni ,, tapi wani pelik sebab x pernah dgr serbuk kabsa tu ... lepas tu bila tengok yg kak mieza punya ni ..kat bawah tu ooo rupanya ada cara nak buat serbuk kabsa tu ingatkan kena beli rempah yg siap.... emm blh cuba la nanti .. tapi sekali tengok mcm nasi beryani pun ada......mesti sedap
@Kak Nur..nasi mmg sedap kan kak nur..mieza definitely akan buat lagi next time :)
@Wani..memula akak pun igt kan ada jual rempah kabsa ni mcm rempah beriani tu..ye la kan sebab tak pernah lak ternampak rempah ni di pasaran...lepas cuba nasi ni..memang akak akan buat lgi :)
Post a Comment