Sedap nama puding ni kan..Puding Balqis...dari mana nama tu datang, i've no idea..tapi dah ramai yang mencuba puding ni, may be sebab dia senang nak buat dan warnanya yang boleh digunakan mengikut color apa yang ada kat umah...dan rasanya yang sedap..sesedap namanya..anak-anak suka puding ni...Adnin memang suka puding yang ada rasa coffee (ni mieza cilop idea Ita Masam Manis)...Wawa pula suka sebab puding ni basically puding buih sebenarnya...encik hasben??? Jangan tanya dia if he likes this pudding coz he never will..dia tak gemar puding puding ni..katanya emmmm tak syedap! The only pudding yg dia suka is puding kastard jagung..but too sad, he's allergic to corn...nanti dia sakit perut...so he alwiz passed the pudding...he will go straight away to main course...that's him..my beloved hubby he is!
Sebenarnya dah lama teringin nak cuba resepi ni tapi asyik bertangguh je..finally semalam masa fikir-fikir nak buat dessert apa for iftar...mieza ternampak puding ni ditayang dengan penuh kecantikan sekali di dapur Masam Manis...terus mieza tak tahan dan pinjam idea Kak Ita untuk letak perisa coffee dan coklat...tapi mieza buat 2 layer je...mieza skip perisa vanilla...i bet kalau 3 flavor macam Kak Ita buat lagi besh!
PUDING BALQIS
resipi : K.Nor@SecubitGaram
sumber : Azlita @ Masam Manis
1 paket agar2 serbuk (10gm)
450ml air
150ml susu cair
2 biji telur gred A
5 sudu besar gula pasir
3 sudu besar butter
1 sudu teh esen vanila
pewarna mengikut citarasa masing-masing - mieza guna pewarna white coffee untuk layer yang lite brown tu dan coklat emulco untuk kaler coklat
Cara-cara:
1. Masakkan serbuk agar-agar dgn air dan gula hingga mendidih dan masukkan butter dan susu cair. Masak lagi hingga mendidih sambil dikacau.
2. Masukkan vanila dan padamkan api. Biarkan seketika (lebih kurang 15 - 20 minit) sehingga agar- agar suam-suam panas.
3. Pukul telur hingga betul-betul kembang (buang tali pusat telur utk menghilangkan bau hanyir telur) dan masukkan adunan agar-agar ke dalam bekas berisi telur tadi dengan perlahan-lahan. Kacau hingga sebati.
4. Bahagi adunan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna yg disukai. Kacau hingga serata warna adunan puding tadi.
5. Sendukkan adunan puding ke dalam bekas atau loyang secara selang seli hingga habis. Untuk meletakkan lapisan yg kedua tu pastikan diletak perlahan-lahan di bahagian tepi dan jgn dibahagian tengah supaya ia tak terus masuk dalam lapisan yg pertama.
6. Sejukkan dalam peti ais sebelum menghidang.
6 comments:
lawa puding kak mieza.. akak guna telur gred A ye.. tingin nak try. tapi telur tak de A yang ada B je..
salam mieza.. puding ni k.nor bg nama sempena nama anak dara k.nor nur aisyah balqis.. sbb masa mula2 try puding ni, dia suka sgt dgn rasa dan tekture puding ni.. so tu yg timbul nama puding balqis :)
mekasih sudi try resipi ni.. cantik mieza buat, dgn perisa kopi cam ita :)
dah ramai yg cuba resepi ni...tp sy masih lagi ketinggalan...entah bila la nk cuba...tengok irang lain buat, cantik aje...
@izah
kak mieza guna 2 biji telur B dan sebiji telur C (kebetulan ada sebiji dlm peti ais)...sedap puding ni izah..leh improvised letak apa2 flavor yg digemari :)
@ Kak Nor
Ooohhh dari situ dtgnya namanya...cantik nama anak dara kak nor..dah lama nak buat asek dok tgk kak nor buat..tp tak menjadi je...bila ita tayang tu mieza terus rasa tak tahan..tu yg buat juga..
TQ kak nor sudi share resepi..u r d beshhhhh!
@ nani
Tak per nani..masuk waiting list dulu..pastu buat pelan2...lelama habis semua resepi dlm waiting tu dibuat...rajin nani masak..malu akak dgn nani yg masih muda :)
Post a Comment