Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Thursday, August 11, 2011

Nasi Mentega and the Gang - Iftar hari ke 11

Dua hari ni kan adik ipar bujang mieza bertandang ke umah dari Alor Setar..jadi hari ni mieza masak nasi tumis untuk dia..the very simple nasi tumis iaitu nasi mentega..and the gang of course..juga simple simple je sebab tak larat..badan ni fenat betul a few days ni..honestly mieza cakap pukul 9 pm mieza dah padam..sambil dodoikan baby mieza pun sama-sama Zzzzzzzz...

Jadi untuk meraikan kedatangan adik ipar, mieza maka masak la special sikit hari walaupun tak semeriah kalau hari cuti...bayangkan lah mieza masak semua ni dalam masa 1 jam 15 minit..macam lipas kudung haaaa kat dapur tu...sib baik la hubby tolong juga...dia tolong kacau apa yang patut dan tolong gorengkan ayam...yang mana dia reti buat...tu pun dapur ada 3 penunu je..kalau ada 4 agaknya semua 4 penunu mieza masak serentak..satu masak bubur..satu masak kari..satu lagi tumis nasi..lepas tumis nasi goreng lak ayam..hihihi tapi walaupun fenat happy gitu sebab semuanya makan dengan berselera...nasi mentega ni resepi mieza sendiri..the simplest one!



NASI MENTEGA
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:
4 pot beras basmathi - cuci dan tos
air - sama banyak dengan beras
3 sb mentega - mieza guna buttercup
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
2 inci halia - mayang
1 cawan susu cair
2 helai daun pandan - disimpul
1 sk garam

Cara-cara:


1. Panaskan butter dalam periuk, tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga wangi.

2. Masukkan beras dan dikacau seketika. Masukkan air, susu, daun pandan, dan garam. Tanak seperti memasak nasi biasa.

3. Bila nasi dah masak, gembur-gemburkan nasi dengan menggunakan senduk.

4. Hias nasi dengan bawang goreng, kismis, gajus, dan sebagainya. Mieza tak letak sebab malas hehhehe...

....makan bersama Kari Daging Kerisik...resepi boleh klik sini...



...dan Kam Heong Chicken...recipe boleh tengok kat sini dan kat sini juga



...dan dessertnya..Bubur Pulut Hitam..permintaan Adnin...recipe jom tengok sini



PLEASE KEEP COMING BACK ^__^

8 comments:

Nuwairani said...

uih! sedapnya nasik + lauk2 tu. Pakej lengkap! kak mieza, kalau guna beras biasa, bukan basmathi boleh ke? hihih...nmpk mcm simple je resepi ni...

Antan Bertingkah said...

Banyaknya masak... sedap2 semua...ingat kecik2 dulu selalu makan nasi panas2 yang digaul dengan marjerin jer...

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum mieza..
wah meriahnya lauk2 tu mieza.. nasi mentega pasti sgt sedap kan mieza... lama dah akak x buat nasi mentega.. anak2 suka makan

Mieza said...

@ nani..
guna beras biasa pun ok dik..tak der problem..akak ni kebetulan beras basmathi ada..tu yg pakai beras tu..kekadang akak bedal je pakai beras biasa..selamat mencuba :)

Mieza said...

@ kak yus..
tak der banyak sgt kak..cukup sekadar nasi, satu berkuah, satu lauk kering dan dessert hehehe..byk laku bisnes kak yus kan..mieza tak teror buat kuih raya huhuu

Mieza said...

@ kak diana..
W'salam kak diana comey..ini nasi mentega versi simple kak..sebab nak cepat hiihihi..jd working mother mcm gitu la..terkejar2 kat dapur mcm lipas kudung uhukkkss...bibik tak der

suzane said...

teruja nya...nak cuba buat le..weekend nie..tapi anak2 buka posa tak nak makan nasi..yummy le mieza+ayam tu mengancam betul

Mieza said...

@ suzane cayangggg..
ayam tu memang yummy..sedap..suzan boleh cek recipe dah ada mieza letak...kalau suzan nak letak dada ayam pun boleh..hiris nipis-nipis...sedap suzane..u won't regret it..

owhhh terbalik dgn anak2 mieza mesti mau nasi juga..hubby pun kena nasi gak..mieza berbuka tak kisah kalau mkn mee tp bersahur mesti nak nasi :)

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...