Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Wednesday, June 29, 2011

Bihun Goreng Telur Gulung



Selamat pagi semuaaaaa...dah bekfast? Pagi ni mieza nak tayang bihun goreng telur gulung..hehehe sebenarnya tak der lah special mana pun bihun ni..bihun goreng biasa je cuma mieza suka tabur telur gulung kat atasnya jadi nak suh bunyi komersial skit letak la nama sedemikian...bihun ni idak la digoreng pagi ni..pagi ni masih lagi outstesen di Bangi...



Kat umah ni memang ramai penggemar noodle, tak kiralah bihun ke, mee ke, spaghetti ke, janji noodle..Wawa lah yang paling minat..dia tu memang minat makan, different sungguh dari kakaknya yang makan memilih...tapi bila goreng bihun mesti selalu gaduh-gaduh dengan encik suami sebab dia suka bihun goreng basah, mieza pula suka bihun goreng kering kering...huhuhu kena lah buat 2 batch..tukang masak gak yang fenat!

Pagi ni layan gambar dulu ye..dah kul 715am..nak kena turun breakfast coz sat lagi kursus start at 830am...fasi kata sapa lambat kena buat belly dance..kang mieza belly dance kang semua orang ngigau seminggu lak ahakkksssss

Plis come back for the recipe ya! TQ!

Resumed @ 1.15pm
Alahaiiii baru boleh blogging balik..dah lunch ke semua tu? Nak cakap kan, ok juga makanan kat Residence Hotel Uniten ni..kenyangnya..burpppp! Banyak choice betul sampai mieza tak makan nasi..ehhhh nasi kat umah pun leh makan kan..kita makan yang susah nak makan kat umah..kekonon nak diet la kan tak makan nasi, tapi makan lauk dan benda benda lain tu kuantitinya laaaaagiiii banyak dari makan nasi..huhhhhh kelautttttttt dietku!

Ok, enough the talking, jom tengok resepi..


BIHUN GORENG TELUR GULUNG
Recipe: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:
1 bungkus bihun - direndam
1 ikat sawi - potong dan asingkan batang dan daun
Kicap manis dan masin secukup rasa
3 camb Sos tiram
3 camb sos cili
1 sk lada sulah

Bahan lauk:
1 cawan isi ayam - hiris nipis
10 ekor udang basah
1 paket fish ball - potong bulat

Bahan kisar:
3-4 biji bawang putih
5 biji bawang merah
1 biji bawang besar
5-6 tangkai cili kering

Bahan telur gulung:
3-4 biji telur
1/2 camt garam
Minyak untuk meleser pada kuali

Bahan hiasan:

Bawang goreng
6 biji limau kasturi - belah 2
2-3 biji tomato - hiris
Minyak untuk menumis
Hirisan cili api
Daun bawang dan daun sup
Cili merah dan cili hijau - hiris


Cara-cara:


1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga garing dan pecah minyak. Masukkan bahan lauk. Masukkan ayam dulu sebab ayam lambat empuk.

2. Bila ayam dah empuk masukkan udang, fish ball, dan batang sayur sawi. kacau seketika hingga bahan lauk masak dan batang sawi empuk.

4. Masukkan sos tiram, sos cili, dan kicap. Kacau rata. Kemudian masukkan bihun yang sudah direndam. Gaul hingga sebati. Rasakan masin dan manisnya.

5. Akhir sekali, masukkan sayur bahagian daun dan dikaup terbalik. Masak biar daun layu saja. Tutup api dan sedia untuk masak telur gulung.

6. Ambil pan tahan lekat (non-stick pan). Leserkan dengan sedikit minyak. Telur dipecahkan dan dipukul sedikit bersama garam. Sendukkan sesenduk adunan telur dan dadar nipis di dalam pan. Bila telur dah masak, angkat dan gulung, kemudian hiris nipis seperti dalam gambar.

7. Semasa menghidang bihun goreng, taburkan bahan hiasan dan juga telur gulung hiris.


6 comments:

ijayuji said...

Salam kak!kita mmg cair betul kalau org masak bee hoon sbb kita antu bee hoon! hihihi...apa pun lah kalau ada bee hoon mmg suke! mee hoon soup ke, mee hoon goreng ke, mmg kitalah org yg paling bahagia kalau ada menu bee hoon :D

CT Delima said...

As'salam Mieza

sedap ni menu bihun goreng, lama juga tak buat untuk anak2 kat rumah. ni yang macam nak masak jer sok pagi ni..hihihi

Amie said...

assalam Mieza,
di mana-mana pun, asalkan ada mee hoon... mesti menu itu dulu yang kak amie ambil, mee hoon memang sedap! kalau masak di rumah, anak2 siap pesan mesti buat lebih sikit....

Mieza said...

@ika
akak alwiz vote for bihun sup or bihun soto..alamak ngidam bihun sup la pulak..ini ika la punya pasal pi sebut huhuhu nak kena mengesup gak la..heheh

Mieza said...

@kak CT,
Nnt bila dah masak esok hantor ke Tg Malim sepinggan ye kak! Nak jugakkkkk!

Mieza said...

@ kak amie
anak2 kak amie tu leh kawan dgn anak mieza yg tgh tu..suka benor dgn mihun..nak tgk bihun goreng versi kak amie pulak :)

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...