Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Wednesday, June 15, 2011

Apam Mentega Gula Hangus



We meet again! How are u guys doing? Tengah dinner ke tengah baring-baring depan TV tu? I had a very long day..fenat sungguh...ini kes Baby Umar sakit mata...tak mau la hantar umah babysitter sebab babysitter pun diserang sakit mata yang teruk sekali..so i left him with my mum..yang dah tak larat...dan tak berani nak mandikan baby, takut terlepas dari tangan katanya...jadi 730am pegi opis (which located 12 km from my house), send Wawa to tadika, then 930 am balik umah mandikan Umar, 1030 am drive back to the office as i had a class at 11 am...at 12 noon kuar amik wawa kat tadika then sambung balik masuk kelas...1pm kelas abis, drive home to send Wawa to her grandmum..215 pm drive back to the office as i had to attend an academic meeting at 3 pm..meeting ended at 530 pm...drive and reached home at 6pm..fuhhhhh fenat nyer....



Sampai umah at 6 pm aku starving to death! Mula la selongkar pantry nak masak apa..memula nak buat kek gula hangus..tapi kek tu kena perap 3-4 jam dulu before baking..eventually i decided nak buat apam ni which i found earlier at Kongsi Resepi..boleh la kan alas perut till dinner..



Sedap apam ni..tak rugi mencuba..tapi aku buat 1/2 the batter je..coz dah petang and buat for tea..dapat la around 30+ biji apam..kalau buat pagi boleh la buat satu adunan penuh coz boleh makan ulang-ulang sampai petang...tapi anak komplen pula buat 1/2 adunan coz katanya nak bawa bekal pegi school esok...tak per la kakak, len kali mama buat lagi ye apam ni



Resepinya aku songlap dari dapur Sue..selamat berkenalan ye sue..sedap apam ni...terima kasih sudi kongsi resepi...tapi resepinya aku alter sikit tang gulanya..dan aku tambah butter emulco supaya rasa mentega tu lagi ummmphhhhh!




APAM MENTEGA GULA HANGUS

Source: Sue @ Suealeen's Kitchen
Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan untuk gula hangus:

1 cawan gula pasir - aku kurangkan jadi 3/4
1/2 cawan air
125 gm mentega


Bahan-bahan untuk apam:

1/2 cawan gula pasir - aku guna gula kastor
2 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 camt butter emulco - ini aku tambah
*1 1/2 cawan tepung gandum
*1/2 sudu teh soda bikarbonat (*diayak bersama)
200 ml susu cair


Cara-cara:

1. Cara membuat gula hangus: Masukkan gula dalam periuk, masak dengan api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang. Padamkan api, dan masukkan air. Nyalakan api semula dan kacau sehingga semuanya larut. Masukkan mentega, kacau rata dan ketepikan.

2. Pukul gula, telur dan esen vanilla sehingga kembang dan masukkan gula hangus yang masih panas tadi. Terus memutar tanpa henti.

3. Kemudian, masukkan susu sambil diselang-selikan dengan tepung. Gaul sehingga sebati.

4. Panaskan pengukus dan acuan kuih/kertas cawan. Tuangkan adunan ke dalam acuan. Boleh dituang penuh kerana bila ia masak adunan tidak akan melimpah.

5. Kukus apam ini selama 10-15 minit atau sehingga masak. Setelah masak, sejukkan seketika dan sedia untuk dihidangkan.


2 comments:

izahdaut said...

Saya pun sik duk jengah ke resepi apam ni. Kalau sedap leh la buat. Memang apam ni tak naik tinggi ke kak? Uisshh penat nyer saya membaca jadual akak rini. Tu baru baca, tak rasa letihnya betul2 tu. Larat lagi buat apm. Solute betul. Kalau saya dulu dah tak larat dah nak buat kuih bagai.

Mieza said...

@izah
mmg fenat izah, tapi lapar punya pasal..buat la gak..lg pun ada anak dara yg std 5 tu tolong..dia la yg tolong letak batter dalam acuan dan tolong kukus while akak solat etc..apam ni boleh letak penuh izah, dia tak melimpah..sedap sgt..nnt nak wat lg utk bekal anak skolah :)

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...