Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Tuesday, June 28, 2011

Gulai Ikan Talang dengan Nenas - Utara punya style



Hiiiii dah lunch ke semua? Hari ni tak pergi kerja coz petang ni nak outstesen ke Bangi..jadi hari ni travelling day..bestnyer tak yah pergi kerja..hari ni pagi-pagi lagi lepas hubby ke opis dan anak-anak ke school aku pun pergi pasar, beli ikan talang coz memang dah berapa hari dah mengidam nak makan gulai ikan talang dengan nenas..nenas ni pun hasil songlap bakul hantaran pengantin dari penang last weekend..kalau tak masak hari ni risau pula takut nenas ni rosak..sebab kalau tak masak hari ni, hari khamis nanti la baru aku berdating dengan dapur idaman aku tu..

Hasilnya..emmmm sedapnya menu ala kampung hari ni..gulai ikan kering ni, ikan pekasam goreng dan ayam goreng kunyit je..tapi selera nya mak aihhhhh memang terbuka sungguh!



Ok lah..hari ni tak leh cakap banyak-banyak sebab beg pun tak isi pagi..laptop pun tak masuk bag lagi..jap lagi pukul 3 dah nak bertolak ke Bangi...huhuhuhu sedihnya nak berpisah dengan Baby Umar..belum pernah berpisah lagi dengan dia ni..mesti rindu giler tido malam ni tak peluk dia huhuhuhuhu


GULAI IKAN TALANG DENGAN NENAS
Recipe & Source: MIL

200 gm ikan talang masin - mieza akan ambil part tulang dan sedikit part yang ada isi. Yang tulang tu lagi sedap.
1/2 paket kecil rempah kari ikan kering - aku guna 'Cap O'
1/2 biji nenas madu - kupas kulit, buang matanya, dan dihiris nipis
2 ulas bawang merah - tumbuk lumat
5 ulas bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
3 camb minyak masak
Semangkuk santan pekat


Cara-Cara:

1. Ikan kering dipotong kecil, basuh dan ditoskan

2. Rempah kari dimasak dengan 1/2 cawan air hingga masak dan garing.

3. Bila rempah dah garing, masukkan santan, bawang tumbuk, ikan kering dan nenas. Kacau selalu, kalau tak nanti santan berketul.

4. Bila dah mendidih, rasakan masin manisnya. Selalunya gulai ini tak memerlukan garam kerana ikan masin memang dah masin, dan manis nenas madu tak memerlukan gula lagi. Jangan biarkan santan mendidih lama takut pecah minyak. Sekali mendidih je dah cukup. Boleh tutup api.

5. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang yang dimayang hingga garing dan baunya emmmmm harummmmm sangat. Bila dah garing masukkan bawang goreng ni, sekali dengan minyaknya ke dalam gulai ikan kering tadi. Ini dinamakan tumis darat. Wangi dan sedap sangat gulai ikan kering kalau tumis darat macam ni.


2 comments:

Amie said...

adeeehhhhh....ini salah satu resepi kegemaran kak amie, kalau tambah sambal belacan tu,bila lunch peluh2....

Mieza said...

@ Kak Amie
Mieza kan kak, kalo mkn ni siap bertambah2 nasinya..mcm mana la nak diettttt? next time mieza nk cuba resepi kelantan lak..lain skit caranya letak lengkuas..

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...