Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Thursday, May 12, 2011

Almond Carrot Cake

Jenguk-jenguk dalam peti ais nampak ada carrot 1/2 batang lebih letak dalam sup ayam kelmarin..timbang-timbang cukup untuk buat kek carrot..ok juga kalau buat kek carrot for tea...nak buat choc cake tunggu weekend lah..sebab semalam dah penat..kalau buat choc cake kena wat topping etc banyak kerenah..bebudak umah ni kalau kek choc tak der topping tak besh katanya...wat kek karot ni tak yah wat topping..kalau rajin buat le..

Sekali bila dah siap Adnin tak suka..katanya "kakak tak suka kalau kek tu ada sayur (karot) kat dalam nya walaupun dah parut" haissyyyy susah betul nak bagi yang sorang ni makan sayur..dah parut pun tanak juga..sian dia tak der apa nak makan..ye lah lain kali mama masak kek cekelat je la untuk kakak...wawa tak cakap banyak..dia makan aja apa yang mama hidang..senang dengan dia ni..










ALMOND CARROT CAKE

Recipe: Majalah Sedap Bil 4
Source: Mieza@WAWMC


Bahan-bahan:
150 gm butter
50 gm gula merah
50 gm gula castor
3 biji telur
150 gm tepung gandum - ayak
50 gm serbuk badam
1 camt rempah campuran (khas untuk kuih)
1/2 camt baking powder - ayak
25 ml susu cair
75 gm lobak merah - parut halus
1 camt vanila


Cara-caranya:


1. Pukul mentega dengan gula merah dan gula pasir hingga benar-benar lembut. Masukkan telur satu per satu berselang dengan sebahagian tepung.

2. Masukkan baki tepung gandum, serbuk badam, rempah campur dan serbuk penaik bersilih ganti dengan susu cair sambil dipukul perlahan. Masukkan lobak merah dan dipukul rata.

3. Tuang ke dalam loyang pembakar. Bakar pada 180'C selama 30 minit atau hingga masak.

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...