Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Friday, May 6, 2011

Rich Strawberry Puding - Sejukkkk je kena kat tekak

Haishhhh panas sungguh hari ni..sampai basah baju..badan pun dah 'wangi' semacam je..tak tahan lah kena gak cari something sejuk gak untuk tekak ni..kebetulan strawberry filling yang beli kat Bagus Shah alam last weekend ada lagi..kita buat puding lah hari ni..

Anak-anak suka sangat dengan puding ni...siap puji mamanya terer masak puding..satu adunan ni sekejap je abis..tak sempat sejuk betul dalam pati ais..len kali kena buat dua adunan lah..aku makan puding ni dengan susu ideal sejukkkk...memang sedap sangat! Tak rugi sesiapa yang mencubanya. Resepi asal ialah resepi DayangJack..tapi dia buat blueberry puding..aku dah ubah suai jadi puding strawberry mengikut apa yang available dalam pantry dan fridge aku hehehe


Puding strawberry 3 beradik..menunggu untuk menyejukkan tekak tetamunya...





Siram dengan susu ideal sejukkk..



Now you see it.............now you don't.........




RICH STRAWBERRY PUDDING
Original recipe; Dayangjack
Modified recipe : Mieza @ WAWMC


Bahan-bahan:
10 gm agar-agar serbuk - aku pakai brand swallow globe
1/3 cawan strawberry - dicincang -kalau boleh dapatkan yang fresh, aku guna strawberry filling
1/2 cawan gula
4 camb susu pekat
200 ml air
500 ml susu segar
1 camb mentega
1 camt strawberry paste
2 camb tepung kastad + 2 cam air


Cara-caranya:

1. Campurkan air dan agar-agar dan dididihkan hingga larut.

2. Masukkan susu segar dan susu pekat dan dikacau sebati.

3. Masukkan bahan-bahan lain dan dikacau hingga pekat.

4. Tuang dalam acuan yang digemari. Sejukkan dalam peti ais.

5. Tuangkan susu cair ideal yang telah disejukkan dan juga topping strawberry semasa menghidang.


Sedappppp! sejukkkk je anak tekak!

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...