Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Saturday, May 7, 2011

Devil's Food Red Velvet Cake - As red as my mother's heart....

Finally siap gak RVC aku..dah lamanya bahan-bahannya menanti untuk aku beat and bake..akhirnya hari ni siap gak..ini pun aku geram ina koalajepong buat aku pun nak buat gak la...haishhhh! Buat RVC sempena mother's day esok..special dedicated to my beloved mother..Happy Mother's Day mak..semoga mak panjang umur dan sentiasa di dalam barakah Allah SWT...terima kasih kerana melahirkan anakmu ini...I love u with all my heart...

Alhamdulillah, semua orang dalam rumah aku suka..mak yang tak berapa gemar kek pun suka sangat dengan kek ini...berbaloi aku buat..tapi hari ni aku cuma buat separuh adunan je..sepatutnya buat 1 adunan penuh yang dibakar dalam dua bekas yang sama saiznya..then bila masak di alas dua dan diletak cream cheese di tengah-tengahnya, baru lah dicover dengan semua cream cheese..kalau tak mau bakar dalam dua bekas boleh bakar dalam satu bekas sahaja then dipotong dua..tapi aku bab potong memotong ni aku fail skit...resepi asal dari joyofbaking buat 4 layer..ada yang buat dalam cup..ingat len kali nak buat dalam cup la pulak!


A slice of RVC for your eyes.... :)




RVC dah masak tapi belum letak topping..



Dah letak toping...tapi aku memang tak reti bab nak decorate kek...smudgy gitu..dah la aku tak der nozel yang sesuai...huhuhuh



Part toping aku yang aku rasa paling kemas...



Dah kena potong...



Bagi nampak terang sikit...



And one slice for me...



Half is gone already!



Resepi ni aku kopipes je lah ye...malas nak taip..aku buat 1/2 adunan je..sedang elok elok je sekali ngap dah abis!

DEVIL'S FOOD RED VELVET CAKE
Sumber : Joyofbaking & Koalajepong

Bahan-bahan :
250gram @ 2 1/2 cawan tepung kek
3 sudu besar serbuk koko van hauten
114gram @ 1/2 cawan mentega
300gram @ 1 1/2 cawan gula kastor
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
240ml @ 1 cawan buttermilk - jika tiada, ikut cara di bawah
1 1/2 sudu besar pewarna merah
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil soda bikarbonat


Cara-caranya :


1. Cara penyediaan buttermilk : Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15 minit sehingga susu jadi agak pekat..

2. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius.

3. Ayak tepung kek dengan serbuk koko.

4. Pukul mentega selama 1-2 minit hingga lembut.

5. Masukkan gula dan pukul hingga ringan (lbh kurang 2-3 minit).

6. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.

7. Kemudian masukkan esen vanila dan pukul hingga sebati.

8. Dalam bekas lain, satukan buttermilk dengan pewarna merah. Kacau hingga sebati.

9. Dengan kelajuan perlahan, masukkan tepung dan buttermilk secara berselang seli ke dalam adunan mentega sebanyak 3x (tepung,buttermilk, tepung, buttermilk, tepung).

10. Dalam bekas lain, satukan cuka dan soda bikarbonat hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balik hingga sebati.

11. Tuang adunan kek ke dalam acuan yang digris dengan butter terlebih dahulu. Bakar selama 30 - 40 minit (bergantung kepada oven masing-masing).

12. Apabila cake masak, sejukkan dahulu. Kemudian boleh hias dengan cream cheese frosting.

13. Taburkan sedikit kek ke atas cream cheese frosting.



CREAM CHEESE FROSTING

Bahan-bahan :


226 gram cream cheese
1/2 sudu kecil esen vanila
60 gram gula ising (diayak)
160 ml whipping cream
1 sudu kecil susu segar

Cara-caranya :

1. Pukul cream cheese hingga kembang.

2. Masukkan gula ising. Pukul hingga lembut dan warna bertukar menjadi putih.

3. Kemudian masukkan susu segar dan esen vanila. Pukul hingga sebati.

4. Masukkan whipping cream dan pukul hingga frosting is thick enough.

5. Bleh deco atas cake dengan memasukkan cream cheese frosting ke dalam paper bag beserta saiz nozel yg sesuai.

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...