
Jadi hari ni tak leh masak yang remeh-remeh untuk bekpes..kena buat yang paling senang dan cepat...decided nak masak pasta je lah..buka pantry cuma ada macaroni, spageti dan spiral..ingat nak buat penne..emmm ganti je lah penne dengan spiral...

Resepi ni dapat semasa membaca majalah Sedap Bilangan 19..dia masak penne..tapi aku tak der penne..boleh aje diganti dengan mana-mana jenis pasta..no harm..nak masuk tekak kita juga kan...pastu ada la aku ganti dengan bahan-bahan lain mengikut apa yang ada dalam peti ais aku..resepi asal pakai daging burger..aku tukar kepada sosej ayam...dan aku tambah daun pudina...bagi rasa mint gitu..wawa makan banyak sangat!

SPIRAL SCRAMBLE EGG
Resepi : Majalah Sedap (19)
Sumber : Mieza@WAWMC
Bahan-bahan:
3 biji telur
1 camt garam
1/2 camt serbuk buah pala
1/4 camt serbuk lada sulah
100 ml susu segar
4 camt Parmesan cheese
1/2 biji bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
1/4 biji capsicum - dadu
2 batang sosej ayam - hiris serong, aku pakai smoke chicken frankfurter brand tesco
100 gm spiral - rebus hingga empuk
2 camb mentega untuk menumis
3 tangkai daun pudina
Cara-caranya:
1. Pukul ringan telur, garam, serbuk lada sulah, dan serbuk buah pala. Masukkan susu dan dikacau rata. Masukkan parmesan cheese dan dikacau rata.
2. Panaskan kuali non stick. Cairkan mentega dan tumis bawang besar, bawang putih dan capsicum hingga garing. Masukkan sosej dan dimasak hingga sosej masak. Masukkan spiral. Kacau rata.
3. Tuangkan campuran telur. Kacau sesekali sehingga telur berbutir kasar seperti scramble egg. Jangan mengacau terlalu kerap supaya telur tetap berbutir dan tidak terlalu hancur.
4. Rasakan garam gula dan masukkan daun pudina. Kacau rata.
5. Angkat dan hidangkan bersama minuman kegemaran.
Sesekali bekpes gaya Italy apa salahnya kan..tukar selera..tak ler makan roti telur je heheheh
No comments:
Post a Comment