Second time buat apam ni..kali pertama bantat ahakkkssss...aku rasa sebab aku tak beat telur sampai betul-betul gebu..peringatan untuk aku len kali kena betul-betul gebu telur tu baru masuk tepung...sonok sangat apam naik dan gebu..sedap sangat..macam kek chiffon gitu kat dalam nya...(hmm entah bila nak wat kek chiffon)...satu adunan yang aku buat ni dapat 28 biji saiz acuan aku..Wawa suka sangat! Sedap katanya! Cuma yang malas tang nak penyetkan kelapa parut dalam mould..huh malas tul sebab lambat...kalau leh rasa macam nak kukus bater jer..pastu kelapa tu tabur je macam apam lain...kakakaka tu versi orang pemalas tahap gaban la tu...
Resepinya aku ambik dari dapur Kak Nor Secubit Garam...resepi asal dari buku apam kak anymz. Tapi aku dah cut down content ingredient to 1/2. Tamau la buat banyak-banyak sebab family aku kecil je..resepi yang kompom jadi! Sangat puas hati!
Apam Puteri Ayu dan segelas kopi for breakfast..
The bater that produce 28 apams..(my mould)
Apam puteri Ayu yang sungguh ayu!
Sehidang boleh habis sekali ngap! (Kes buruk lantak ke??? Ahakkksss)
APAM PUTERI AYU
(for 28 apams..depends on the mould size)
Bahan-bahan:
2 biji telur gred A
125 gm tepung gandum
135 gm gula kastor
1 camt ovalette
1 camt baking powder
125 ml santan pekat
1/2 camt pewarna hijau
1 camt jus pandan
1 mangkuk kelapa muda parut - ambil putihnya sahaja
Secubit garam
2 camb tepung ubi
Cara-caranya:
1. Didihkan air dalam pengukus.
2. Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.
3. Kelapa parut digaul dengan tepung ubi dan garam. Ketepikan.
4. Dengan menggunakan mixer pukul telur, gula dan ovallete hingga betul-betul kembang dan gebu dan warnanya bertukar menjadi putih.
5. Masukkan tepung dan baking powder ke dalam adunan telur secara berselang seli dengan santan. Pukul sebati. Tak payah pukul lama-lama sangat.
6. Masukkan jus pandan dan pewarna hijau dan kacau sebati. Matikan mixer.
7. Ambil acuan, oleskan dengan sedikit minyak. Ambil kelapa parut dan penyetkan ke dasar acuan.
8. Sendukkan adunan apam dan tuang ke dalam acuan. Kukus selama 5-7 minit dengan api sederhana.
9. Semasa mengukus alaskan tutup pengukus dengan kain kasa supaya wap tidak menitik ke atas apam.
10. Sesuai untuk breakfast ataupun minum petang. Gebu sangat!
2 comments:
mieza...suzane try this recipe....tak naik u...bantat...pas tu ingat2 balik barule tersodar salah letak...patutnya baking powder tapi suzane pi letak soda bikarbornat..hhhmmm
laaaa siannya kat suzane tersilap bp dgn sb..cuba lagi suzane jgn serik...kak atie dh cuba jadi gebu gitu..ingat tau pukul telur sampai kembang putih gitu..kukus 5 minit je...mieza suka apam ni..sodappppppp! cuma malas tang nak penyet kelapa dalam acuan tu huhuhuhu
Post a Comment