Udang galah...sedapnya!
Semalam pergi pasar malam Tg Malim...ada jual udang ni kat satu gerai ni..tak banyak dan tak lah besar sangat..tapi rasanya dah bosan nak makan udang bela..bila jumpa udang ni keterujaan nya lebih la sikit...rindu sangat nak balik Alor Setar nak pergi pasar Senayan (pasar minggu ari Isnin) kat Pekan Langgar...banyak sungguh orang jual udang segar..macam-macam ada, cuma sedia pitis je!
GULAI UDANG DAN TIMUN
Bahan-bahan:
8 ekor udang galah - cuci
1 biji timun - kupas kulit dan potong memanjang sepanjang 2.5 inci
Minyak untuk menumis
1 mangkuk santan untuk kuah
2 keping asam keping
Bahan kisar:
3 biji cili kering
2 cm halia
2 cm lengkuas
1 cm kunyit hidup
1 camb ketumbar biji
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga garing dan pecah minyak.
2. Masukkan santan, udang dan asam keping. Masak hingga kuah mendidih.
3. Kemudian masukkan timun, garam dan gula dan reneh kan seketika hingga timun lembut (tapi bukan benyek tau)
4. Angkat dan hidangkan dengan nasi putih.
**** Timun boleh diganti dengan belimbing buluh. Jika letak belimbing buluh jangan lagi diletak asam keping. Juga boleh ganti dengan batang keladi. Sedap sungguh!
No comments:
Post a Comment