Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Friday, December 12, 2008

Sayur Pisang Lemak


Finally, setelah berbulan post gambar je, dapat gak hari ni post resepinya pulak. Gulai pisang lemak ni memang aku suka makan. My mom pun suka. Kalau masa kecik-kecik dulu, aku suka makan pisang lemak yang dah ranum. Since saiznyer kecik, sebijik cukup sesuap je hehehe. First time makan dish ni masa tu nenek aku yang masak. Sedap. Tapi masa tu nenek hiris pisang tu macam lain. Nenek hiris kecik-kecik dan bulat. Aku pun ikut hiris macam gitu. Then my sis-in-law kupas buat ala ala bunga, dia hiris kulit pisang tanpa putus dan dijadikan macam kelopak bunya. Aku pun ikut la. Dulu aku ingat kulitnya tak boleh dimakan. Then bila adik masak that way, sedap rupa-rupanya kulit pisang lemak ni heheh
SAYUR PISANG LEMAK
10 biji pisang emas - yang belum masak, dicuci dan dikupas kulit berbentuk bunga
1 mangkuk santan - sederhana pekat
3 ulas bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
3 ulas bawang merah - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
10-12 ekor udang - dicuci
1 camb rempah kari ikan
1 camb rempah kari daging
sedikit gula melaka
2 camb minyak masak
garam gula to taste
Cara-caranya:
1. Dalam periuk, masak rempah kari dengan sedikit air hingga masak dan garing.
2. Bila rempah kari dah garing, masukkan santan, bawang yang ditumbuk, pisang dan udang. Masak hingga pisang empuk dan udang masak. Kuahnya hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul dan pecah minyak.
3. Bila pisang dah empuk, rasakan garam gula dan boleh ditutup apinya.
4. Di dalam kuali yang berasingan, panaskan minyak dan goreng bawang putih dan bawang merah yang telah dimayang hingga garing. Kemudian tuangkan bawang goreng bersekali dengan minyak yang digunakan ke dalam sayur pisang. Kacau-kacaukan biar bawang goreng sekata dalam kuah. Kuahnya akan berbau harum hasil dari aroma bawang goreng.
5. Aku satu family memang suka ala kampung macam ni, ada pulak ulam, sambal belacan and ikan kembung goreng...emmm itu dah cukup membuka selera kami 1 family...senang bela my family ni...

Thursday, December 11, 2008

Dalca




DALCA

5 ulas bawang merah - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
1 inci halia - dimayang
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 bunga cengkih
1/2 camt jintan putih
1/2 camt jintan manis
2 camb rempah kari daging - aku pakai babas
2 camb rempah kari ikan - aku pakai babas gak. Aku suka campur, rasa dia kick skit
Ayam - bahagian kepak dan tengkuk. Potong kecil2. Nak guna daging pun boleh gak
2 camb kerisik
2 camb air asam jawa
1 mangkuk santan pekat- untuk kuah.
2 batang terung - potong panjang
7-8 batang kacang panjang - potong sepanjang 2 inci
3 potato - belah 4
1 bungkus jagung muda - potong panjang
1 batang carrot - potong panjang 1 1/2 inci
Cili hijau dan cili merah - dibelah 2


Cara-cara:

1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang putih, bawang merah, halia dan rempah wangi hinga garing dan wangi. Masukkan rempah kari dan masak hingga rempah masak dan pecah minyak.

2. Masukkan kerisik dan air asam jawa dan dimasak lagi hingga pecah minyak sekali lagi. Masukkan ayam dan kentang dan dikacau2 dan dimasukkan juga santan. Reneh hingga ayam dan kentang empuk.

3. Bila kentang dah empuk masukkan terung, carrot dan jagung muda. Masak hingga pecah minyak dan rasakan garam gula.

4. Akhir sekali baru masukkan kacang panjang dan cili yang telah dibelah. Kacau sekejap je coz nanti kacang benyek. Angkat dan biarkan kacang empuk dengan kuah yang panas je.

5. Dalca ni aku makan dengan nasi pilau, ayam masak merah dan air asam.

Ayam Masak Merah


Ni blogging kat ofis. Actually bz sangat, tapi disebabkan terlalu bz aku tak buat ape2 but blogging. Paper nak mark memang banyak, tapi bila tengok jawapan student yang hampeh, i decided to blog hehehe. I cooked this ayam masak merah masa raya korban that day, to go with nasi pilau beriani. Lama dah tak masak this cooking. The last time aku masak ayam masak merah ni time kat umah sewa kat Keliang, masa tu bulan puasa and i invited a few friends for berbuka. The menu was nasi tomato. It was long time ago, back in year 2002. Those friends don't visit anymore nowadays. Bz kot... entah2 dah lupa...uhuksssss....


AYAM MASAK MERAH

3/4 ayam - hari tu beli sekor, tapi tak abis pun so I guess 3/4 la kot yang aku masak ari tu.
10 tangkai cili kering - blend
2 biji bawang besar - blend
3 ulas bawang putih - mayang
5 ulas bawang merah - mayang
Sedikit air asam jawa
Belacan sebesar ibu jari - blend
Sedikit gula melaka
3 camb sos tiram
3 camb sos cili
3 camb sos tomato
2 biji tomato - belah 4
Daun bawang dan daun sup - hiris halus untuk hiasan
Garam gula to taste
Minyak untuk menggoreng ayam dan menumis.

Cara-cara:

1. Ayam dipotong kecil, digaul garam kunyit dan digoreng. Ketepikan.

2. Panaskan 2 camb minyak dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dimayang hingga garing.

3. Masukkan cili kering dan belacan yang diblend dan dimasak hingga garing dan pecah minyak. Masukkan air asam jawa dan dimasak sebentar.

4. Masukkan bawang besar yang telah dikisar dan dimasak hingga pekat. Tambahkan gula melaka, sos tiram, sos tomato, dan sos cili. Masak hingga pekat dan cantik warna merahnya.

5. Masukkan ayam yang telah digoreng dan buah tomato. Gaulkan ke dalam sos masak merah rata-rata. Rasakan garam gula. Jangan ditambah garam dan gula sebelum dimasukkan ayam sebab ayam tu dah ada garam kunyit. Kang masin sesangat lak.

6. Semasa menghidang hiaskan dengan hirisan daun bawang, daun sup dan boleh juga ditabur sedikit roasted badam.

Tuesday, December 9, 2008

Nasi Pilau Beriani



First time beraya at my new house, the feeling was so nice, proud and satisfied. For the first time i ever own a property. Since my mom was not feeling very well to travel and stay in a car for 6 long hours, we decided not to go back to Kelantan for Raya Korban. Besides my husband and i were only given one day leave for raya, and the tiredness from new house moving in was not gone yet, so here we were, celebrating the raya korban at No 88, Taman Wangsa Jaya. After discussing with hubby what to cook for raya, we then came up with the idea of cooking some nasi kerabu, a few friends of ours were visiting, first for raya, second they were interested to see my new yet-so-neat-and-tidy home, and we would be just as delightful as ever to welcome our guests. Some nasi kerabu and ayam bakar would be nice but then we lack a few of the ingredients that we decided to change the menu to nasi pilau beriani. The original recipe was given by my auntie who enjoys cooking very much and i basically like all her cookings. However this very recipe was modified by me by adding some of the beriani and soup paste and i came up with the new modified name of nasi pilau beriani. It goes very well with dalca, ayam masak merah and some air asam. Let's share the recipe....



NASI PILAU BERIANI


7 pot beras basmati - i used the normal white rice. I had a small rice cooker but 7 pots was just enough for the guests coz they were all full for raya.
2 camb minyak sapi
1 biji bawang besar - blend
3 ulas bawang putih - blend
2 inci halia - blend
1 camt saffron - tumbuk lumat
5 biji buah keras - tumbuk lumat
2 kuntum bunga lawang
1 1/2 inci kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1 camt lada hitam
6 kuntum bunga cengkih
1 camt jintan manis
1 camt jintan putih
1 sup bunjut
2 camb rempah sup - i used adabi
3 camb rempah beriani
2 kiub pati ayam - i used knorr
1 tin susu cair
Air sama banyak dengan beras
Daun pudina
Daun ketumbar
Secubit garam

Hiasan
Bawang goreng, badam roasted dan kismis


Cara-cara:

1. Beras dicuci dan ditoskan.

2. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar dan rempah wangi (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, lada hitam, buah pelaga, jintan) hingga garing dan wangi. Kemudian masukkan saffron, buah keras, rempah beriani dan rempah sup. Tumis sampai pecah garing dan remaph pecah minyak.

3. Masukkan air, sup bunjut, kiub pati ayam dan masak hingga mendidih.

4. Masukkan beras dan susu cair dan sedikit garam dan tanak macam masak nasi macam biasa.

5. Bila nasi dah masak, taburkan daun pudina dan daun ketumbar dan digaul-gaulkan. Semasa menghidang taburkan bawang goreng, kismis dan roasted almond. Boleh dimakan dengan ayam masak merah, dalca dan air asam ataupun makan macam makan nasi minyak. Check out for my ayam masak merah and dalca recipe.

Sunday, November 23, 2008

Asam Pedas Ikan Keli



Sebenarnya mood nak masak dah tak de coz dok teringat nak masak kat kitchen kat umah baru. Tapi bila perut berdendang sayang mintak diisi, terpaksalah gak masuk dapur. Feel nak masuk umah baru is all over me, tapi memang banyak lagi lah yang pending. Oleh kerana makan ni amat penting dalam idup setiap individu maka, meja makan sememangnya lah menjadi perhatian utama aku and husband. Walau pun bajet dah lari, dan bajet semakin nipis, menyebabkan kami terpaksa postphone niat nak cat umah, terpaksa tidur atas toto coz dah tak de bajet nak beli tilam and katil, tapi meja makan mesti diutamakan hehehe. Dah ada dah satu yang aku and hubby berkenan, alaaahhh kat Leon Yew lah kat mana lagi kalau kat Tanjong Malim ni, bukan ada lorenzo ke, fella design ke harvey norman ke. The table is square, 8 seater, dan warna of coz lah mahagony coz nak bagi sama dengan kitchen cabinet. The price of that dining table is RM2200. Mahal, tapi aku dah suka hehehe. Jadi sebelum meja baru sampai, tak aper lah kita makan nasi dengan asam pedas ikan keli ni kat meja lama je. Kata Along, "Kenyang gak mama", heh memang la kenyang, feel tu yang lain... By the way, aku sebenarnye bukan lah gemar sangat dengan ikan keli ni. The only ikan keli yang aku suka is bila ikan keli tu dibakar garing dan dimakan dengan air asam. Lain dari tu aku tak makan. Tapi hubby suka ikan keli masak asam pedas. So presented here is the asam pedas ikan keli...


ASAM PEDAS IKAN KELI

2 ekor ikan keli - cukup la untuk laki aku sorang makan. Hari ni harga dia 2 ekor ni is RM2.60.
Daun kesum
1 kuntum bunga kantan - belah 2
2 batang serai - diketuk
2 biji buah tomato - belah 4
4 keping asam keping
Minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
6 biji cili api
3 biji cili merah
2 cm halia
1 cm kunyit hidup

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga garing dan pecah minyak.

2. Masukkan serai dan secukupnya air untuk kuah. Masukkan juga buah tomato, bunga kantan, dan asam keping.

3. Bila kuah dah mendidih, masukkan ikan dan juga daun kesum. Masak hingga ikan masak. Rasakan garam, gula dan masamnya.

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...