Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Sunday, June 28, 2009

Pau Kelapa


Yesterday was the first time i steamed this kuih memang suka sangat dengan kuih ni..selalunyer beli kat kedai..4 biji seringgit..but the size was a lil smaller than the one cooked by me..i tak berapa berkenan dengan pau yang selalu org jual kat R&R yang ada inti kaya, daging, ayam, etc tu..not that i don't like the filling, but i don't like the texture of the pau itself..pau tu kalau sejuk dia mesti keras..but this one using traditional recipe, dah sejuk pun tak keras...got the recipe when i visited my auntie in Bukit Mertajam early this month..she cooked some soto and this pau for us..i asked her the recipe and she doesn't hesitate to share..most of the time i'm not really keen on preparing traditional kuih..coz usually traditioanl ones requires not hard, but cannot-do-the mistake steps..biasaklah i ni memang suka yang cepat and senang..but this one is practically easy to prepare, yet delicious..the whole family suka..the recipe gave me 21 paus, of course of different sizes coz i didn't weigh the dough before i fold it into a pau. But well, as a proverb says..size doen't matter, the taste does hehehe..my husband had 6 of it yesterday..handed 5 paus to my good neighbor, the rest 14 were cleared by along, wawa and my mom..i could only have 2 of it uhukkkssss..so i'm planning to steam another batch today..of course with different filling...beef filling sounds mouth watering to me..


PAU KELAPA

Untuk doh:
500 gm tepung gandum
1 paket mauripan yis (11 gm)
350 ml air suam
2 camb planta/mentega
2 cam gula
Daun pisang atau tracing paper untuk alas pau

Untuk inti kelapa:
1 biji kelapa parut (pastikan kelapa muda)
2-3 keping gula melaka
Gula pasir jika perlukan lebih manis
1 camt garam
1 mangkuk air
2 helai daun pandan

Cara-caranya:

1. Sediakan intinya. Hancurkan gula melaka dengan memasaknya dgn semangkuk air dan daun pandan di atas api. Tambahkan garam dan gula jika perlukan manis yang lebih. Bila gula melaka dan gula dah hancur, masukkan kelapa parut dan dikacau sebati. Masak hingga air gula menyerap masuk ke dalam kelapa parut dan sedikit kering. Ketepikan.

2. Sediakan doh: Satukan air suam dengan yis.

3. Di dalam bekas penguli, satukan butter dan gula, putar hingga hancur dan sebati. Masukkan bancuhan yis dan tepung secara berselang seli dan diuli selalu hingga menjadi doh yang kental. Perlu diingat, sukatan tepung adalah subjektif kerana ia mengikut mutu tepung.

4. Biarkan doh yang telah siap dicanai supaya ia agak 'naik'. Ketepikan 15 - 20 minit.

5. Ambil sedikit doh, canaikan di atas tapak tangan berbentuk leper, letakkan inti di tengah-tengah doh dan bungkus berbentuk bulat. Letakkan pau di atas daun pisang yang dipotong 1 inci x 1 inci.

6. Masak air didalam steamer hingga mendidih dan kukus pau selama 7 minit. Jangan dikukus terlalu lama kerana pau ni akan turun semula sekiranya oversteamed.

7. Sedap sangat! Selamat mencuba!

Sunday, June 21, 2009

Gulai Darat Udang Galah dan Peria


Yesterday i pegi pasar Tg Malim, had no idea what to cook for lunch, main taram je..aper yang i nampak best i'll buy..(unhealthy buying habit..do not practise this)..until i saw this udang galah..murah beb, RM20 per kg. Udangnyer segar and ada telur..terus kecur air mulut..uuhhhhhmmmm sedapnyer! I began to plan the dish in my head, mmm masak lemak udang ni dengan batang keladi best gak..ternampak ler ada org jual batang keladi kat sebelah, just ada 1 ikat left..i voiced out the plan to my husband and he suddenly made his face..(MMmm tak suka sayur keladi la tu) terpaksala i memikir nak masak aper lagi dgn udang tu selain dari keladi...aper2 pun i bought the udang galah 1/2 kg which cost me RM10. Then i bought 5 biji buah peria katak (my favorite nih!)..then ari ni jadilah menu ni heheheh


GULAI DARAT UDANG GALAH DAN PERIA

1/4 kg udang galah - sederhana besar, cuci, potong janggutnya
3 biji buah peria katak
1 biji bawang putih
4 biji bawang merah
5 biji cili api
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 camt biji ketumbar
1 cm kunyit
1 mangkuk santan
2 keping asam keping
gula dan garam to taste
cili hijau dan merah - dibelah 2

Cara-caranya:

1. Buah peria dibuang biji dalamnyer, di potong 1/2 cm tebaldan diremdam dalam air garam selama lebih kurang sejam untuk mengurangkan rasa pahitnya.

2. Bawang, ketumbar, cili api, lengkuas, kunyit, dan halia dikisar halus.

3. Didalam periuk, satukan santan, bahan kisar, udang, buah peria, cili merah dan hijau dan asam keping dan dimasak hingga mendidih.

4. Bila mendidih, rasakan masam, manis dan masinnya.

5. Sedap dimakan dengan nasi putih bersama masakan ala ala kampung yang lain...

Friday, June 12, 2009

Congrats!

Congrats to my lovely wife... still maintain your dean's list..... keep it up dear!

Wednesday, June 10, 2009

Kek Marble Pelangi

















My digi cam rosak...uhukssss..sedihnyer..it has always been my best friend. Tu yang sedih tu coz sekarang masak terpaksa snap picture pakai camera phone je..tak clear gambar..nak send the cam for repair, tatau lak nak send to where, i punyalah sayang dengan casio exilim i tu..warna merah lagi..memang i sayang..tapi aper nak buat, abis je warranty dia buat hal..ke memang it is produced in such a way that when the warranty dah abis it will suddenly rosak so that customers will buy a new one..huh..tipu tulllll..tak baik tul kan? I teringin nak get the new one, i berminat dengan sony laaaa..that day ada buat survey, price dia dalam RM1500++..mmm duit lagi tu..tapi tak kira..nak beli gak...nak beli gak...
Actually gambar kek ni lain sikit..when it is named pelangi or rainbow, it is supposed to have 7 colors heheh..resepi asal ada 3 color - oren, merah (strawberry) and coklat. Masa pegi TF dengan Wawa (like alwiz, she would ask me to buy her this and that sampai i naik penat), i just bought the choc emulco coz i thought the oren and strawberry emulco ada lagi dalam pantry, rerupanya dah lama strawberry emulco tu abis. Thats why la i punya cake marble pelangi jadi color macam tu - oren, coklat, vanilla. But the taste is superb la..and...moist..the kids love it very very much, (my kids memang suka cake heheh)


KEK MARBLE PELANGI
(sukatan untuk 1/2 adunan, kalau nak 1 adunan, double the sukatan)

150g butter
3 biji telur
140 g tepung gandum - ayak
1 camt baking powder - ayak
1/2 camt garam - ayak
125 g gula castor
2 camb susu tepung - ayak
30 ml susu segar
1 camt ovalette
1 camt strawberry emulco
1 camt coklat emulco
1 camt oren emulco
1 camt vanilla

Cara-cara:

1. Pukul butter dengan gula hingga kembang. Bila dah kembang masukkan ovallete dan vanilla. Pukul lagi.

2. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memukul hingga telur kembang. Masukkan susu cair. pukul sebati.

3. Tambahkan bahan bahan yang telah diayak ke dalam adunan butter dan telur sedikit demi sedikit dan putar menggunakan speed yang paling rendah sehingga tepung sebati. (Nak gaul dengan senduk pun boleh. Tapi biasalah i memang pemalas, main gaul pakai mixer je, tapi tak semua kek boleh belasah macam ni tau hehehe)

4. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Satu dicampurkan strawberry emulco, satu dicampurkan coklat emulco dan satu lagi dicampurkan oren emulco. Kacau setiap satunya hingga sebati.

5. Tuangkan ketiga-tiga adunan secara berselang seli ke dalam dulang pembakar. Untuk buat corak, ambil chopstick, ataupun pisau, ataupun lidi cucuk satay, cucukkan ke dalam adunan dan buat corak. (i buat 2-3 pusingan) Nanti ketiga-tiga warna tu akan bercampur-campur macam pelangi bila masak nanti.

6. Bakar selama 40-50 minit pada 175'C

Ayam Goreng Pandan


Tetiba that day teringat nak cook this, besides, i ternampak pokok pandan yang ditanam at my backyard tu dah merimbun.Ye lah, guna daun pandan ni untuk masak nasik lemak n letak dalam bubur je, other than that, tak der la pulak penah guna. Since ada ayam dalam peti ais, and ada lak orang sudi nak nolong kisarkan all the ingredients for marinade (the daddy laaaa) so taraaaaa...terhasil la this..though i fried a lil burnt rempahnyer, but yang hangus tu yang crunchy and superb heheheh. Perapnyer biar lelama..lagi sedap..ari tu i marinate jap jer..prepare pun lepas balik kerja, dah 6++ pm, then perut pun dah lapar..tak sanggup tunggu lelama..




AYAM GORENG PANDAN
(For a family of 4 - my family la tuuuu)

7 ketul isi ayam -elok ambil bahagian isi sebab kalau ambil bahagian bertulang nanti bermasalah bila nak cucuk lidi)

Bahan dikisar:
1 camt ketumbar
1 camt jintan manis
1 camt jintan putih
2 camb serbuk cili
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 batang serai

Sos:
2 camb sos tiram
2 camb kicap pekat
1 camb honey
Sedikit garam

7 helai daun pandan
lidi untuk mencucuk
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:

1. Kisar semua bahan untuk dikisar.

2. Perap ayam dengan dengan bahan kisar dan juga bahan sos. Perap ni lagi lama lagi best. Kalau nak masak petang, elok perap dari pagi.

3. Balut ayam dengan daun pandan dan cucuk daun pandan dengan lidi supaya daun pandan tidak terbuka semasa menggoreng.

4. Goreng dalam minyak penuh hingga masak dan garing...jangan sampai hangit macam i muahahahah

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...