Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Monday, January 28, 2013

MAGGI Good to Great Campaign -Announcement of Winner for MAGGI Contest

Assalamualaikum..
Saat yang ditunggu -tunggu oleh peserta MAGGI Contest dah tiba...
Alhamdulillah...

MAGGI contest ini mieza anjurkan bersama MAGGI selama sebulan dari 26 November 2012 hingga 25 Disember 2012..terima kasih mieza ucapkan kepada semua yang sudi menyertai..

Resepi yang hantar semuanya sedap-sedap belaka. Bila tengok pun buat mieza meleleh. Pemenang contest ni dipilih secara mutlak oleh MAGGI. Pemenangnya akan mendapat :

1) Full Range of MAGGI Culinary Solution


2) Pakej percutian keluarga ke Legoland Malaysia, Nusajaya, Johor bernilai RM1500

Wahhhhhhhhh!!!!! sapa nak kasi kita free kan...

Dan pemenangnya ialah:
  •  
  •  




























  •  
Tahniah Kak Salami Simon dari Amie's Liltle Kitchen dengan resepinya Nasi Tomato Berserai dan Ayam Masak Merah

a

TAHNIAH dan TAHNIAH dan TAHNIAH buat Kak Amie cayang....harap kak amie boleh email mieza atau mesej kat inbox FB untuk mieza jelaskan tatacara untuk mendapatkan hadiah.

Wahhhh seronoknya Kak Amie boleh la ke Legoland Malaysia!
Kepada yang kurang berjaya jangan sedih..insyaAllah next time MAGGI akan conduct contest yang lain...mungkin mieza masih akan jadi organizer mungkin blogger lain yang akan dipilih...

Terima kasih MAGGI! Memasak bersama MAGGI sememangnya mudah dan cepat!

Salam sayang dari Mieza MMMMuuuahhhhhsss

Friday, January 25, 2013

Kek Kukus Asam Manis (Hawflakes Steamed Cake)

Bagi penggemar kek di luar sana...anda mesti cuba kek ni..sites, tak rugi..sedap..tapi stok asam manis mieza tak banyak..habis dimakan oleh anak-anak dan suami sambil tengok TV..beli punyalah berpaket tapi bila tiba masa nak buat kek tengok-tengok ada 2 bungkus kecil je hahhaa...tak per lah kan...kalau ada banyak sebagaimana sukatan dalam resepi memang besh...


anak-anak ajak mieza tengok movie..jadi mieza tamau celoteh banyak...jom kita zazzzzzssss resepinya

KEK KUKUS ASAM MANIS (loyang 8")
Recipe: Chef Zubaidah @ Buku Masakan Jamuan Kek
Source: Mieza @ WAWMC



Note: Mieza cuma buat 1/2 adunan sebab steamer mieza keci;

325 gm mentega
250 gm gula kastor
300 gm tepung naik sendiri
6 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
100 gm kepingan asam manis - patah-patahkan


Cara-cara:

1. Sapukan mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek
2. Panaskan pengukus hingga airnya mendidih.
3. Pukul mentega dan gula hingga sebati. Masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga rata
4. Tambahkan esen vanilla dan teruskan pukul.
5. Akhir sekali masukkan tepung dan kepingan asam manis
6. Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam loyang. Tutup loyang dengan kepingan aluminium foil
7. Kukus kek selama 1 jam dengan api yang besar atau sehingga kek di masak dengan sempurna
8. Sejukkan kek sepenuhnya di atas redai setelah masak sebelum di potong dan dihidangkan.



Jangan lupa cuba tau..sedap! Mieza kena chow dulu sebab anak dah jerit-jerit kat depan Tv nak ajak tengok..sayang u all....tunggu ye..mieza nak datang jelajah dapur u all ni...

Tuesday, January 22, 2013

Apam Pisang Bakar (Resepi Kelantan)

Masa mieza kecil-kecil dulu..inilah antara kuih kegemaran mieza..masakan mieza tak gemar, emak selalu memasaknya pagi-pagi sebagai sarapan...kekadang mieza bawa bekal ke sekolah..kekadang jika emak masak lebih, mieza hantarkan ke kedai kopi dekat umah...usahawan muda gitu hahaha

Punyalah mieza teringin nak makan apam ni..bila tanya mak, mak kata dia dah tak ingat resepinya..paling sedih, bukan je dia tak ingat resepinya, dia langsung tak ingat yang dia pernah buat...sedih je hati mieza sebab banyak benda yang dah lupa..sib bek dia belum lupa mieza...esok-esok bila dah tua agaknya mieza pun lupa banyak juga kan..sebab itulah mieza wujudkan blog ini..agar resepi-resepi dalam ni boleh digunapakai oleh putera puteri mieza..


Bila dapat makan apam ni rasa seronok sangat...resepi asal di Kelantan ada dimasukkan tapai beras..tapi oleh kerana suami mieza tak leh makan tapai maka mieza omit that part...

APAM PISANG BAKAR
Source: Mieza @ WAWMC

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 -2 keping gula melaka dicairkan
1/2 st garam
1/2 peket yis mauripan
4 ulas bawang merah - dikisar
1 sudu lada hitam - dikisar
2 inci halia - kisar
2 inci lengkuas - dikisar dengan sedikit air dan ditapis, ambil jusnya.
6 biji pisang emas/pisang kapas masak - dikisar
Sedikit air untuk membancuh




Cara-cara:

1. Satukan semua bahan kecuali air di dalam mangkuk.
2. Perlahan-lahan masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Kepekatan adunan adalah sama dengan bancuhan adunan penkek. Perapkan 1-2 jam.
3. Panaskan kuali non stick berukuran 4 inci di atas api kecil. Olehkan dengan sedikit mentega.
4. Sendukkan adunan apam sebanyak satu senduk dan tuangkan ke dalam kuali. Bakar hingga perang dan berlubang. Terbalikkan ke bahagian satu lagi dan bakar lagi hingga perang.
5. Hidangkan bersama kelapa parut yang digauk bersama sedikit garam.


Jika tak ada stok pisang di rumah boleh diganti dengan 1 cawan nasi dan 1 cawan tapai ubi/tapai beras. Memang sedap sangat. Suami dan anak-anak pun suka sangat walaupun pertama kali makan. Terubat kempunan mieza nak makan...dappppp!

Monday, January 21, 2013

Sausage and Egg Pie

Assalamualaikum...
Buka peti ais..tenung-tenung nak masak apa..hmmm buntu juga jadi orang fomfuan ni ye...
Ternampak pulak puff pastry ada segulung..lama dia dok bertapa dalam peti ais..

Jalan-jalan di alam maya ternampak resepi ni..tapi mieza lupa nak bookmarkan pagenya..terus tak tahu manadah source asal resepi ni...resepi asal ialah Bacon and Egg Pie..mat mat saleh nun masak untuk breakfast...tak per lah kan mieza buat minum petang..hehehe orang malaysia kan unik-unik semuanya..


SAUSAGE AND EGG PIE
Source: Mieza @ WAWMC

(loyang pie ukuran 8")

2 helai puff pastry - Cukup untuk loyang sebesar 8", kalau pakai pastry saiz kecil kena susun bagi tutup loyang..may be require a few sheets
3 ulas bawang putih cincang
1 biji bawang besar - cincang
3 batang sausage - hiris nipis (mieza guna sosej Ayamas Blackpepper)
3 biji telur - kocok dan asingkan 2-3 sb untuk sapu atas pie
1 cawan susu segar
1 st serbuk lada hitam
1 sb parmesan cheese
Hirisan daun bawang
1 biji tomato - didadu
1/2 biji bell pepper hijau - dadu
1/2 biji bell pepper merah - dadu
1 st oregano leaves
2 sb olive oil


Cara-caranya:

1. Ambil sekeping puff pastry dan alaskan di dalam loyang pie (loyang yang boleh tanggal dasarnya)
2. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali. Tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga wangi dan perang.
3. Kemudian masukkan sosej yang telah dipotong dan goreng seketika hingga soseh kelihatan garing dan masak.
4. Susunkan sosej yang telah masak di atas loyang pie yang telah dialas puff pastry. Taburkan juga daun bawang, bell pepper, dan  tomato. Ketepikan.
5. Di dalam bekas yang lain. Kocokkan telur bersama susu segar dan  parmesan cheese hingga hancur. Keluarkan 2 sb untuk tujuan menyapu atas pie nanti.
6. Teruskan mengocok telur bersama lada hitam, garam, daun bawang dan oregano. Kocok rata.
7. Tuangkan adunan telur ke atas pie. Tutup pie dengan sehelai lagi puff pastry. Cucuk permukaan pastry dengan pisau dan sapukan lebihan telur tadi.
8. Bakar dalam oven 180'C selama 15-20 minit atau hingga permukaan pie keperangan.
9. Hidangkan ketika masih suam..


Sebenarnya membuat pie ni bergantung kepada kreativiti masing-masing...boleh juga dimasukkan sayur jika suka seperti kacang peas, jagung, carrot...kalau tak der susu segar boleh juga guna double cream...memang sedap!


SELAMAT MENCUBA!

Friday, January 18, 2013

Popia Udang dan Carrot

Salam hari Jumaat...penghulu segala har..dan hari yang ditunggu-tunggu oleh orang-orang yang bekerja macam mieza...bila datang Jumaat moodnya jadi lain macam...jadi mood rajin ahakksss..mood bersemangat gitewwwww...


Suka tak makan benda alah ni? Ehmmmmm crunchy kruppp krapppp kan..dappppp..cicah lak dengan dipping masam manis tu perghhhh lepas sebatang, sebatang masuk mulut...


Mieza suka jika spring roll ni di stuff kan dengan sayuran macam tauge, sengkuang, kucai etc...tapi encik suami mieza tu dia alahan dengan sayuran yang sejuk dan berangin...oleh sebab sayangkan encik suami, kang sakit kang mieza gak yang susah ahakkksss..maka mieza stuff kan je dengan prawn dan carrot dan daun bawang...



Nampak popia tu..ada yang kemas dan ada yang tak kemas...yang kemas tu mieza la yang buat (ye lah tu kan hahahah)..yang kurang kemas tu anak dara mieza si Wawa yang berusia 6 tahun tu yang tolong gulungkan...Wawa memang sangat suka membantu di dapur..seronok juga mieza bila ada pembantu...


POPIA UDANG DAN CARROT
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

1 paket kulit popia - nyahbekukan
1/2 batang carrot - hilis halus batang mancis
300 gm udang - kupas kulit dan cincang
1 biji bawang besar - dadu
2-3 ulas bawang putig - cincang
1/2 inci halia - cincang
Daun bawang yang dihiris halus
2-3 biji cili merah - hiris atau cincang
Minyak zaitun untuk menumis
Garam dan gula
1 sb tepung gandum dibancuh dengan 2 sb air


Cara-cara menyediakan inti:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
2. Masukkan udang dan carrot. Masak seketika hingga udang masak.
3. Rasakan garam gula. Akhir sekali masukkan daun bawang dan cili merah. Gaul rata.


Cara menyediakan popia:

1. Ambil sekeping kulit popia.
2. Letakkan 1 sb inti udang dan digulung seperti menggulung kuih ketapap.
3. Sapukan bancuhan tepung gandum pada hujungnya agar tidak terbuka semasa menggoreng. Bancuhan tepung gandum berfungsi sebagai gam.
4. Goreng popia di dalam minyak yang panas hingga keperangan.
5. Angkat dan toskan minyak. Hidangkan bersama sos kegemaran.

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...