Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Wednesday, March 20, 2013

Moist Banana Muffin

Assalamualaikum..
Menu pisang lagi kita hari ni...apa nak buat mieza sayangkan pisang yang banyak mieza dok simpan dalam fridge tu...hari tu ke pasar mieza beli pisang sesikat...skg dah masak ranum jadi mieza kupas kulitnya dan simpan dalam tupperware dalam fridge..bila disimpan begini ia akan tahan lama..bebila perlu boleh lah guna macam nak buat cekodok ke...kalau dah malas sangat..cekodok la pilihan mieza, cepat dan senang..anak-anak pun suka..


Hari ni tak mau cakap banyak sebab hari Rabu..apa kena mengena dengan hari rabu dan cakap banyak tatau la..tapi ramai orang dok guna wordless wednesday...jom layan gambor ye..


Mieza buat ni semalam...kebetulan semalam mieza malas gi kerja...ambik MC dan dok umah...bila dah burnout macam tu..bangun tido semalam terus cakap kat suami...saya malas nak gi kerja hari ni leh? heheheh suami kata "ikut u la..nak EL ke MC?" lantas mieza jawab "MC!" heheh


Bila tak kerja di pejabat, kena juga kerja kat umah...teus mieza masuk dapur dan bake this muffin..sekurang-kurang bila anak kecil mieza bangun tido ada benda nak dingapnya...lepas makan muffin, tetap juga depa heret mieza ke KFC..nak bekpes kat KFC katanya...huhhhh!!!!


Pukul 1230 noon tu lak ada lak student mieza datang umah sebab nak pick up things dari mieza..terus mieza kasi depa skit...suka lah depa dapat muffin free...ye la kan macam kita masa dok univ dulu..kalau lecturer kasi food..perghhhhh happy giler!


Jom tengok resepi...masih lagi menyelongkar dari Kak Siti Delima

MOIST BANANA MUFFIN
Source: Siti Delima & Mieza @ WAWMC

Bahan basah :
1 biji telur gred A - suhu bilik
75 gram gula kastor
1 sudu besar madu
1 sudu besar susu segar
1 sudu kecil esen vanila / pisang
90 ml minyak jagung / minyak masak
3 biji pisang masak (150 gram) - dilecek halus

Bahan kering :
125 gram tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
3 sudu besar badam cincang - dipanggang dalam oven 5 minit - mieza guna slice almonds

30 gram coklat masakan - dadu besar (mieza ganti dengan chocolate chips)


Cara-cara :

1. Panaskan oven pada suhu 175' C susun kertas muffin dalam loyang muffin dan ketepikan.
2. Pukul gula dan telur sehingga ringan dan berkrim dengan kelajuan sederhana. Masukkan bahan-bahan basah dan putar pada kelajuan perlahan hingga rata.
3. Tambah bahan-bahan kering yang telah diayak kedalam bahan basah dan kaup balik rata dengan spatula. Tidak perlu lama cukup sekadar sebati sahaja.
4. Scoopkan adunan 1/3 dalam kertas muffin masukkan coklat masakan ditengahnya dan scoopkan adunan lagi untuk menutupnya.
5. Bakar selama 25 minit atau sehingga diuji lidi keluar bersih. Biarkan sejuk diatas rak dawai sepenuhnya. Ayakkan gula aising sebelum dihidangkan.


Tuesday, March 19, 2013

Blended Banana Chocolate Cake with Strawberry Balsam Sauce

Assalamualaikum....
Blog mieza ni tenggelam timbulkan...apa nak buat, masa tak mengizinkan mieza nak bertapa depan lappy ni lama-lama...In Shaa Allah bila dah selesai semuanya mieza akan hapdate semua masakan yang tertunggak tu..huhuhuhu

Hari ni mieza mieza MC...tak larat pulak rasanya nak gi kerja..kita off lah sehari...tapi nama je off..dok kat umah ni lagi fenat sebenarnya...tu la kan..sapa kata housewife tak der kerja kan...




Oleh ada pisang yang bertimbun kat umah ni..maka mieza decide nak buat kek pisang..terjumpa resepi ni kat umah Kak Siti Delima...lepas tu ada lak stroberi dalam fridge tu yang usianya dah beberapa hari...jalan-jalan kat dapur omputih nun ternampak pula resepi balsam strawberry sos...jadi mieza decide nak gabungkan kedua resepi ni...bila kawan mieza nampak gambar gambar ni katanya errr ngerilak nak makan sebab merah sangat stroberi tu hahaha


Kat bawah ni rupa Blended Banana Cake yang belum dicurah sos...makan tanpa sos pun sedap tau...yang penting anak-anak cukup suka dengan blended banana cake ni...Alhamdulillah...


BLENDED BANANA CAKE
Source: Siti Delima
Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan :
4 biji pisang berangan dipotong kecil-kecil
180 gm minyak jagung/ minyak masak - mieza guna minyak canola
2 biji telur gred A
3/4 cawan gula perang
11/2 cawan tepung kek# (dikurangkan 5 sudu besar)
1 sudu teh baking powder #
1/2 sudu teh soda bikarbonat #
5 sudu besar serbuk koko #
1/3 cawan coklat chip bersaiz kecil
Sedikit badam hiris sebagai hiasan atas kek - mieza skip this


Cara cara :
1. Panaskan ketuhar 170C selama 15 minit.

2. Pisang yang dipotong kecil, telur, minyak jagung dan gula disatukan kemudian di blender hingga halus selama 10 saat.
3. Tuangkan bahan yang di blender dalam mangkuk, kemudian masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi. Kaup balikkan sehingga rata. (Jangan lama sangat ya sekadar bercampur saja).
4. Tuang adunan kedalam loyang yang diglis dan alas kertas minyak. Bakar selama 1 jam atau hingga masak.

****mieza bakar 1/2 jam je untuk oven mieza (fan assisted)  menggunakan bundt mould saiz 9 inci kalau tak silap.


BALSAM STRAWBERRY SAUCE

Ingredients:
2 cups of chopped strawberries
1 cup of sugar
2 Tbl. of balsamic vinegar
1 tbsp of corn flour + 2 tbsp of water - mieza tambah

Directions:

Cook strawberries, sugar, and balsamic vinegar in a medium pan on med-high heat for about 10 minutes stirring occasionally. I usually eye-ball the thickness of the sauce to determine when it is done. When the sauce is the consistency of maple syrup on the back of your spoon, remove from heat and allow to cool. Serve warm or cool. Enjoy!

Balsamic Strawberry Sauce ni dimakan dengan ice cream vanilla memang mebelesssss!

Saturday, March 16, 2013

Austrian Beef Goullash and Naan Bread

Assalamualaikum...

Wah wahhh sebulan dapur ni tak berjenguk ye...mieza terlalu busy for the past one month...dengan audit MQA di ofis...dan terlalu banyak outstesen....dengan markah assessment pelajar sehingga setengah semester yang masih belum siap....aduhaiiii...bukan tak rindukan blog ni...sangat merinduinya...dan ada beberapa entry yang nak mieza share tapi memang tak sempat...harap visitor WAWMC janganlah berkecil hati dan merajuk bila mieza tak visit balik dan lambat balas komen...In shaa Allah mieza akan buat lawatan balik ASAP hahaha


Goullash ni dah lama mieza masak sebenarnya...resepi yang dishare oleh kenalan mieza dari Austria...
Setelah lama tak buka blog ni tetiba one day ada visitor letak komen kat chat box minta tolong mieza sharekan resepi gulai darat...katanya dia visit Terengganu dan beli rempah kari gulai darat...sejak hari itu kami berbalas email...nama sahabat baru mieza ni Martina...seronok juga bila bersembang dengan warga asing tentang Malaysian food...lalu dia kongsi resepi ini untuk mieza cuba...


Mieza tambahkan sedikit ginger paste dan chilly powder ke dalam goullash ni...memang sedap...maklum lah orang Asian/ Malaysia suka yang spicy dan hot hehehe...definitely mieza akan masak goullash ni lagi dan lagi...sedap sangat bila dimakan dengan roti naan...

To Martina, thank you very much dear for this special recipe...my family liked this  goulash so much...it went very well with naan bread...I'll try the goulash with rice pilaf next time...it's yummy, delicious and really made an impression at my dinner table...thank you!

AUSTRIAN GOULLASH
Recipe shared by: Martina Parker, Austria


4 lbs stew cut meat, cut into bite-sized chunks (best from the upper leg)
4lps  onions, sliced  in small cubes
plain oil, for searing
1 tablespoon hot paprika
1 -2 teaspoon mild paprika
1-2 teaspoons majoran
2 garlic cloves, sliced thin
1 small lemon, zested
1 tablespoon caraway seed
1 tablespoons tomato paste
1/2 cup beef (or water) or 1/2 cup chicken stock  (or water)
salt & pepper

***I added 2 tsp of ginger paste and 2 tsp of chilly powder



Directions:

1. You will need a large wide pot with a lid for best results. Add just enough oil to coat the pan and turn the heat high enough to make the oil shimmer, but not smoke.

2. Pat the meat dry and add one piece of meat to the hot oil to make sure that it sizzles. Add the remaining meat, without crowding the pan and sear for about 3-4 minutes per side. You want a golden crust that will give the gravy great flavor. Cook the meat in batches, if necessary and set aside in a bowl-- to collect the juice.

3. When all the meat is seared, turn the heat to medium and add a little more  oil to the pan and cook the onion until tender-- 3-4 minutes. Add the sliced garlic and cook till fragrant-- 30 seconds or so.

4. Add the tomato paste, majoran and paprika, and cook for 1-2 minutes. Be aware the paprika becomes bitte when fried too long, so cool evernything down with 2 Tablespoon of vinegar.

5. Add caraway seeds, lemon zest and stock and stir well. Simmer for 2 hours, This stew tastes even better if made one day in advance. Serve or buttered egg noodles or cooked  and buttered potatoes

Wednesday, February 13, 2013

Sotong Masala

Tak menang tangan wehhh...bila haripertama masuk kerja setelah cuti panjang..tapi best pula kerja kat opis hari ni bila tak ramai orang. Ramai lagi yanng belum balik dari bercuti di kampung..terasa amannnnnn dan sejahtera tanpa hiruk pikuk students yang sedang bercuti semester..sangat sesuai untuk mengarang research...mari kita mulakan dengan download dan print jurnal...sambil tunggu jurnal tu di donlodkan mesh kita update blog


Dah lama dah masak sotong ni sebenarnya...kebetulan garam masala masih banyak kat dalam peti ais...elok le kita kerjakan cepat-cepat sebelum dia expired. Tak mau cakap banyak sebab sibuk sangat-sangat...jemput tengok resepinya...

SOTONG MASALA
Source: Kak Ummi @ HSH & Mieza @ WAWMC

Bahan A:- (mieza masak half dari bahan)
  • 500 gm sotong (dibersihkan ) -potong bulat
  • 2 biji tomato (dibelah 4 atau 6)
  • 3 tangkai daun kari
  • 1/2 cawan yogurt asli
  • 2 tangkai cili merah (dihiris serong)
  • 2 tangkai cili hijau (dihiris serong)
  • 2 sudu kecil serbuk cili (*ni akak tambah sikit nk kasi pedas sikit, terpulang ya..)
  • 2 sb garam masala - mieza tambah
Bahan B (dikisar):-
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar jintan putih - kisar kering
  • 1 sudu besar jintan manis - kisar kering
  • 1 sudu besar lada putih - kisar kering
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan udang dan tomato. Kemudian kacau rata (tambah air sekiranya perlu)
  3. Masukkan yogurt, cili merah dan cili hijau. Kacau sebentar dan tutup api.
  4. Sedia dihidangkan....Senang kaannnnn... ^_^

Sunday, February 10, 2013

Butterfly Rainbow Cupcakes

Inspired by Kak Azlita Aziz yang mana kerja tangannya Masya Allah sungguh mengkagumkan...mieza amat meminatinya...terpanggil untuk mencuba bila ex-student mieza nak bertunang dan order rainbow cupcake dari mieza..mieza lebihkan dalam 12 biji untuk anak-anak makan...sambil-sambil mencuba butterfly cupcake ini..hasilnya alhamdulillah tidak mengecewakan bila ramai yang memuji akan kecantikannya...anak-anak lah yang paling seronon sebab ada bentuk butterfly...


Butterfly rainbow ni bukan saja sesuai untuk dijadikan hantaran tunang atau kahwin tapi sesuai juga majlis harijadi anak-anak...jom kita tengok resepinya..



BUTTERFLY RAINBOW CUPCAKES
Resepi asal dari RAINBOW CAKE
By : Whisk Kid
The Martha Stewardt Show, April 2010

11/2 cawan tepung gandum
2 sdk baking powder
Secubit garam garam
1/2  cawan butter ~ suhu bilik
3/4 cawan gula castor ~ kurangkan sebab manis
3 biji putih telor ~ suhu bilik ( saiz B)
1sdk esen vanila
3/4 cawan susu segar ~ suhu bilik

Cara-cara:

1. Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan
2. Panaskan oven pada suhu 170 C. Sediakan paper cup putih secukupnya dan susun dalam muffin tray
3. Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan
4. Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
5. Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
6. Masukkan esen vanila
7. Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksudnya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

8. Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan. Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata(Mieza cuma guna 4 warna sahaja iaitu Merah, Hijau, Kuning dan Biru)
9. Tompokkan setompok setompok warna berlainan warna dan berselang seli dalam paper cup
Buat hingga semua adunan habis (untuk mudah masukkan adunan dalam plastik bag atau pipping bag Gunakan lidi bersih dan buatkan satu putaran pada permukaan kek)

10. Bakar dalam oven selama 25 minit atau sehingga kek masak sempurna.







Cara membuat rama-rama:

1. Potong permukaan cupcake dengan pisau
2. Permukaan kek yang dah di potong tu kita potong pula pada 2 bahagian
3. Paipkan cream atau buttercream atas permukaan kek yang telah di potong
4. Kemudian susunkan permukaan kek untuk membentuk rama-rama
5. Letakkan manik sebagai badan rerama





Kalau nak buat hantaran  elok digunakan buttercream sebab tahan lama..kalau nak makan sendiri dan nak lebih sedap boleh guna whipped cream...hmmmm yummy

BUTTERCREAM

80 gm butter
250 gm creamwell
1/2 cawan icing sugar
1/4 cawan golden sirap

Potong butter kiub. Satukan butter bersama cream wel dan pukul hingga kembang dan putih
Icing sugar di ayak. Masukkan icing sugar dan golden sirap ke dalam butter yg telah dipukul kembang tadi. Gaul rata semua bahan ini dengan menggunakan spatula aje hingga bercampur sebati.
Kemudian bolehlah di letakkan pewarna mengikut warna pilihan.
Masukkan butter cream dalam piping bag dengan nozel pilihan dan bolehlah paip kan pada kek.




Selamat Mencuba !

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...