Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Sunday, April 3, 2011

Kek Lapis Sarawak


Oleh kerana dilanda kebosanan tahap gaban nak menghabiskan cuti bersalin selama 3 bulan, aku menghabiskan masa dengan memasak huhuhu. Nak gi shopping driver tak ada. Husband kerja, anak sulung sekolah, anak yang tengah membebel tak ada apa dia nak ngap, maka terpaksalah aku membusy kan diri dengan my long-time-no-use oven. I miss my oven so much and i really enjoy baking. Sebab tu la sanggup menghabiskan duit sebanyak RM2500 semata-mata untuk beli oven. Sepanjang ngandung memang oven tu bercuti la. Sekali sekala ada la my husband guna buat bakar frozen pizza. Once in a while buat bakar ayam time malas nak idupkan api pakai arang. Other than that, oven tu dok la berehat kat my not-so-roomy kitchen tuh. Resepi ni aku dapat dari a friend who lived in Sarawak for quite sum time gak la before she returned to Malaya. Ini ler juga resepi kek lapis sarawak yang mula-mula aku try. Lepas tu baru try yang lain-lain. Resepi asal kek ini kena kukus. Tapi aku malas kukus maka aku bake dalam oven. Masa mula2 buat kek ni dulu aku pakai oven kecik jer, brand Sharp beli kat member yang kerja kilang Sharp at RM130. Sekarang oven tu aku letak kat umah mak mentua kat Alor Setar. My sis in law dok guna buat biskut. Walaupun murah and portable, oven Sharp tu memang tahan lama. Aku beli tahun 2003 sampai sekarang dok elok lagi. I guess my RM130 really worth it.




KEK LAPIS SARAWAK

5 biji telur
1 buku butter - 250g
3/4 cawan tepung
1/2 cawan gula kastor
1/2 tin susu pekat
1/2 tin kaya
1/2 botol kecil horlick

Cara-caranya:

1. Pukul butter dengan gula hingga gebu.

2. Masukkan telur satu persatu dan dipukul lagi.

3. Masukkan tepung, horlick, kaya dan susu dan dipukul sebati.

4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian diletak warna hijau dan satu bahagian lagi diletak warna coklat. Atau boleh guna apa-apa color kegemaran. No issue.

5. Bakar satu lapisan nipis adunan warna hijau hingga masak dengan menggunakan api atas dan bawah 180'C. Bila sudah masak lapiskan dengan lapisan warna coklat dan dibakar dengan menggunakan api atas sahaja. Satu lapisan adalah sebanyak 5-6 sudu makan.

6. Ulang hingga habis adunan. Untuk lapisan yang terakhir hendaklah dibakar menggunakan api atas dan bawah selama 10 hingga 15 minit.

No comments:

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...