Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Thursday, May 19, 2011

Ayam Goreng Tandoori Berempah



Dua tiga hari ni iftar dengan ayammmmmm je ye..bukan tak ada ikan ke sotong ke udang ke dalam freezer tu tapi ntah ler..bila balik kerja je terus keluarkan ayam dari freezer dan masak..tak per tak per..nanti minggu depan la kita masak ikan lak.. esok off main masak-masak ni coz nak pegi PD yahooooo leh main air laut!



Ayam goreng rempah ni aku masak untuk iftar semalam. Semalam penat sangat nak update resepi kat blog ni. Masak ayam rempah ni aku main lontar-lontar je dalam blender sebenarnya. Kalau masak ayam ni aku suka makan habuknya..rangup krup krap gitu..ratah gitu je pun sedap..terasa aroma kari dan tandoorinya, tak ketinggalan lengkuas serai dan halianya..pendek kata licin hingga ke habuknya lah!


AYAM GORENG TANDOORI BEREMPAH
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam - potong kecil
2 camb rempah kari
2 camb rempah tandoori - aku guna brand Shan
3 tangkai daun kari
Garam secukupnya
2 camb madu
Minyak penuh untuk menggoreng


Bahan kisar:
3 biji bawang putih
1 biji bawang besar
2 biji cili kering
4 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 camt ketumbar
1 camt jintan manis
1 camt jintan putih
1 cm kunyit hidup


Cara-caranya:


1. Ayam dicuci dan ditoskan.

2. Perap ayam dengan bahan kisar dan semua bahan lain kecuali daun kari dan minyak. Perap selama lebih kurang sejam.

3. Panaskan minyak penuh dalam kuali. Goreng ayam yang telah diperap bersama daun kari hingga garing. Angkat dan toskan minyak.

4. Makan dengan nasi putih panas-panas.

Senangkan? Selamat mencuba!

Wednesday, May 18, 2011

Ayam Harum Thai



Taraaaa!!! Resepi hasil skodeng dapur Kak Ummi Kuantan..masak untuk lunch hari Wesak Selasa lepas..tapi baru berkesempatan untuk post pagi ni..kat opis lak tu...sebelum buat kerja meh kita update blog dulu..sementara lady boss ku berkursus...ahakksss



Mari kita cerita pasal resepi ni, cukup istimewa sebab ada aroma serai, daun limau purut, rempah tomyam, pedas-pedas cili api, tapi tak berkuah banyak macam tomyam...kuahnye pekat-pekat macam paprik..berselera sungguh makan lunch hari tu..tak rugi mencuba..



Resepi asal dari Trymasak, then kak ummi buat, sekarang aku lak buat dan tayang...tapi aku skip tang limau nipis tu sebab hubby tak leh makan limau nipis, pedih perut katanya, jadi aku ganti dengan air asam jawa..mana-mana pun tak per ikut kekangan masing-masing, yang penting family suka...kita yang memasak pun seronok :)



AYAM HARUM THAI
Recipe: TryMasak
Source: Ummi @ Home Sweet Home & Mieza@WAWMC


Bahan-bahan:-

1/2 ekor ayam (dipotong kecil/ikut suka) - bersihkan
2-3 batang serai - dititik
4-6 helai daun limau purut
2 biji lada benggala - belah 4 - aku guna yg hijau & merah
Sedikit gula dan garam secukup rasa
4 sudu besar minyak untuk menumis
Daun sup - dihiris halus-halus - aku guna daun ketumbar
5 biji cili api - aku tambah

Bahan A (dihiris nipis/ditumbuk):-
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan B (dicampur, jadikan sos):-
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar pes tomyam
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap manis
1 biji limau nipis - ambil jusnya


Cara - caranya:

1. Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam dan goreng sekejep separuh masak je. Angkat dan ketepikan.

2. Tumiskan bahan A sampai wangi.

3. Masukkan bahan B dan kacau rata dan naik bau wangi.

4. Masukkan ayam, serai dan daun limau purut. Masak dengan api perlahan dan gaul sekata.

5. Masukkan lada benggala dan bila ayam telah masak, tutup api.Taburkan hirisan daun ketumbar dan hidangkan dengan nasi putih panas-panas.

Lychee Panna Cotta - An Italian dessert for Iftar



Dessert gaya Italy hari ke-2 berpuasa ganti..sedap dan senang nak sediakan cuma time consuming skit tang nak menunggu sejuk. Lama benor nak nunggu panna cotta ni sejuk sampai berjam-jam. Tapi hasilnya memang menyejukkan anak tekak...teringin nak makan punya pasal maka lunch hour tadi lari pergi mart jap beli apa yang patut then terus balik umah prepare layer bawah dulu coz nak sejuknya hampir 3 jam juga..tu pun balik pukul 530 pun belum beku betul-betul lagi..jadi aku masuk dalam freezer dalam 20 minit then baru tuang yang atasnya..sedap je makan masa buka posa tadi..



Mari kita berkenalan dengan panna cotta..ia adalah Italian dessert made by simmering milk, sugar, cream, gelatin and let it cool until set, usually panna cotta is served with wild berries, caramel, chocolate sauce or fruit coulis. Haaa today i'm serving it with lychee..next time dengan choc syrup or peach or mango or caramel, hmmmm syedap syungguh!



Resepinya aku copy paste kak nor secubit garam punya..TQ kak nor!



LYCHEE PANNA COTTA
Recipe : K.Nor@SecubitGaram
Source: Mieza@WAWMC


Bahan-bahan:

1 tin laici
2 cawan susu low fat/full cream - aku pakai fresh cream
2 sudu besar gula
3 sudu kecil gelatin ~ aku pakai brand nona
3 1/2 sudu besar air
1 /2 sudu teh esen vanila
1 paket jelly strawberi - aku pakai brand nona, 90gm


Cara-caranya:

1. Ketepikan 5 - 6 biji laici. Blend lebihan laici bersama dgn 1 cawan jus laici.
Blend sampai betul2 halus dan tapis. Ambil air dan ketepikan.

2. Masukkan gelatin ke dalam mangkuk berisi 3 1/2 sudu besar air dan biarkan ia mengembang.

3. Masukkan susu, gula dan air laici yg ditapis tadi ke dalam periuk. Masak hingga hampir mendidih dan hendaklah sentiasa dikacau.

4. Padamkan api dan masukkan vanila dan gelatin yg dah kembang tadi. Kacau hingga sebati dan gelatin larut. Biarkan sejuk, baru lah dituang ke dalam gelas.
Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 3 jam.

4. Masak jelly mengikut arahan di kotak dan biarkan sejuk.

5. Tuangkan ke atas Lychee Panna Cotta perlahan-lahan. (Pastikan jelly dah sejuk dan panna cotta dah membeku/set supaya jelly tak tenggelam ke dalam panna cotta, aku letak panna cotta dalam freezer selama 20 minit sebelum tuang jelly)

6. Masukkan kembali panna cotta ke dalam peti ais dan biarkan sejuk. Hiaskan dgn hirisan laici dan cerry sebelum dihidangkan.

* laici yg diblend bersama jus laici td akan menghasilkan lebih kurang 1 1/2 cawanair laici selepas ditapis.

***lychee panna cotta ni sesuai dibekukan dalam bekas kecil-kecil untuk individual serving, sangat tak sesuai dibekukan dalam talam dan dipotong sebab lapisan bawahnya yang lembut.. kalau suka lapisan bawah yang agak keras, tambahkan kuantiti gelatin***

Sesuai di makan pada hari panas terik

Selamat Mencuba

Apam Coklat



Selamat hari Wesak diucapkan kepada semua pengunjung blog WAWMC yang beragama Buddha..apa yang bestnya wesak ni? Memang la aku tak sambut wesak sebab aku oranng Islam, tapi yang syoknya sebab aku cuti..yahooooo..baru je Isnin masuk kerja, Selasa dah cuti..kalau la this situation happens everyweek..indahnya hidup!



Jadi sempena cuti hari wesak ni, aku jadi rajin ler sikit..bangun pun di awal pagi..kiranya lepas solat subuh dah tak tidolah, kalo tak mau aku tarik balikkkk selimut tuh..jadi bila masuk dapur awal maka boleh la prepare 2-3 menu for brekfast..so hari ni aku masak apam coklat dan bihun goreng..resepi apam ni dah lama dok simpan..nak mula buat tu yang lambat..membuatnya cukup senang coz semua masuk blender dan blend sebati..senang sangat! Jadi semasa mengukus apam ni aku prepare la ingredients untuk buat bihun goreng pulak..



Resepinya aku skodeng dapur izzah..anak-anak, hubby dan mak suka..aku kukus guna acuan apam puteri ayu, dapat 21 biji semua sekali..kasi jiran yang tengah mabuk pregnant tu 8 biji, tinggal 13 biji untuk kami..sebab ada bihun goreng jadi bilangan ni macam elok jer untuk family aku..yang paling banyak makan is my husband la..len kali kita wat kek coklat kukus lak untuk dia..dia tu memang suka cekelat!


APAM COKLAT
Recipe: Alma@MyR
Sumber: Izzah@Izzah Muffin Lover


Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air
1 bj telur
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 atau 2 sudu besar serbuk koko


Cara-caranya:

1. Panaskan pengukus yg berisi air hingga mendidih.

2. Mix semua bahan2 menggunakan mixer atau nak lebih mudah lagi boleh gunakan blender.

3. Masukkan dlm acuan lompang (aku guna acuan puteri ayu) dan kukus hingga masak lebih kurang 10 - 15 minit.


Sedap dimakan panas2.

Tuesday, May 17, 2011

Tenggiri in Plum Sauce



Tenggiri is one of my family's favorite fish. Masa kecik-kecik dulu, kalau mak goreng ikan tenggiri aku akan makan slice by slice..sebab sayang nak makan sekali gus..takut habis cepat hehehe



Masak menu ni untuk berbuka puasa last monday, sedap sangat. Bukan la nak puji masakan sendiri, tapi memang sedap dan berselera gitu makan masa buka posa tu (or may be i ate a lot coz i was damn starving???). Kiranya beli dua slice isi tenggiri tak cukup lah untuk satu family..selalu 2 slices pun susah nak abis kalau goreng biasa..



Masa fikir-fikir nak masak apa untuk berbuka, aku ternampak resepi ni kat dapur kak nor secubit garam, tapi dia masak udang..jadi kat sini aku tukar ler kepada ikan sebab menu hari ni ialah ikan.


TENGGIRI IN PLUM SAUCE
Recipe : CMG
Source : K.Nor@SecubitGaram & Mieza@WAWMC


Bahan-bahan:
2 keping ikan tenggiri
1/2 camca teh lada sulah serbuk
1/2 camca teh serbuk kunyit
Sedikit garam
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji bawang holland, dibelah 6
1/4 biji red capsicum, didadu - aku ganti dengan cili merah
1/4 biji green capsicum, didadu - aku ganti dengan cili hijau
1/4 biji yellow capsicum, didadu - aku tak letak pun
1/2 batang leek, hiris dan rendam
1 camca besar sos cili thai
1 camb sos tomato - aku tambah
1/4 cawan sos plum
1 biji tomato - potong 8 - aku tambah
5 bj cili padi ~ dihiris
Sedikit garam jika perlu
Hirisan daun bawang, untuk hiasan


Cara-caranya:

1. Isi ikan dicuci bersih dan dilumur dengan serbuk lada sulah, garam dan serbuk kunyit hingga rata. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan.

2. Tinggalkan kurang lebih 2 camca besar minyak dalam kuali yang sama. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga layu. Masuk sos cili thai dan sos plum tadi, kacau rata dan masukkan ikan yang telah digoreng. Gaul hingga rata.

3. Tambah red/yellow/green dan leek tadi, gaul dan masak hingga pekat dan sos menyaluti ikan. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Masak sekejap dan angkat.

4. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...